Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share beberapa aplikasi / kad ahli yang pada saya menguntungkan pengguna terutama kalau kita memang selalu berbelanja di situ. Setakat ni saya dah cuba claim reward dan alhamdulillah, memang berhasil la setakat ni... So, saya rasa saya patut kongsikan juga dengan anda semua supaya kita sama-sama dapat manfaat dari aplikasi / kad ahli ini... :) Mungkin ada yang tak tahu dan mungkin juga ada yang dah tahu... Bagi anda yang mungkin ada aplikasi lain atau membership yang awesome untuk share dengan pembaca yang lain, sila tuliskan di bahagian komen ye... Kita sama-sama claim reward nanti! Walaupun tak seberapa sangat nak banding dengan amount yang kita spend, still, saya rasa worth it untuk kita claim. Daripada kita biarkan saja point-point tu expired kan... lebih baik kita redeem apa-apa patut dan apalah gunanya kita daftar jadi member kalau kita tak gunakan kelebihan-kelebihan yang diberi kann... Hehe :)
Okay, ni antara apps tu... Kena download kat telefon ye...
Satu - MyDigi
Saya memang pengguna setia Digi. Hehe... Apps ni banyak menawarkan Rewards dimana pengguna dapat beli kupon dengan harga yang lebih murah. Setiap kali korang beli kupon, akan masuk dalam bil ye... Jangan nanti buat-buat terkejut plak bila bil tinggi sebab korang asyik beli kupon je... Haha. Okay, lepas beli, kupon tu akan tersimpan kat dalam MyDigi Rewards, dan kita boleh redeem bila-bila masa selagi kupon belum expired. Ni antara contohnya:-
Saya beli kupon Speedmart at RM7.99 untuk nilai RM10.00... Haaa, jimat la RM2... gitu... Beli aiskrim Baskin Robbins pada harga RM2.99. Mana nak dapat weihh eskrem BR tiga hengget... Huhu... Beli pastu simpan dulu voucher tu kat dalam MyRewards tu, masa nak bayar baru ler klik untuk gunakan voucher ye...
Saya beli kupon Speedmart at RM7.99 untuk nilai RM10.00... Haaa, jimat la RM2... gitu... Beli aiskrim Baskin Robbins pada harga RM2.99. Mana nak dapat weihh eskrem BR tiga hengget... Huhu... Beli pastu simpan dulu voucher tu kat dalam MyRewards tu, masa nak bayar baru ler klik untuk gunakan voucher ye...
Dua - Tesco CC MY
Saya jarang shopping kat Tesco. Tapi sesekali pergi, ada la jugak point nya kan... Guna apps ni bukan sahaja memudahkan urusan sebab dah tak payah bawak potongan kupon yang sampai secara pos kat rumah tu... Semua ada dalam apps ni secara automatik. Kad pun saya dah tak guna sebab dengan menggunakan apps ni, buka je apps masa nak bayar, dah ada bar kod kad kita, so cashier hanya perlu scan kat phone kita je untuk kita kumpul point. Okay, yang menariknya tentang apps ni, korang bukan sahaja dapat redeem cash voucher untuk berbelanja kat Tesco dengan point-point korang tu tapi korang juga boleh redeem macam-macam lagi voucher lain. Contohnya, voucher TGV Movie Ticket, Tealive, Kenny Rogers dll... Kena check selalu sebab voucher akan berubah-ubah... Contohnya haritu saya dah redeem cash voucher TGV Movie Ticket, tapi saya lihat bulan ni takde dah voucher ni lagi untuk ditebus. So, kalau point dah cukup dan korang memang nak kan voucher tertentu tu, sila redeem cepat-cepat okay!
Tiga - Nandos
Haaa... yang ni pun best! Untuk yang suka makan Nandos, jangan lupa download apps ni. Apps ni untuk korang kumpul point dalam bentuk 'cili'. Setiap kali makan Nandos dengan pembelian RM30 keatas, korang layak dapat 1 cili. Makan lah sampai bil cecah RM300 sekali pun, korang akan tetap dapat 1 cili. Kadang-kadang bila pergi ramai-ramai, kami akan split bill. So, dapat la sorang satu cili tu... Hehe. Nak dapatkan cili tu, masa order, korang bagitau je nombor membership korang... Lepas bayar, akan dimasukkan point berupa seketul cili tu dalam apps korang. 3 cili yang dikumpulkan, korang boleh redeem 1/4 ayam... Hehe... 6 cili dapat 1/2 ekor ayam... dan 9 cili korang boleh dapat seekor ayam percuma! Jangan risau, walaupun korang dah redeem 1/4 ayam, cili tu tetap ada... Boleh terus sambung lagi kumpul untuk dapatkan seekor ayam. Haa... jimat tak? Kalau ikutkan untuk 9 cili tu korang dapat 1/4 ayam + 1/2ayam + 1 ekor ayam. Hampir 2 ekor ayam percuma! Yeahh... Dan jangan terkejut kalau sesekali korang dapat ayam free bila mereka nak promo flavour baru ke menu baru ke... Memang best!
Empat - Mc Donald's
Yang ni pun tak kurang juga untungnya... Ada banyak menu promosi dalam apps ni. Cara nak guna kat Drive-thru, masa nak order bagitau korang nak gunakan apps. Pergi kat kaunter pembayaran, klik pada menu yang korang inginkan, akan terpapar nombor kod rahsia, beri no kod tu kepada cashier. Ingat, kod ni boleh guna dalam masa yang singkat, jadi masa nak klik tu make sure korang memang dah ada kat depan cashier ye... Ada juga yang korang boleh redeem free bila guna apps misalnya McFreeze, untuk purchase RM20 keatas.
Lima - Grab
Honestly, saya baru dua kali gunakan apps ni. Saya ni jenis yang prefer memandu sendiri kalau ke mana-mana. Huhu... Tapi apa yang saya tahu aplikasi Grab ni pun beri pulangan macam-macam kepada pengguna. Free ride la, dapat potongan harga dll. Selalu-selalulah naik Grab ye. Hehe.
Enam - Astro Go
Aplikasi ni takde menawarkan apa-apa kecuali untungnya dari segi kita memang dah pun melanggan Astro di rumah, jadi kalau kita ke mana-mana tempat yang takde Astro, kita masih boleh menonton rancangan kegemaran kita asalkan ada talian internet. Well, saya memang ada apps ni kat phone tapi tak guna sangat pun. Saya tak berapa minat menonton TV. Siapa yang mengikuti drama ke, sesuailah download apps ni. Hehe... Haa, astro pun ada point tau. Setiap kali kita bayar bil, kita dapat point. Cuba semak dan redeem point anda.
Tujuh - B Infinite
Korang kena ada kad B Infinite ni terlebih dahulu untuk mendaftar kat apps ni. Kad ni saya dapat dari Tealive. Macam biasa korang boleh kumpul point bila berbelanja kat certain outlet termasuk 7Eleven, Starbucks, Tealive, Booking.com, Zalora, Lazada dll. So, sambil membeli sambil kumpul point. Cukup point, boleh la redeem Tealive segelas dua, tak pun redeem voucher Lazada ke Zalora ke. Hehe..
Lapan - Lazada / Shopee
Ada banyak voucher / coins free yang korang boleh kumpul dan gunakan semula untuk membeli belah di kedua-dua aplikasi Lazada dan Shopee. Untuk Lazada, korang boleh gak masukkan nombor kad B infinite korang tu untuk kumpul point. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Gitu!
Sembilan - TGV Cinema Movie Club
Kalau korang memang kaki menonton wayang, jangan lupa dapatkan kad ni. Memang membership berbayar tapi akan cover balik bila korang dapat dua keping tiket wayang & popcorn free masa birthday month korang! Member memang ada banyak dapat tiket yang harganya lebih murah kalau time promo. So, apa lagi? Kalau suka tonton wayang, dapatkan kad ni...
Sepuluh - Kad Touch & Go Plusmiles
Untuk kaki travel atau yang memang selalu kena travel dek kerana tuntutan kerja, sila la guna kad Plusmiles ni... Setiap ringgit boleh dapat point yang membolehkan korang untuk redeem voucher ke barangan ke... Kad ni berbeza dengan kad touch & go yang biasa sebab sebelum ni pengguna dapat pulangan tunai 5% yang akan dikreditkan terus dalam kad. Sekarang ni, No more cash rebate, dorang ganti dengan voucher & barang-barang pulak... Mujur hari ni check akaun, ada RM50++ rebate. Last redeem 31/12/2018. Nak kena pegi redeem cepat... Sapa nak bagi Rm50 free... Huhu
Sebelas - Ampang Superbowl
Untuk korang yang suka main bowling, boleh jadi member kat sini. Memang ada yuran membership tapi semua tu akan ter cover dengan berpuluh-puluh voucher game yang korang akan dapat beserta sehelai tshirt, mug serta car sticker. Gitew... Kalau memang suka main bowling, sila jadi member... Harga member pun berbeza dengan harga non-member untuk setiap game. Berbaloi-baloi!~
Dua belas - Aeon Card
Ni untuk kaki shopping kat Aeon. Selain kumpul point, korang jugak dapat free parking selama 2 jam setiap kali masuk Aeon. Setiap ringgit yang korang belanja kat Aeon akan diberikan dalam bentuk point. Pastu ada gak tempat-tempat yang menerima kad Aeon ni untuk korang dapatkan potongan harga.. Contohnya hotel, restoran dan themepark... Ada tempat yang menerima kad membership Aeon korang tu untuk melayakkan korang dapat potongan harga. Kena selalu check laman web Aeon Member Card untuk lihat privilege yang layak untuk member. Okay la jugak kan... Sambil-sambil.. Huhu
Tiga Belas - Kad Bonuslink
Saya memang dah lama guna kad ni, rasanya over 10 years gak. Kad ni free je... Dah macam-macam benda saya redeem. Hehe. Kebetulan saya memang guna petrol Shell jadi memang dapat banyak point dengan Bonuslink ni... Yang bestnya, sekarang dah tak perlu tunggu beribu-ribu point untuk redeem, point 2-3 ratus pun dah boleh redeem seringgit dua petrol instantly... Yang penting kena tau pin code kad Bonuslink tersebut, boleh redeem terus petrol. Selain redeem petrol, boleh redeem pelbagai barangan juga. Nak redeem setakat air mineral satu carton pun boleh.
Empat Belas - The Chicken Rice Shop
Kat restoran ni, anda boleh dapatkan potongan harga makanan sekiranya anda menggunakan kad kakitangan kerajaan. Kalau cikgu, tunjuk je kad ID sekolah anda ke, kad organisasi anda ke kepada pelayan semasa nak buat bayaran. Saya memang selalu guna benda ni. Jimat jugak lima enam ringgit... jadilah, dari takde kannn... Huhu
Lima Belas - Starbucks MY
Yang ni untuk penggemar kopi & ice blended. Untuk pengguna yang ada kad / apps, setiap 10 gelas minuman yang anda beli, anda akan diberikan segelas minuman percuma. Birthday treat pun ada, sepotong kek pilihan anda pada hari jadi anda. Gitu... Untuk yang selalu mengopi kat Starbucks, silalah download apps ni. Apa pun, kena ada card baru leh download apps ye. Untungnya guna apps sebab ada banyak promo. San Francisco Coffee pun selalu ada promo buy 1 free 1. Tak tau ada lagi ke tak skang, lama tak mengopi kat San Fransisco dah... Huhu. Kena tanya geng have-have. 😄
Enam Belas - Kad Kredit / Kad Debit
Pengguna kad kredit/debit, lihatlah apa promo yang ada untuk kad anda ye... Kadang-kadang ada kad menawarkan rebate, ada yang bagi potongan harga tambahan kat certain shopping mall, ada yang bagi point/voucher dsb...
Tujuh Belas - Kad Watson
Setiap kali pembelian, kita akan dapat point dan point boleh digunakan untuk next purchase. Kalau point melayakkan kita dapat seringgit, maka kita boleh gunakan seringgit tu untuk tolak terus bil kita... Saya suka yang macam ni sebab kalau yang jenis nak mengumpul beribu-ribu point baru boleh nak diguna, memang agak jenuh la jugak kann...
Sebenarnya ada terlalu banyak membership card dan apps yang boleh kita gunakan dalam urusan seharian kita. Selain pasaraya, petrol station macam Petron, Petronas, petshop - Petsmore dll, Restoran seperti Shushi King, Dominos pun ada je menawarkan keahlian... Ada yang berbayar ada yang percuma. Contoh macam Dominos, mereka memang selalu buat harga promo untuk pembelian online. Memang jimat.
Cuma tu lah... Kadang-kadang kita tak cakna dengan menda-menda reward ni... Saya menulis ni sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu kepada pembaca semua. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua, insyaAllah. Bukan apa, kadang-kadang kumpul point ni kita tak sedar, tiba-tiba je dah boleh claim reward macam-macam... Hehe... Selalunya saya akan redeem dan guna time cuti ke weekend ke, so, masa keluar jalan-jalan, takde la nak spend banyak sangat kan. Apa pun, berbelanja mengikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri. Btw, kesemua yang saya senaraikan di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta perubahan yang mereka tetapkan ya. Selamat menghabiskan cuti sekolah. Take care, gais!
Nota kaki : Saya suka quote ni... Kebahagiaan bukanlah di saat kita memiliki kesempurnaan, namun ketika kita dapat menerima ketidaksempurnaan dengan tulus dan ikhlas... :)
#iamnobody #iamnotperfect
Nak Tanya, voucher mydigi tu camna nak redeem? Contoh dah beli voucher digi utk Baskin Robin, pastu masa bayar kat kaunter Baskin, kena tunjuk voucher dlm hp tu kat cashier Baskin Robin ke?
ReplyDelete