Mini Gath Dengan Kesayangan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 23 December 2018

Mini Gath Dengan Kesayangan


Assalamualaikum...

Hai semua! Berapa hari lagi kita dah nak kembali ke sekolah... Saya ambil kesempatan hujung-hujung cuti ni untuk lepak-lepak makan-makan dengan BFF yang kebetulan memang ada urusan nak berjumpa saya... Instead of lepak kat luar, saya decide untuk masak-masak dan lepak kat rumah je... Haha. Malas nak keluar dengan bebanan kerja menyusun jadual yang belum selesai. 

Alhamdulillah, tak sangka pulak adik-adik pun nak join skali. BFF saya ni memang dah biasa dengan keluarga saya, jadi adik-adik memang kenal mereka ni husband and wife. Tetiba jadi macam meriah pulak. LOL! Since dah ramai, kami decide untuk baca doa selamat terus. Semoga kami selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah taala. InsyaAllah...


Masak-masak lagi! 

And yesssss! Saya masak banyak jugak kali ni. Haha. Menu? Nasi putih, sambal udang, gulai lemak perut dengan rebung, ayam pandan, sambal paru garing, sambal belacan, sayur campur, somtam (yang ni kawan saya bawak...) Kebetulan jumpa rebung mentah (bukan jeruk) kat pasar, terus beli... Mak mak sangattt kannn! Haha... Untuk dessert, adik-adik bawa sebiji kek Black Forest! 😋 Fuhh... Dah macam sambut besday, siap ada kek bagai... Hehe... Anyway, thank you!~ Sayang kamu...





Macam terlebih kunyit je... Huhu... 


Kegemaran! 😋
Alhamduillah... Kenyang & sangat bersyukur dapat berkumpul dengan orang-orang yang menyayangi dan menghargai diri kita. Mereka ni antara yang sedar bila kita diam, yang sentiasa motivate kita untuk maju ke depan, yang sentiasa sudi pinjamkan bahu untuk saya menangis meluah perasaan... Yang sudi melayan tatkala saya kecundang mengawal emosi... Walaupun mereka bukan guru, ada je benda yang kami boleh sembangkan bila berjumpa.. Family matters. Hobi. Kucing. Segalanya. Btw, kami memang jarang sembang kat Media Sosial, apa-apa kami akan berhubung terus via Whatsapp atau call... atau jumpa terus face to face. Giteww... 

Moga-moga mereka ni kekal bersama saya sehingga ke jannah. Susah weih nak cari orang yang kisah pasal kita... Zaman sekarang zaman orang tak pedulikan orang lain. Kita je selalu perasan yang orang care pasal kita, actually,  takde ramai yang kisah! Serius... 😂

People just don't care. 

Saya pernah menonton video seorang MedSos influencer, Aida Azlin, tentang Nobody cares about you. Apa yang dia cakap is so damn true. Kita rasa orang kisah pasal kita but actually they are not. Orang takde masa wei.. Semua ada struggle masing-masing. Betul!

Even our relatives, best friends, colleagues akan kisah pasal kita untuk seketika je. Bila dilanda masalah, kesedihan, kemurungan, masa tu mungkin mereka kisahkan kau sehari dua. Tapi bukan all the time. Sehari dua boleh la orang layan, selebihnya diri sendiri kena usaha untuk bangun dari kejatuhan atau kesedihan... Even public figure pun orang tak peduli, inikan pulak orang biasa-biasa macam kita ni haa. Sebab tu kita kena bergantung sepenuhnya kepada Allah. Sebab Dia je yang akan ada dengan kita selamanya. Bak kata omputeh, even our shadow leaves us when we are in darkness. Nampak?


Tapi bukan la nak salahkan mereka, memang lumrah manusia zaman sekarang macam tu. Saya pun macam tu. Sama je. Kita jarang nak ambil port dengan benda-benda yang takde kena mengena dengan kita. Bak kata kawan saya, selagi tak kena kat batang hidung sendiri, orang takkan sedar, takkan peduli dan takkan kisah pun... Semua ada life masing-masing, ada cita-cita, ada kerjaya, ada masalah tersendiri... Tak caya cuba tanya kat diri sendiri... Setakat mana kita peduli pasal orang yang so called rapat (bukan ahli keluarga terdekat) dengan kita? Berapa lama kita akan turut bersedih sama jika orang yang rapat dengan kita tu down/sedih?

Kalau ada yang kisah pasal kita, ambil berat selama mana kita down, sedih... Sila simpan mereka dalam hati ketat-ketat! Ada memang ada, tapi susah nak cari. I can say, satu dalam seribu kot.  Huhu... So sad, tapi itulah realiti sebenar... Alhamdulillah, saya ada orang-orang yang begini dalam hidup saya. Rasa sangat bertuah. Sangat! Thank you, Allah, kerana menghadirkan mereka-mereka ini dalam hidup saya. Alhamdulillah. Bukan caring kat FB ye, maksud saya di dunia yang nyata... Yang concern kat FB memang ramai. Sila jangan terpedaya. Bhahahaha... Tak semua yang ambil berat tentang kita tu betul-betul ikhlas, ada yang sekadar ambil hati, ada yang sekadar ambil tahu, ada yang nak tau untuk jadi modal membawang dan ada juga yang ambil tahu sebab memang dia sayangkan kita... Ada juga yang memang ikhlas lillahitaala. Jadi, pandai-pandailah menilai. Yang mana kaca yang mana permata... Gitcheww! 😁

Teringat kat kata-kata seorang sahabat saya, Rizzman, semakin kita meningkat usia semakin kita sedar yang kita bukanlah memerlukan kuantiti dalam persahabatan tapi lebih kepada kualiti. Siapa yang benar-benar berada dekat dengan kita, ambil berat tentang kita, yang membawa kita kepada redha  Allah, insan-insan beginilah yang patut kita 'simpan' dan 'jaga' sebaiknya. InsyaAllah...

Okay la... Semoga semuanya baik-baik saja... Semoga kita dipertemukan dengan lebih ramai lagi insan-insan yang tulus dan ikhlas dengan kelebihan dan kekurangan kita. #iamnobody Assalamualaikum... :)

No comments:

Post a Comment