Resepi Baked Beans ala Kacang Pool - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 10 December 2018

Resepi Baked Beans ala Kacang Pool


Assalamualaikum...

Minggu lepas bila adik ipar saya beritahu yang dia teringin nak makan kacang pool, tekak saya pun jadi teringin sama. Haha. Memang dah lama tak makan kacang pool ni. Dulu mama memang rajin masak benda ni. Yelah, mama saya memang suka sangat memasak, you name it, mesti dapat... Cakap je nak makan apa, siap terhidang atas meja, silap-silap dia siap hantarkan ke bilik. Bila teringat, sebak! 😭

Alhamdulillah... Yang saya perasan lately, saya pun selalu memasak jugak... Dulu mama selalu complain kat saya dia jemu makan makanan yang dibeli. Sekarang ni saya pun dah rasa macam tu. Bila pergi ke kedai makan, macam tak tau nak beli apa... So, ending nya... balik,  masak! You must be proud of me, Ma... Ann dah rajin masak skang! :)

Okay, nak jadi chef mesti pandai ubah resepi kan! Bhahaha... Alasan! Serius, semalam saya memang ubah resepi. Sepatutnya kena ada 'kacang foul' tapi oleh kerana saya malas nak keluar cari kacang ni, saya pakai je apa yang ada di rumah. Alhamdulillah... sedap. Kena dengan tekak. Try lah! 


Resepi Baked Beans ala Kacang Pool

Bahan-bahannya
Sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan putih 
1 tin besar baked beans
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
Daging untuk perencah (Saya tak suka daging hancur (minced meat) tu sebab macam ada bau lemak lembu kuat sangat... Huhu... So, saya guna daging biasa. Potong kecik-kecik...
Sedikit minyak @ ghee untuk menumis
Garam / gula secukupnya

Cara-caranya
1. Potong daging kecil-kecil. Agak-agak la banyak mana korang nak perencahnya tu...
2. Blend satu tin baked bean dengan 3/4 tin air.
3. Tumbuk bawang besar + bawang putih + jintan putih. 
4. Panaskan sedikit minyak masak @ ghee untuk menumis. Tumis bahan yang dah ditumbuk tadi tu.
5. Setelah kekuningan, masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air (bancuh pekat-pekat ye, tak nak banyak air!). Tumis bagi kering jap. 
6. Masukkan daging. Ratakan sekejap. Kemudian, tuangkan baked beans yang di blend tadi. Masukkan garam & gula secukupnya. Didihkan. Siap!

Untuk garnishing
Korang siapkan telur mata, bawang besar dipotong dadu & limau kasturi

Note : Kalau daging jenis keras sket, sila empukkan dulu daging tu ye. Sebelum masukkan baked beans tu, korang masukkan air sket untuk empukkan daging. Dah kering airnya/ dah lembut dagingnya, baru le masukkan baked beans tu heh... 

Bila semua dah ready, senduk kuah dalam mangkuk, letakkan telur mata tu kat atas kuah, taburkan bawang yang dipotong tu kemudian perahkan sedikit limau, nikmati dengan roti bakar! Perghhh... Ohsem! 😋 

Rezeki saya dapat nak penuhi keinginan adik ipar yang nak makan benda ni... Bukan dia sorang je merasa, dengan suami dia (adik saya), adik dan mak dia pun dapat merasa walaupun tak banyak mana... Share sorang sikit. Alhamdulillah! Katanya nak buat lagi.. Haa... ni resepinya ye. Huhu... 

Nota kaki : Never ignore a person who truly loves you, cares for you and misses you. Because one day, you may wake up from your sleep and realize that you lost the moon while counting the stars. 😢

No comments:

Post a Comment