Hai semua. Hari ni saya nak share satu hotel yang mana merupakan hotel favourite family saya kalau kami ke Kuala Lumpur. Memang sedara mara bersepah kat KL tapi mama saya tak nak tidur di rumah mereka kerana pertamanya dia tak nak menyusahkan orang dan yang kedua keadaan dia yang berkerusi roda membuatkan dia rasa tak selesa nak menumpang tidur di rumah sedara mara. Saya suka hotel ni sebab ia merupakan hotel yang selesa untuk tetamu yang menggunakan kerusi roda. Jadi, kalau anda nak berjalan ke KL, bawa anak beranak atau ibubapa yang memang menggunakan wheelchair, saya memang cadangkan anda ke sini...
Lokasi
Terletak di kawasan Cheras, berhampiran dengan Ikea Cheras dan Mytown shopping mall. Jarak lebih kurang 3-5 minit (driving) je.
Kemudahan wheelchair-friendly
Hotel ni menyediakan kemudahan parking untuk tetamu yang menggunakan kerusi roda. Betul-betul kat depan pintu masuk. So, in case kalau korang ada bawa guest yang berkerusi roda, sila request parking tersebut untuk memudahkan naik turun kereta. Yes, parking tu sepatutnya reserved untuk pemandu yang berkerusi roda, tapi selalunya tak ramai guest yang menggunakan kerusi roda tidur di situ, so korang boleh je request nak gunakan parking tu. Unless kalau memang ada pemandu OKU, terpaksalah korang beralah... Kena bagi priority kepada pemandu OKU ok. :)
Ada beberapa buah bilik khas disediakan untuk tetamu yang menggunakan wheel chair kat tingkat 1. Lokasi bilik berhampiran dengan lift. Yang ni paling saya suka sebab memang bilik tu dikhaskan dimana saiz pintu tandasnya lebih besar, mudah untuk urusan mereka nak ke tandas dengan kerusi roda. Siap ada seat bawah shower! Memang selesa. Dalam bilik tu pun ada 2 katil besar. Berbaloi dengan harga. Serius!
Yang ni gambar toilet untuk bilik biasa. Kalau bilik untuk OKU, tandasnya lebih luas lagi... |
In case kalau bilik khas ni penuh, di tingkat bawah berhampiran cafe, ada disediakan tandas OKU. Memang selesa. Cuma susah sikit la kena naik turun lif.
Kemudahan Hotel
Hotel ni ada beberapa buah cafe, gym dan kolam renang. Tak la besar, tapi cukup la setakat nak lepak-lepak melepaskan lelah... Lagi pun kalau ke sana, bukan nak duduk dalam hotel sangat pun. Berjalan yang lebihnya... Huhu... Ada cafe yang aktif sampai ke tengah malam, ramai pengunjung yang datang tengok bola dll...
Ada beberapa room type... Yang bestnya, bilik dengan sebuah katil king dengan bilik yang ada dua buah katil, ditawarkan pada harga yang sama! So, kalau pergi satu family, better la ambil bilik yang ada 2 katil. Berbaloi-baloi...
Untuk breakfast, makanan memang banyak dan pelbagai... Memang puas hati. Selalunya untuk disabled guest, mereka charge dengan harga kanak-kanak.
Kebersihan memang tip top tambah-tambah selepas mereka renovate bilik... Banyak yang dah diubah suai. Toilet pun cun skarang ni... Cuma macam dah takde bathtub. Huhu...
Selain itu, kemudahan dalam bilik, ada kettle dan mini bar, ada juga disediakan papan penggosok dan juga seterika dalam setiap bilik. Fuh! Yang ni memang awesome. Tak payah nak ke tempat lain untuk gosok baju. Ada in room service gak untuk order makanan...
Harga
Saya check rate kat Agoda, masih reasonable untuk bilik yang ada 2 katil besar dan lokasi yang di tengah bandar! Tak sampai RM200 pun. Yang penting selesa, boleh duduk sekeluarga dalam satu bilik. Bilik luas... Nak call booking dengan mereka terus pun boleh... Boleh tengok laman web mereka... www.hotelmaluri.com
Kelebihan Hotel
Pertama, staff yang friendly. Yang ni memang saya puji, dari guard sampailah ke staf pengurusan, memang friendly... Saya boleh kata mereka memang jaga customer mereka laa... Sangat membantu dan menghormati pelanggan. Tahniah!
Kedua, disabled guest-friendly!
Ketiga, mereka ada menyediakan perkhidmatan shuttle. Kalau nak ke KLCC ke Ikea ke, boleh minta mereka hantarkan je. Tapi yang ni korang kena deal dengan front desk terlebih dahulu sebab ada jadual masa untuk mereka hantar tu... Set time!
Oh ya, kat sini ada je tempat untuk buat function tau... Mana la tau kot korang nak buat wedding kat sini. Boleh la call dorang, deal harga... Nak buat function untuk hari guru ke jamuan hujung tahun ke... kann... :)
Oh ya, kat sini ada je tempat untuk buat function tau... Mana la tau kot korang nak buat wedding kat sini. Boleh la call dorang, deal harga... Nak buat function untuk hari guru ke jamuan hujung tahun ke... kann... :)
Anyway, this is not paid review. Ni review dari saya sebagai pelanggan hotel ni. Saya memang recommend hotel ni jika anda ada membawa guest yang menggunakan kerusi roda. Kalau nak ke Kuala Lumpur, ni hotel yang tepat untuk anda! Puas hati, insyaAllah... Hotel ni nampaknya cakna dengan keperluan tetamu yang berkerusi roda. Thumbs up!
Nota kaki: Buatlah orang lain gembira, insyaAllah Allah akan gembirakan hati kita dengan perkara yang tak disangka-sangka...
No comments:
Post a Comment