Cara Menghasilkan Lembaran Kerja Matematik Sekolah Rendah Beserta Jawapan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 21 January 2019

Cara Menghasilkan Lembaran Kerja Matematik Sekolah Rendah Beserta Jawapan


Assalamualaikum.

Post kali ni khusus untuk cikgu-cikgu Matematik yang nak buat lembaran kerja untuk murid-murid especially kalau korang mengajar kelas DLP sekolah rendah. Ini kerana, segala arahan akan terpapar dalam Bahasa Inggeris. Kalau nak guna dalam kelas bukan DLP pun boleh jer... Mak-mak dan ayah-ayah di luar sana pun boleh buat lembaran kerja sendiri untuk anak-anak. 

Maths Worksheet Generator yang tersenarai di bawah ni antara yang mudah nak guna dan tak perlu nak daftar sebagai member. Pegi ke laman tersebut dan terus boleh buat worksheet. Ada laman yang hanya fokus kepada empat operasi asas, tambah, tolak, darab, bahagi. Ada juga laman yang menyediakan soalan-soalan merangkumi tajuk lain seperti luas, pecahan, ukuran, perpuluhan dsb.  Paling best lembaran akan di generate secara automatik siap dengan jawapan sekali. Tak payah susah-susah nak calculate dah... Hehe... 

Satu
  

Laman ni menyediakan soalan KBAT contohnya seperti gambar di atas ni... Cari pasangan nombor yang membentuk nombor 10. Kalau tak nak 10, boleh je ubah ke nombor lain... 


Dua

Laman ni untuk lembaran yang simple dan mudah digunakan... Ala-ala soalan Kumon. Anda hanya perlu ubah setting berapa digit yang anda mahukan dan tetapkan bilangan soalan. Soalan akan di generate secara random dan tersedia besama jawapan.


Tiga 


Laman ini pula membolehkan anda menyediakan lembaran berbentuk penyelesaian masalah, aktiviti seperti Maths Problem Search, Maths Maze dll. Boleh la guna untuk pertandingan masa Minggu Panitia Matematik ke kannn... :)


Empat


Yang terakhir, laman ni pulak dah siap sedia ada lembaran-lembaran kerja yang banyak untuk satu-satu tajuk... Klik, pilih versi lembaran dan download je. Complete dengan answer key skali... Senang! Haha...

Okay, selamat mencuba! Dah buat lembaran banyak-banyak, jangan lupa share dengan kawan-kawan tau... Hehe...

Nota kaki : "Learn to love without condition. Talk without bad intention. Give without any reason. And most of all, care for people without any expectation." 😉

No comments:

Post a Comment