Cara Mudah & Cepat Untuk Menghasilkan Peta Minda / Infografik - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 9 January 2019

Cara Mudah & Cepat Untuk Menghasilkan Peta Minda / Infografik


Assalamualaikum...

Hi gais! How's your day? Harap-harap semua masih bertahan ye... Baru dua minggu bersekolah, chill! Hahhaa... Bertabahlah kita menunggu cuti-cuti extra ye... Tassabarrr rasanya nak tunggu cuti Thaipusam. 😂

Hokay, nota dan tutorial cara membuat peta minda dan Infografik dengan mudah, cepat dan menarik menggunakan aplikasi Canva ini dikongsikan oleh Ustaz Huszarudin Hussin dari SK Felda Lok Heng Selatan. Ya, memang mudah dan boleh siapkan dengan pantas kerana anda hanya perlu memilih template yang sesuai dan ubahsuai serba sedikit mengikut kreativiti sahaja. Ikuti perkongsian beliau... Siap dengan ciri-ciri apps pun diulas skali... Heheheee... Thank you, ustaz! Hebat! 👏

Ciri-ciri aplikasi Canva :-

1. Aplikasi online yang boleh dibuka melalui komputer melalui browser ataupun melalui Handphone
atau tablet melalui android/ios yang boleh dimuat turun di playstore

2. Boleh membuat grafik seperti pamphlet sekolah, kad, sijil, peta minda, bahan presentation,
poster, flyer dan lain-lain lagi.

3. Template grafik telah disediakan secara percuma & terdapat juga yang berbayar tetapi
lebih banyak yang percuma.

4. Ukuran telah disediakan samada untuk facebook, Instagram, twitter, A4, Flyer, blog, laman
web dan lain-lain lagi.

5. Hasil grafik boleh dimuat turun secara percuma bagi template yang percuma manakala
template yang berbayar boleh dimuat turun tetapi akan ada watermark.

6. Pengguna aplikasi ini boleh memasukan gambar atau bahan luar yang terdapat dalam
komputer ke template grafik yang di pilih seperti background, logo, gambar dan lain-lain.

Aplikasi ini banyak kebaikan kepada guru seperti mana berikut:- 

1. Guru tidak perlu memikirkan design atau template yang sesuai untuk sesuatu grafik yang
ingin dibuat. Hanya perlu pilih template yang telah sedia ada dan masukan bahan atau
perkataan dan ayat yang diingini.

2. Guru tidak perlu mengukur saiz bagi sesuatu grafik. Jika seorang guru itu ingin membuat
grafik untuk diterbitkan di media sosial hanya perlu klik pada size media social tersebut.
Begitu juga untuk saiz-saiz yang lain.

3. Grafik ini boleh dimuat turun samada dalam format PDF mahupun gambar seperti JPEG atau
PNG. Dengan ini memudahkan guru-guru untuk berkongsi bahan tersebut melalui whatsapp,
telegram dan media social yang lain.

4. Guru juga dapat membuat peta minda dengan menggunakan aplikasi ini. Tutorial berikut
akan menunjukkan cara menggunakan aplikasi ini untuk membuat peta minda










Download : Nota dan Tutorial Cara Menghasilkan Peta Minda / Infografik dengan Mudah & Cepat

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ustaz Huszarudin atas kesudian beliau dalam berkongsi bahan yang bermanfaat seperti ini. Tutorial dan panduan yang pada saya memang cukup lengkap dan mudah difahami. Semoga dengan adanya perkongsian-perkongsian seperti ini dapat membantu memudahkan guru-guru dalam mempelbagaikan kaedah PdPC masing-masing.  BTW, nak buat guna apps Canva di phone pun boleh jer...  taip je kat ruangan search tu Mindmap / infographic... Bersepah template... Cuma untuk designing saya lebih suka buat di laptop. Selesa, paparan lebih besar... Hehe... okay... Take care, gais! Babai...  :)

Nota kaki: Be kind to your heart and stop worrying about the things which is out of your control. Let Allah handle them. :)

1 comment:

  1. Terima kasih banyak2 cikgu..semoga dipermudahkan urusan cikgu sekeluarga dunia akhirat..

    ReplyDelete