Laman Untuk Kanak-kanak Autisme Belajar Tentang Ilmu Kehidupan Harian - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 15 January 2019

Laman Untuk Kanak-kanak Autisme Belajar Tentang Ilmu Kehidupan Harian


Hai semua! Assalamualaikum... 

Saya tak pandai bab autisme ni sebab takde pengalaman... Tapi saya terjumpa satu laman web ni yang mana saya rasa sangat bagus untuk diketengahkan. Mungkin ia berguna kepada ibubapa yang yang ada anak-anak istimewa ni... Selain itu, laman ini juga mungkin juga berguna untuk guru-guru special education yang mungkin tercari-cari laman yang sesuai untuk digunakan bersama murid untuk beraktiviti dalam kelas. Laman ni menyediakan lembaran kerja/lembaran mewarna untuk membantu anak-anak autisme belajar tentang kehidupan dalam masa yang sama menimba ilmu sama seperti anak-anak yang lain. Ada lagu, ada lembaran-lebaran tentang cara pengurusan diri, cara urusan dalam tandas, bahayanya api, dan macam-macam lagi...

Terdapat pelbagai bahan merangkumi pelbagai kemahiran (skill) yang boleh di dapati di laman ini. Kemahiran sosial, komunikasi, pengurusan emosi, sikap dll. Bahan pengajaran seperti cara mengawal suara semasa bercakap, tidak menjerit tapi bercakap dengan jelas, dan tidak pula berbisik... Saya nampak macam best!!! Cuba tengok ni... Siap ada lembaran kerja... 


Yang saya nampak, bahan-bahan dalam ni bukan sahaja sesuai untuk special need students tapi juga untuk anak-anak kecil yang berusia tujuh dan ke bawah. Yela, bab jangan main api, api tu bahaya, semua tu penting kann... Kena ajar anak-anak dari kecil. Cara masuk tandas... safety sign... OMG! Sangat berguna! Semua ilmu tu mereka perlu master sebelum masuk sekolah... Download la picture card tu banyak-banyak... Nak buat hiasan kat dalam toilet pun boleh... Hehe...


Lembaran yang pelbagai bentuk, ada untuk mewarna, ada yang bergambar, lagu, peta minda/petak ithink pun ada tau! Try la pegi tengok-tengok kat laman 


Apa pun, saya memang respect dengan ibubapa dan guru-guru murid-murid special needs ni yang pastinya dikurniakan kesabaran yang sangat tinggi. Tahniah! Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat! :)

Nota kaki: Challenges are what make life interesting and overcoming them is what makes life meaningful. 

No comments:

Post a Comment