Perkara Simple yang Boleh Memberi Impak Besar Kepada Diri - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 15 January 2019

Perkara Simple yang Boleh Memberi Impak Besar Kepada Diri


Assalamualaikum semua. Hai gais! 😊

Saya nak kongsikan perkara-perkara yang simple yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian yang bakal memberi impak terhadap diri. Yang penting konsisten! Since saya sendiri rasa benda-benda ni sangat bermanfaat, saya listkan untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang dan mungkin kita boleh bersama-sama amalkan... InsyaAllah. Most of these things, kita boleh buat sementara buat benda lain (sampingan) dan tak ambil masa yang panjang pun... Spend 5-6 minit je... Ada yang kita boleh buat sambil kita buat benda lain... time driving... Masa tengah meeting pun boleh... Shhhhyyy! Jangan bagitau boss! Haha... 😂 

  1. Solat 5 waktu tanpa gagal. Sebolehnya on time!
  2. Selawat ke atas nabi - bila teringat je terus buat tau! Haa... baca selawat sekarang! 😁
  3. Bangun sebelum subuh. 
  4. Membaca Al-Fatihah & 3 kali Surah Al-Ikhlas (nak kejar pahala khatam quran katanyaa.. hehe) 
  5. Bersedekah - Tak kisahlah tenaga ke wang ringgit ke masa ke ilmu ke senyuman ke bacaan quran ke dll 
  6. Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sepotong ayat. Kalau mampu lebih, buat lebih... 
  7. Bekerja & berusaha bersungguh-sungguh dengan niat mencari rezeki yang halal kerana Allah taala - Rezeki yang halal akan beri impak kat diri juga ya... 
  8. Mendoakan ibubapa, diri sendiri & orang tersayang. Lebih banyak kita doakan orang, lebih banyak kebaikkan akan datang kat kita. Simple! 
  9. Spend beberapa minit untuk solat Dhuha ke tahajjud ke taubat ke... 
  10. Kalau rajin boleh puasa sunat skali. 
  11. Bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan even if it is just small things... Benda-benda kecil ni, kalau kita sentiasa rasa bersyukur... Lama-lama akan memberi kesan pada hati wei... Serius!
  12. Beristigfar dengan niat memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan... 
  13. Berusaha memperbaiki diri sendiri agar lebih baik dari diri sendiri yang semalam. Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain... Tengok diri sendiri je... Huhu... 
  14. Berbuat baik. Apa cara pun, try la to be kind... 
  15. Tadabbur - Memahami satu-satu ayat al-quran & mengambil pelajaran darinya. 
  16. Mulakan segala aktiviti dengan 'Bismillahirahmanirahim' 
  17. Berzikir - buatlah sebanyak mana termampu. Sambil-sambil... 
  18. Baca surah yassin / surah al-Mulk / surah al-Kahfi. Kalau boleh amalkan setiap hari, dia punya kesan kat diri kita... Fuh! Memang lain macam weih... 
  19. Belajar serah masalah kepada Allah. Doa! Sebab Dia je yang boleh selesaikan masalah kita. We are nobody. 
  20. Belajar untuk Redha. Serius... Memang susah! Tapi boleh... Percayalah... Bila kita selalu duduk buat refleksi, kita akan nampak hikmah berlakunya sesuatu perkara. Mungkin bukan sekarang... Tapi suatu hari nanti pasti, kita akan tersedar hikmah berlakunya perkara tersebut ke atas kita. InsyaAllah...  Percaya aturan Allah itulah yang terbaik untuk kita. Bak kata kawan saya, just go with the flow. Gitu! :)

Cukup ke nak buat semua dalam masa 24 jam... Dengan kerja, dengan nak urus keluarga, dengan macam-macam komitmen... Eh! Buat yang termampu la... Mampu buat semua, buatlah... Tak mampu, buat lah sikit-sikit. Macam zikir, baca ayat suci Al-Quran, istigfar, boleh buat sambil-sambil je kot... Sambil drive, sambil tunggu orang, sambil mesyuarat... Giteww! Kalau tak mampu buat beribu-ribu kali, sila buat ratus-ratus kali, tak mampu ratus, buat puluh, tak mampu puluh-puluh, buatlah beberapa kali... Janji kau buat! Konsisten setiap hari. Hehe... Tak mampu baca, dengar...


Satu lagi... Peringatan untuk diri saya sendiri... Setiap kali kita merasakan kita dah baik, sedarlah bahawa ada ramai lagi orang yang lebih baik dari kita, setiap kali kita beramal, sedarlah bahawa ada ramai yang amalnya berlipat kali ganda nak banding dengan kita, yang tak tidur malam berqiamullail, berdakwah dsb... Setiap kali kita rasa kita hebat, tanamkan dalam hati yang ada ramai lagi manusia di luar sana yang lebih hebat dari kita... We are nobody. Bukan kita yang hebat tapi sebab Allah yang izinkan kita jadi hebat... Hebat, kaya, miskin, papa kedana, cemerlang, gagal... Tu semua ujian untuk kita. Nak tahu cemerlang ke hebat ke tidak ke, tunggu kat akhirat nanti... Di situlah penentuan siapa diri kita. Gitewww! Hehe... 


Kita hamba je, sama macam orang lain status kita di mata Allah... HAMBA! Dan yang ni paling penting, ingatlah bahawa hati kita adalah milik Allah. Dia mampu membolak-balikkan hati kita bila-bila masa sahaja... Hari ni mungkin kita baik, esok? Lusa? Belum tahu lagi... Jangan cepat menghukum, jangan cepat melatah... Biarkan urusan dia dengan Allah. Kita bukan siapa-siapa. Tolong heh ingat-ingatkan saya juga. Bukan apa, takut terlupa...

Semoga kita diberi peluang olehNya untuk memperbaiki diri dengan melakukan perkara-perkara yang baik secara konsisten setiap hari & ikhlas semata-mata kerana Allah taala. Doakan saya! 💗


Nota kaki : It's now or never. Because our 'later' is not guaranteed. Nak buat benda baik, kalau boleh jangan bertangguh. Takut-takut kita tak sempat nak buat... Rugi... :) 

1 comment: