Projek Kasih Sayang Bersama Murid - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 6 January 2019

Projek Kasih Sayang Bersama Murid


Bila ada yang pm beritahu dah masukkan duit untuk "Projek Kasih Sayang' selalunya saya akan cepat-cepat uruskan untuk serahkan kepada murid-murid yang terpilih. Tapi kali ini agak lewat sebab bulan lepas saya ambil keputusan untuk rehat. Ya, berehat sehabisnya. Mencari ketenangan jiwa disamping berusaha memperbaiki diri. Kehilangan mama saya yang sangat dirasai, demi Allah, saya perlukan masa... Alhamdulillah, sudahpun menginjak ke tahun 2019, saya harapkan saya dapat terus bangkit dan tidak terus terusan bersedih. Bukan saya tak redha, saya redha... Sangat redha. Saya tahu yang dunia ini hanya persinggahan semata-mata. Hanya sementara. Cuma macam saya cakaplah, saya masih terasa kehilangannya. Saya masih dalam tempoh belajar terima hakikat, orang yang paling rapat dengan saya dah takde. Allahuakbar! Doakan saya terus kuat... 😢

Projek Kasih Sayang dah 5 tahun!

Yup! It's been five years buat projek ni. Ada la beberapa orang yang tak nak diri mereka dikenali join projek ni. Walau tak kaya mana, biasa-biasa sahaja... Alhamdulillah, dah lima tahun weih... Seronok sangat rasanya dapat buat benda macam ni secara konsisten. Memang tak banyak, takde sampai beribu riban, malah kadang-kadang sepuluh dua je... Apa yang diharap agar dapat sikit-sikit nak tampung bekalan ke akhirat nanti. Saya bangga ada sahabat-sahabat yang seperti ini, walau tak kaya mana, tapi masih ada niat nak membantu orang... Salute!


Mencari saham akhirat itu mudah!

Rezeki bila dapat 'lubuk' untuk mencari saham akhirat. Maklum la, kita ni orang biasa-biasa je... Bukan orang kaya, ternama, popular yang orang nak pegi cari kita untuk mintak dana. Kann... Hehe. Kebetulan saya guru, 'lubuk' nya dah tentulah sekolah. Kat sekolah, saya cari murid-murid yang kurang berkemampuan untuk saya sampaikan amanah orang sebaiknya. Alhamdulillah, bab kepercayaan tu pun satu hal. Macam kali ni la, saya lewat uruskan... Tapi atas dasar percaya, mereka lepaskan kepada saya. Kadang-kadang naik risau pun ada, bagi duit macam tu je kat saya. Siap kata tak nak ambik tahu apa nak beli untuk murid, beli je... Fuhh! Huhu... Mereka kata, tu antara kau dengan Allah. Kalau kau tak amanah, kau jawab di akhirat nanti... Mungkin sebab itu menjadi mudah untuk mereka bersedekah. Sebab mereka rasa mereka dah beramal. Misal kata saya tak sampaikan amanah mereka, saya yang berjawab dengan Allah, bukan mereka. Walau sepuluh ringgit je. Pandai-pandai la saya uruskan. Tak dapat beri kat 10 orang, kita beri kat seorang je. Macam tu lah... Ada juga yang bagi barang... Saya tolong agihkan je. :)

Antara Projek Kasih Sayang yang boleh dibuat

Tak semestinya duit. Boleh je nak belikan Coco Crunch ke... makanan ke... biskut ke... alat tulis ke... pakaian... apa-apa je... Berilah apa pun, asalkan benda tu boleh digunakan dan bermanfaat kepada murid / penerima tu.

Ni projek tahun ni, 2019. Dapat beli beg sekolah ni RM15 je satu... Murah kann... Hehe... Ada 2 beg sekolah dan 15 set alat tulis... Alhamdulillah... Esok nak agih kat murid. 
  • Alat tulis terutama pada awal tahun
  • Coco Crunch / Milo / Honey Stars
  • Makanan kat kantin 
  • Bayaran yuran sekolah
  • Tiles surau
  • Sejadah untuk surau 
  • Beras - Ramai yang selalu hantar beras kat Pusat Tahfiz, elok gantikan dengan makanan lain, sardin ke, telur, lauk pauk dll keperluan... Beras banyak-banyak, lauk takde pulak..  Sian depa. Huhu...
  • Makanan - sardin, gula, kopi, biskut, minyak masak etc
  • Baju sukan - Ada sekali tu, kebetulan sekolah saya lelong baju sukan design lama, murah sangat-sangat, saya beli beberapa helai dan agih kepada murid yang memerlukan. 
  • Biskut Raya / kerepek / Kordial - yang ni selalunya bulan Ramadhan
  • Duit Raya 
  • Buku tulis 
  • Kasut sekolah
  • Beg sekolah
  • dan banyak lagi...
Alhamdulillah, selain projek Kasih Sayang, kat sekolah saya, ada guru-guru yang menaja makanan kat beberapa orang murid yang terpilih setiap hari Jumaat. Konsisten order makanan dari kantin dan edar kat murid sebelum mereka balik! Memang saya terharu... Dalam zaman orang tak pedulikan orang lain, ada juga segelintir yang masih caring dan prihatin. Alhamdulillah! Tak perlu pun nak sumbang beribu-ribu, beratus ringgit... Cukup dua tiga ringgit untuk bantu dan gembirakan mereka... Selain murid, sekali sekala saya salurkan sumbangan makanan dari sahabat-sahabat kepada penduduk kampung (parents murid) / pusat tahfiz. Konsep saya mudah, kalau ada banyak yang memberi, maka banyaklah yang mereka terima... Kalau tak banyak, kita bahagi sorang sedikit... Tak pun saya pilih yang paling ketara memang nampak memerlukan.


Isu?

Yes, buat benda baik ke benda jahat ke, orang akan bercakap. Ada juga suara-suara yang beritahu saya, saya menyumbang pada orang yang salah... Katanya murid tu sebenarnya mampu, tapi pura-pura miskin. Ada juga yang kata mak ayah murid tu sihat tapi sengaja tak nak kerja. Pada saya konsepnya mudah, Yang menipu itu dia. Yang makan bukan hak dia itu dia... Saya hanya menyampaikan sumbangan sahabat-sahabat saya berdasarkan maklumat yang saya peroleh tentang murid tu. Selebihnya saya serahkan kepada Allah taala. Nak pening kepala check dia ada Astro ke tidak kat rumah, ada kereta berapa buah, Oh No! Biarkan... Kalau asyik fikir mereka menipu, usaha nak membantu memang akan tersekat selamanya. Saya anggap tu urusan mereka dengan Allah... Lagi pun, bukan hari-hari sumbangan disalurkan... Sekali sekala je...

Ubah persepsi

Saya sangat berharap masyarakat marhaen yang bukan kategori berharta, kaya, jutawan, hartawan, bangsawan dll hari ini menukar persepsi yang kita sebenarnya masih boleh menyumbang dalam nilai yang kecil. Bila kita berfikir untuk menyumbang dalam jumlah yang banyak, saya takut ia menyusahkan kita dan tak tercapai hasrat kita tu nanti. Maklum la, kita ni biasa-biasa je. Bukan apa, dengan komitmen sara hidup yang kian memuncak, duit la katakan, mesti ada je benda kita nak beli, ada je benda nak dibayar, nak nak orang yang boros macam saya... Hahahha...


Touch People's Heart

Banyak cara nak bantu dan gembirakan orang. Contoh lain benda kecik-kecik yang boleh dibuat, kita membeli barang di pasar/pasar malam, duit baki sepuluh sen dua tu sedekahkan je kat penjual. Kalau mampu, sekali sekala terjumpa orang di kedai makan, bayarkan sekali makanan dia. Touch people's heart! Tak susah tapi perlu ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mencari perhatian manusia. Kau dapat apa dengan perhatian manusia? Glamour? Haha... Tahu tak, kalau kau dapat perhatian dari Allah, bukan setakat glamour, macam-macam lagi Allah beri. Silap-silap, sepuluh sen yang kita sedekah tu lah yang menjadi sebab Allah masukkan kita ke syurga! Satu lagi, kadang-kadang bila kita buat baik dengan orang, kita gembirakan orang, orang tu akan doakan kita. Saya suka kalau orang doakan saya... Lebih ramai yang doakan kita, lebih kita rasa bahagia... Lebih banyak kebaikkan yang datang pada kita. Bukan senang nak dapat orang yang takde kena mengena dengan kita doakan kita. Ni salah satu caranya. :)

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain... Yang ni kawan saya memang selalu ingatkan saya. Terima kasih... Kalau kat sekolah, paling mudah, belanja murid tertentu makan di kantin... Affordable, murid pun kenyang disamping menjadi darah daging dia selama-lamanya. Nak buat sekali sekala pun boleh, nak buat hari-hari pun boleh... Ingat, sebanyak mana pun nilai sedekah itu tak penting, yang penting keikhlasan kita setara mana... Tak mampu nak taja ramai, tajalah seorang... Mungkin minggu ni taja Si Abu, minggu depan Si Ali pula... gitu. Untuk yang berkemampuan sikit, boleh try taja yuran murid tertentu ke, yuran tahfiz ke... Kita permudahkan urusan mereka bersekolah. Mereka tu menuntut ilmu, seumpama berjihad. Bayangkan kita permudahkan urusan orang berjihad. Allahuakbar... Kalau dapat buat macam tu, percayalah... Anda akan semakin kaya. Mungkin bukan kaya wang ringgit tapi kaya dengan kasih sayang Allah, kaya jiwa... insyaAllah...


Kisah dan pengalaman ini sekadar perkongsian sahaja. Mana tahu, ada yang terinspirasi dan ikut buat benda macam ni. Kann... Tak ada niat nak bermegah-megah dengan projek ni. Sekadar berkongsi idea & berkongsi pengalaman dengan pembaca. Sumbangan yang diberi tu pun sangat kecil nilainya kerana kami hanyalah orang biasa-biasa. Bukan orang 'have-have'. Kitaorang belum jadi bangsawan lagi weihh... Bhahaha... Cuba nak memperbaiki diri agar menjadi lebih baik dari diri sendiri yang semalam... Selain mendidik hati supaya tak lupa bahawa Allah pemberi rezeki dan rezeki itu kalau dikongsi ke jalan yang betul, semakin berkat. Doakan kami! :)

Walau tak ada duit, kita masih boleh bersedekah ilmu, tenaga, masa, senyuman, apa sahaja.  Berbuat baik bukan kerana manusia, bukan kerana perhatian, bukan sebab nak kan balasan... bukan kerana apa-apa... Buat baik kerana Allah suka kita berbuat baik. Teruskan berbuat baik. Semoga amal kita diterima olehNya. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain. Aamiin... Aamiin... ya robbal a'lamin... 

Nota kaki : Hati kita milik Allah. 💗

2 comments: