Assalamualaikum semua...
Post pertama untuk 2019! Yeahh... Hehe... Hari terakhir cuti sekolah... Memang busy. Berkejaran ke sana sini menyiapkan apa yang tak siap... Alhamdulillah, sempat masak untuk lunch tadi, gulai tempoyak ketam. Pernah ke orang buat eh? First time saya makan gulai tempoyak ketam ni. Hehe... Tapi serius, ok la rasa macam kena gak ketam dengan tempoyak... Hahaha... Tekak oghang Peghak sangatt! 😂 Resepi yang sangat mudah, main campak-campak jer... tanpa penggunaan bawang. Rezeki saya dapat beli ketam yang banyak isi dan penuh dengan telur kat pasar hari tu... Saja try buat gulai. Nice! 😋
Bahan-bahannya
3 ekor Ketam & 15 ekor udang ( saya campurkan dengan udang sebab ada yang tak makan ketam pulak... Huhu)
6 sudu besar tempoyak (nak letak lebih pun ok je..)
Sehelai daun kunyit
3 batang serai (diketuk)
10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup (kalau takde guna kunyit serbuk je...)
Limau kasturi
Garam / gula secukupnya
Timun - optional
Caranya
1. Bersihkan ketam dan udang.
2. Blend cili padi bersama kunyit hidup dengan air.
3. Masukkan bahan yang di blend bersama serai, daun kunyit, tempoyak, timun, udang & ketam ke dalam periuk.
4. Kalau agak cair, tambah tempoyak.
5. Didihkan. Masukkan garam, gula, sedikit perahan limau kasturi secukup rasa.
6. Sedia untuk dihidangkan! Yummssss...
Tips beli ketam
Nak dapatkan ketam yang banyak isi, beli pada musim bulan penuh. Hmm... saya pun tak tau apa related bulan penuh dengan ketam. Huhuhuu... Tapi orang cakap macam tulah... Pastu satu lagi tips, masa nak beli ketam, angkat ketam tu, kalau rasa berat, maknanya isinya banyak... kalau ringan, isi takde... Cubalah!
Okay, sekian sahaja perkongsian dari saya... Lepas ni kalau beli ketam boleh la try masak gulai tempoyak macam ni. Heheheee...
Nota kaki: Hadiah paling baik untuk seseorang yang kita sayangi adalah doa.
asalkan tempoyak...pasti sedap :)
ReplyDelete