Assalamualaikum...
Hai semua! Post kali ni lain macam sikit. Haha... Post untuk motivate diri sendiri & sesapa yang tengah down dan mungkin ada rasa macam ditindas... Rasa dunia ni macam tak adil... Rasa macam nak give up... Heheheee... Nanti dulu!!!! Ni wake up call untuk kita semua! Biasa la kadang2 kita ni cepat je panas.. Jiwa muda katanya... Relakssss! 😂 Nahh... tonton video ni... Saya termotivasi dan terinspirasi dengan video ni... Perkongsian oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid... Cuba tengok! Kemudian, baca tulisan di bawah ni... Moga-moga kita boleh twist pandangan kita yang negatif terhadap musuh kepada positif... 😊
Siapa kata MUSUH tu jahat?
Bila dilihat dalam sudut negatif, yes! Memang menyakitkan... Tapi kalau dilihat dari sudut positif, musuh & orang-orang yang nak menjatuhkan kitalah yang membuatkan kita semakin tabah dan sabar. Bersabar dalam menerima kecaman, bersabar hadap orang yang bermasalah dengan kita tu, hadap perangai dia yang macam-macam - 'meracun' orang lain, mencerca kita, bersabar dengan kerenah dia yang sentiasa merasakan kita ni serba tak kena di mata dia dll. Sabar... Tau tak betapa tingginya darjat orang-orang yang bersabar? Allah hantar orang-orang ni untuk tingkatkan darjat kita sebenarnya... Nampak?
Lebih peka, 360 darjah
Next, bila ada musuh, kita akan semakin berhati-hati dalam tindakan. Ye laa, betul jugak kan... Kita mesti dalam mode berjaga-jaga kan bila kita tau ada orang tak suka kita, ada orang nak kenakan kita... Itu membuatkan kita lebih berhati-hati dalam tindak tanduk kita. Mana tau, kita boleh jadi perfect disebabkan ini. Hahahha... Selain itu, kita juga akan menimba banyak ilmu kehidupan dan belajar kenal hati budi manusia. Belajar kenal siapa kawan siapa lawan. Jangan lupa, always watch your back! Pandang kiri kanan depan belakang... 360 darjah.
Benda yang paling penting kita dapat, kita belajar untuk redha dan belajar menyerahkan segala masalah kepada Allah taala. Kerana Allah je yang mampu membolak balikkan hati manusia. Dia je yang mampu tukar hati tak suka kepada suka... Dia je yang mampu tukar benci kepada rindu. Dia je yang mampu selesaikan masalah kita. Kita bukan siapa-siapa...
Pahala Free
Selain itu, ingatlah wahai Raihan.. Hahaa... wahai sahabat.. orang yang tak sukakan kita sumbang banyak pahala kepada kita tanpa kita sedari. Ya, mungkin ini salah satu cara Allah nak beri kita pahala free tanpa kita perlu bersusah-susah. Lihatlah betapa adilnya Allah. Betapa sayangnya Allah kepada kita. Selama mana orang tu mengenakan kita, mengkeji, selagi dia belum berhenti bercerita pasal kita, menyebarkan aib kita, mengutuk, mengata, menghina, mengecam... pahala sentiasa mengalir kat kita tanpa henti! See! Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? (Ar-Rahman 55:13) I know it's not easy, tapi sedarlah bahawa sebenarnya orang-orang yang tak sukakan kita tanpa sebab, orang-orang yang sengaja nak menjatuhkan kita, mereka yang sebenarnya bermasalah.. bukan kita.
Rasa sedih, down, itu normal!
Dah jadi lumrah, bila kita dikecam, bila kita dihentam, kita akan rasa sedih, rasa down. Normal! Dan itulah yang sebenarnya orang tu nak lihat... Dia nak tengok kemusnahan kita. Nak lihat kejatuhan kita, kesedihan kita. Itu yang mereka nak... Semakin kita terkesan, semakin orang tu akan rasa besar kepala, rasa hebat sebab dapat memperkecilkan kita. Kadang-kadang terfikir juga, orang yang suka nak cari masalah dengan orang ni takde keja ke apa? Memang hobi ke macam mana? 😂 Suka eh tengok orang jatuh? Haihhh...
Untuk membuktikan kita tak terkesan, kita diam-diam sudahhh... Tak perlu nak show off segala harta benda, kejayaan kita setiap masa kononnya nak buktikan yang kita berjaya kat depan musuh kita. Tak perlu buat macam tu. Tu dah jadi riak pulak. Jenuh pulak nak tanggung dosa. Tak pun sengaja buat-buat nampak macam hebat padahal kau biasa-biasa je, tu fake namanya. Tak perlu jadi fake, tak perlu riak.. Jadi diri sendiri. Percayalah, orang yang tak suka kita akan selalu je mengikuti perkembangan kita dalam diam.. Serius! Kau tak show off pun, mereka boleh tau.. Ada je yang akan cerita kat mereka tentang kejayaan kau. Haa tepokkk! Haha...
Musuh boleh membuatkan seseorang rasa rendah diri.
Yes.. Memang betul. Memang ramai yang bersembang dengan saya tentang masalah yang mereka hadapi yang akhirnya mereka end up saying "Ye laa Ann.. Aku ni kan macam ni... macam tu... bla bla bla..." Weiihh... Tolong jangan jadikan masalah kita yang lepas sebagai 'weapon' untuk mereka pijak kita hari ni! Please... Kesilapan kita pada masa lalu takde kena mengena dengan mereka. Itu takdir kita! Allah dah tentukan... Faham?!
To be honest, saya pun selalu rasa macam ni. Selalu... Tapi bila saya fikir balik, apa yang berlaku, ada hikmahnya.. Dan apa benda buruk yang kita lalui sebelum ni, bukan kita yang nak.. Tapi tu takdir yang dah ditentukan untuk kita. Allah dah tentukan... So, hadap je la.. Allah uji manusia sesuai dengan kemampuannya. Apa yang berlaku mendewasakan kita. Dia tak tahu, sebab dia tak pernah berada di tempat kita. Jadi biarkan dia nak kata apa pun. Memang kadang-kadang rasa tak kuat, rasa down.. tapi simpan rasa tu dalam diri kita je. Share dengan orang yang rapat dengan kita. Orang yang kita percaya. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk orang hentam kita tanpa asas. Kau ingat orang yang hentam kau tu takde kisah silam ke? Choiiilah... Nobody's perfect! Dia rasa hebat sebab Allah tutup aib dia. Kalau Allah buka aib dia, silap-silap dia lebih teruk dari kita. Please laa... Orang yang baik takkan pernah cakap diri dia baik la...
How to deal with haters?
Pertama, of coz, teruskan berbuat baik. Buat biasa. Kalau rasa boleh bersemuka, jumpa, deal elok-elok, selesaikan dengan baik. Kalau rasa cannot go, tak payah paksa diri. Kalau orang tu memang tak menyenangi kita, jarakkan diri. Tak perlu explain panjang-panjang sebab orang akan faham apa yang dia nak faham jer.. Bukan semua orang nak dengar apa kita kata. So, lantakk! Ignore je jenis toxic macam ni.
Nahh... dengar apa kata Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah... Sangat bagus video ni... Moga-moga kita termotivasi lah hendaknya... Positip positipppp! Kikikii...
Terkesan dengan manusia
So sad to admit, memang manusia akan selalu terkesan dengan manusia lain. Kita cepat nak react.. cepat nak respon. Cepat nak sedih. Cepat nak rasa down la apa la. Sebenarnya, tak perlu pun... tak perlu nak terkesan sangat dengan manusia. Tak perlu nak react pantas. Kalau kau buat bodoh, lagi dia panas weihh.. 😂 sebab takde sapa nak layan marah dia... hentaman dia... takde sapa kisah. Confirm dia yang bengang! Hahahaaa....
Weihhh.. Kalau kau susah, orang tu tak peduli pun laa.. Just be firm. It's okay to say No and it's okay to disagree. Nama pun manusia, of coz ada masa kita terpaksa menolak dan ada masa kita tak bersetuju dengan sesuatu. Bila tak setuju, ada masalah, tak payah nak bergaduh, cakap elok-elok, depan-depan. Be professional!
Tanya balik kat diri, dia siapa nak buat kita rasa sedih, rasa down, rasa hidup tak bererti? Hellooo! Penting sangat ke dia dalam hidup kita? Kalau dia orang yang baik, dia takkan buat kita macam tu. Ingat, rezeki, jodoh, maut kita bukan di tangan orang. Kadang-kadang kesian dengan diri sendiri & orang yang membenarkan diri ditindas hanya semata-mata sebab takut kat manusia lain. Hukkss... Nak jaga hati orang sangat, hati sendiri??? Hmm...😔 Berani kerana benar. Takut kerana salah, dowhhh... Tak perlu nak acah-acah play victim konon tak bersalah. Kalau dah buat salah, mengaku je, mintak maaf, settle. Kalau tak salah, fight for your right!
Manusia tak boleh mengapa-apakan kau kalau Allah tak izinkan. Ingat tu! He/She is nobody. Dia pun mahluk macam kita juga. Doa banyak-banyak... Minta Allah tunjukkan kebenaran. Anggap apa yang berlaku, ilmu untuk kau hadap dunia ni pada masa yang mendatang...
Percaya kepada qada' & qadar
Have faith! Semua yang berlaku adalah qada' dan qadar. Tapi... Kalau kau sendiri benarkan diri kau duduk kat tapak kaki orang, jangan tanya la kenapa kau memang berada di situ. Berdiri yakin tak perlu sampai jadi sombong bongkak belagak. Cukuplah kau yakin dengan kemampuan diri, cukuplah kalau kau dah ikhlas dalam setiap perbuatan kau... Kau tahu yang kau dah buat sebaiknya. Tak perlu explain panjang-panjang kat orang yang memang dah tak suka kita. Kau explain pun, dia takkan percaya. Dia tak nak dengar pun. Cukuplah Allah tahu. Enough! Orang tak hargai, biarkan.. Masa akan menentukan. Satu hari dia akan sedar sendiri. Some people will never feel enough dengan apa yg kau buat. Cukup. Kalau kau percaya kepada kifarah, this will never bother you. Ikhlaskan hati. Buat yang terbaik. Allah tahu. Kifarah tu wujud. Doa je!
Tak perlu berharap kepada pujian dan pandangan manusia, kita dah buat yang terbaik... cukuplah. Ikhlaskan hati. Dia tak hargai, biarkan... Dia tak suka, tak apa. Kita tak boleh paksa orang untuk suka kita. Kita juga tak boleh paksa sesiapa untuk ikut cakap/cara kita. Kita dah cakap, dah nasihat, dah bagi buah fikiran.. tak nak dengar, biarkan... Biarkan masa yang menentukan segalanya. Selagi kau ikhlas, kau tak perlu takut. Allah tu ada. Dia nampak. Dia tahu semuanya apa yang terselit tersirat dalam hati kau dan dia. No worries!
Akhir sekali... kalau kita take things positively, kita akan nampak musuh kita juga bantu kita refleks diri. Dia tolong sedarkan diri kita... Bila ada yang tak kena, kita tak boleh selalu rasa kita betul. Mungkin ada sebab berlakunya masalah antara kita dengan dia. Jadi kita refleks la kembali diri kita... Muhasabah. Kenapa dan mengapa. Rendahkan ego. Perbaiki mana yang terkurang dan terlebih.. Kalau betul salah tu datang dari mereka, dan kita dah berusaha perbaiki tapi tak berjaya, serahkan je kepada Allah... Masa akan menentukan segalanya. Percayalah...
Dulu musuh, sekarang....
Berapa ramai orang yang dulunya bermusuh dan akhirnya berbaik semula? Itu semua dengan kehendak Allah taala. Allah boleh tukar benci kepada sayang bila-bila masa. Beri mereka masa. Mungkin masa tu dia tak rasional. Mungkin masa tu dia pun ada problem, otak pun tak berapa betul... Mungkin masa tu ada orang cucuk dia... Ada banyak kemungkinan.. Hanya Allah yg tahu.. So biarkan je.. Sebab tu saya kata, kalau tak mampu nak hadap, kalau kita tak mampu nak control emosi dengan orang yang tak suka kita atau orang yang kita tak suka, ignore je. Jarakkan diri. Anggap je macam tak ada. Neutral! Sembang bila perlu. Itu lebih baik dari kita buat muka, hentam sesedap rasa, buat orang terasa...
It's all about you! Yourself!
Setiap kali orang bersikap bias, tak adil kepada kita, sengaja kenakan kita, dia yang akan berjawab dengan Allah. Kita redha je.. InsyaAllah, Allah beri yang lebih baik dari apa yang ada. Jangan risau. Jangan sedih. Anggap je tu bukan rezeki kita. Stay positive! Teruskan kehidupan macam biasa. Haha.
Bila berlaku masalah macam ni, memang kita akan ternegatif seketika. It's okay.. takpe. Sedih lah.. menangislah.. tapi jangan lama-lama. Sebab bila kau down, prestasi kerja kau pun ke laut. Fikiran kacau. Emosi tak stabil. Kehidupan terganggu. Lebih mudah orang nak jatuhkan kau. Ingat, hanya diri kita sendiri je yang boleh bangkit.. Orang lain hanya boleh tolong, tapi yang nak bangun tu, kita sendiri.. Sebab itu pilihan kita, samada nak terus tersungkur atau bangun bertatih sampai la kita mampu berlari semula seperti biasa...
Jadi manusia limited edition
Sebagai sahabat, bilamana ada yang luahkan perasaan kat kau, ada masa, layanlah sebaiknya... Mereka cuma nak kau dengar je. Dengan kadar kes kemurungan yang meningkat, memang risau kalau ada sahabat-sahabat yang tak mampu kawal emosi sehinggakan membawa kepada depression, tekanan perasaan, murung dsb. Bukan semua orang sekuat kita. Bukan semua orang mampu nak hadap masalah sorang-sorang.. Beri sokongan, pendapat, moral support semampunya... Paling tidak pun, pinjamkanlah bahu tu sekejap. Manusia zaman sekarang memang dah tak ramai yang pedulikan orang lain. People just don't care! Sebab semua sibuk dengan urusan masing-masing. Sibuk dengan cita-cita, kerjaya, yup, semua orang ada struggle tersendiri... Tapi... Cubalah jadi manusia yang limited edition. Jadilah segolongan yang masih peduli. Yang masih kisah dengan orang terutama yang rapat dan perlukan kita. Thank you kepada sahabat-sahabat yang sudi mendengar keluh kesah saya, yang doakan saya tatkala emosi saya huru hara, saya doakan kalian baik-baik sahaja... Thank you so much! Semoga kalian dalam lindungan Allah SWT sentiasa.
Semoga post ini sedikit sebanyak dapat menukar persepsi kita ke arah yang lebih positif. Dan diharapkan kita lebih kuat untuk mengamalkan forgive & forget lepas ni. Maafkan dan lupakan... Grow up, peeps! Chill! Giteww... Hehe... Akhir kata, majulah tanpa menyingkirkan orang lain, naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain, berbahagialah tanpa menyakiti orang lain... Cheers!~
Nota kaki: Berhati-hati dengan hati yang kamu sakiti. Kamu tidak tahu apa yang dia adukan kepada penciptanya...
Hai puan boleh share x.. Sangat menarik.
ReplyDeleteMenarik sangat perkongsian ni puan. sy setuju yang musuh ni boleh buat kita jadi lebih kuat dan lebih berhati2. pengalaman banyk ajar sy mcm mne nk jd kuat bila kena khianat dgn org yg kita btul2 percaya dan anggap kwn. rupanya musuh dalam selimut, gunting dlm lipatan. huhuhu.. mohon share ye puan..
ReplyDeleteSudut pandangan yg seimbang…positive vibes
ReplyDelete