Cloud Storage adalah tempat di mana kita boleh menyimpan segala khazanah dokumen, video, lagu, gambar dsb... Paling popular digunakan adalah Google Drive. Rasanya ramai cikgu-cikgu yang tahu tentang Google Drive ni. Macam-macam yang kita boleh simpan di sini. Sebenarnya, ada banyak lagi cloud storage lain yang boleh digunakan misalnya box, jottercloud, onedrive, dropbox dll.
Kelebihan Menggunakan Cloud Storage
Mengikut pengalaman saya, cloud storage ni memang ada banyak kebaikkan. Antaranya:-
1) Mengurangkan risiko virus
Apa-apa dokumen yang nak di kongsikan dengan orang lain, kita boleh share directly je. Siap boleh pilih nak share dengan orang tertentu atau nak share dengan sesapa je yang ada link sharing tu... Tak perlu nak guna pendrive yang mana selalunya banyak mengandungi virus.
2) Selamat
Selagi password ditangan kita, insyaAllah, bahan-bahan yang tersimpan dalam cloud storage adalah selamat. Walau bagaimana pun, risiko digodam boleh berlaku. Kena hati-hati juga ya... Kerap-keraplah tukar password ke hape ke...
3) Takde lagi masalah pendrive tertinggal ke hilang ke
Cloud storage berfungsi umpama pendrive. Jadi bila kita dah simpan segalanya kat 'awan', apa yang diperlukan hanyalah talian internet, password dan ID. So, kita boleh akses di mana sahaja kita berada tanpa memerlukan sebarang device seperti pendrive mahupun external hard disk.
4) Menjimatkan
Yes, jimat sebab tak payah beli pendrive dah! Haha... Ada banyak cloud storage yang menawarkan ruang simpanan yang agak besar secara percuma. Kalau nak ruang yang extra besar, boleh subscribe akaun berbayar... Kalau tak nak bayar, sila wujudkan beberapa akaun, setiap satu akaun melayakkan anda mendapat ruang simpanan. Hahaah... Jangan cakap kakak tak ajar! 😂
Kalau nak tau cloud storage yang mana yang menawarkan ruang simpanan yang besar, percuma, boleh baca post saya yang terdahulu... 11 CLOUD STORAGE PERCUMA PENGGANTI PENDRIVE :)
Kalau nak tau cloud storage yang mana yang menawarkan ruang simpanan yang besar, percuma, boleh baca post saya yang terdahulu... 11 CLOUD STORAGE PERCUMA PENGGANTI PENDRIVE :)
5) Boleh akses dari mana-mana komputer/PC/smartphone/tablet
Anda bebas mengakses bahan-bahan yang tersimpan dalam cloud storage dari mana-mana device yang anda kehendaki. Cuma ada beberapa format yang phone/tab tak support dan memerlukan anda buka file tersebut dengan menggunakan laptop/komputer ye...
Kekurangan Cloud Storage
1) Akses Internet
Perlu ada talian internet untuk akses cloud storage.
2) Pengaruh Kadar Kelajuan Internet
Kelajuan internet memberikan kesan kepada kadar kelajuan untuk download/upload/view sesuatu file. So, kalau internet suam-suam kuku je, kena bersabar sket lah ye... Tungguuuu... Hehe
Haa kalau ada lagi kekurangan atau kelebihan cloud storage ni yang korang tau, catatkan kat ruangan komen okay... Share ilmu dengan saya dan reader yang lain... Semoga bermanfaat! Bye!
Haa kalau ada lagi kekurangan atau kelebihan cloud storage ni yang korang tau, catatkan kat ruangan komen okay... Share ilmu dengan saya dan reader yang lain... Semoga bermanfaat! Bye!
Nota kaki : Be with someone who loves you at your best, and is there for you at your worst. That's what true love is. Tetibaaaa! Hahahaa....
terbaik, di mana kita boleh dapat cloud storage sehingga 5 TB yang murah ?
ReplyDelete