Hai semua! Dua minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan pelancaran minggu Bahasa Melayu yang dijalankan oleh Panitia BM. Untuk gimik persembahan, mereka memilih untuk membuat penyampaian watikah oleh murid yang memakai baju Melayu hitam lengkap dengan sampin & tanjak. Konon ala-ala zaman dulu la... Panglima mengadap Raja. Penolong Kanan kami jadi permaisuri pada hari tersebut untuk menerima watikah tersebut sebab kebetulan Guru Besar takde di sekolah... Curlassttt uollss... Dalam berapa hari complete dengan gimik bagai! Bravo! 👏👏
Setiausaha panitia, Puan Anny Suzany, minta saya bantu untuk carikan lagu iringan silat. So, apa lagi... Cari punya cari, terjumpa dua ni... Rasanya ada banyak tapi bunyi macam lebih kurang sama... Hahahaha... Tak perasan sangat perbezaannya. Mungkin la saya ni jenis tak peka dengan bunyi alat muzik... Saya dengar semua macam hampir sama je... Kikiki... bunyi serunai... gendang...
Okay, bagi yang berminat nak download lagu iringan silat ni, boleh klik kat nama lagu di bawah ni ye... Mana la tahu kot korang nak guna untuk gimik panitia ke, gimik hari sukan ke... kann...
Aktiviti terakhir selepas membaca 'watikah' pelancaran Minggu Bahasa Melayu adalah aktiviti memukul gong sebagai simbolik sempena pelancaran. Tahniah Panitia BM SK Rapat Jaya terutamanya Ketua Panitia, Cikgu Kamalulkhair dan Setiausaha, Cikgu Anny atas idea pelancaran ini. Walaupun gimik ni nampak simple tapi apabila ia dijalankan dengan penuh teliti dan tersusun, memang awesome! Tahniah! 😊
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang mungkin sedang tercari-cari lagu iringan silat atau idea untuk gimik pelancaran... Take care, gaise! Assalamualaikum...
Nota kaki : Nothing can dim the light that shines from within.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang mungkin sedang tercari-cari lagu iringan silat atau idea untuk gimik pelancaran... Take care, gaise! Assalamualaikum...
Nota kaki : Nothing can dim the light that shines from within.
No comments:
Post a Comment