Program Anti Denggi Peringkat Sekolah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 12 March 2019

Program Anti Denggi Peringkat Sekolah


Masalah apabila ramai guru tiada di sekolah adalah guru-guru lain perlu relief banyak kelas... Dengan bebanan jadual waktu guru itu sendiri yang dah cukup banyak, ditambah pula dengan masa ganti kelas (relief) yang panjang, memang agak membebankan. Pentadbir yang bijak akan cuba mencari solusi dalam meringankan beban guru-guru untuk masalah seperti ini. Tahniah kepada Guru Penolong Kanan HEM sekolah saya, Puan Has Yanti Binti Mustaffa Johari atas inisiatif beliau dalam melaksanakan program untuk murid-murid pada hari Rabu yang lalu.


Guru-guru di sekolah kami ramai yang terlibat dengan program ko-akademik di sekolah lain, ada juga yang keluar atas urusan mesyuarat, taklimat dll... Beliau mengambil kesempatan ini dengan menjalankan program anti denggi walaupun tanpa kehadiran guru penyelaras unit denggi itu sendiri. Penyelaras kena keluar bawa murid ke pertandingan. Walaupun program ini boleh dikatakan program adhoc, tetapi ia dapat dijalankan dengan baik berkat kerjasama guru-guru.

Alhamdulillah, apabila niat nak memudahkan urusan orang lain, segalanya dipermudahkan olehNya... Lancar je program... Dengan set hadiah sejumlah 100++ unit yang dapat saya kumpulkan untuk program saya pada waktu kokurikulum, saya serahkan lebih kurang 30 unit kepada HEM untuk menjayakan program ini... Bagi yang tak tahu cerita tentang hadiah ni, boleh baca post saya PROGRAM ANTI DADAH SEWAKTU KOKURIKULUM. 

Program berlangsung lebih kurang 1 jam 15 minit. Antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut:-

11.30 pagi - Murid-murid berkumpul di dewan. Pengurusan disiplin.
Disiplin perlu dikawal sebelum bermulanya program... Kalau tidak memang murid akan buat bising sampai ke akhir. Huhu...

11.40 pagi - Ceramah denggi beserta tayangan slide disampaikan oleh GPK HEM sendiri... 

12.00 tengahari - Tayangan video anti denggi. Ni antara video-video yang boleh digunakan untuk didik hibur program anti denggi ini...





12.25 tengahari - Sesi kuiz 
Soalan dibuka untuk setiap tahun. Murid angkat tangan untuk menjawab. Guru-guru bantu untuk pilih murid. Hadiah diberikan kepada murid yang menjawab soalan dengan betul. Soalan anti denggi, PK HEM saya dapat dari hasil carian Google.


12.40 tengahari - Penyampaian hadiah. 

12.50 tengahari - Bersurai.

Okay, tu je nak share dengan korang semua... Mana tau kot lepas ni sekolah korang nak buat program simple macam ni, boleh la ambik idea ni... Hehe... Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, insyaAllah... Bye! Assalamualaikum....

Nota kaki : How others see you is not important. How you see yourself means everything! 

No comments:

Post a Comment