Review : Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal & Wonder Park - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 28 March 2019

Review : Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal & Wonder Park


Assalamualaikum... Hallu gais!

Semalam saya menghabiskan masa cuti dengan ber Movie Marathon di TGV. Kalau ikutkan perancangan awal, kami nak tonton tiga movie iaitu Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal, Wonder Park & Bikers Kental. Tapi memandangkan pinggang pun dah mula tak selesa, asyik duduk je berjam-jam, maka kami batalkan hasrat & tonton cuma dua movie je... Hehee... 

Just to let you guys know that saya bukanlah peminat wayang, movie, drama dan sewaktu dengannya. I usually sleep in the cinema. Bhahahaha... Memang tak minat. TV pun saya tak tonton, memang tak berapa minat movie ke drama ke... So, kalau sembang dengan saya, takyah sembang pasal drama ke hape ke ye, memang saya tak ikuti langsung setakat ni... Hahahha... Tau tajuk je... Paling-paling kalau dah macam curious sangat pun, saya akan baca sinopsis je. 

Tapi untuk dua cerita ni, alhamdulillah, elok pulak mata terbukak dan boleh menghayati cerita dengan baik sekali... Sebab tu saya tulis review, sebab saya rasa kedua-dua cerita ni WOW sangat dan mampu menahan saya dari tidur... Kikikii... Serius, saya selalu je masuk panggung wayang sebab bawak budak-budak ni tonton movie. Tapi selalunya panggung wayang ni adalah tempat untuk saya rest dan tidur... 😂 Tapi TIDAK untuk kali ini ye... Iollss gigih tonton sampai habis ye uollsss... Hahahah...


Wonder Park

Kisah yang sarat dengan emosi walaupun nampak macam kat alam fantasi je... Tapi, cerita ni sangat 'deep' sebenarnya... Pasal seorang budak perempuan yang sangat rapat dengan ibunya dan kemudiannya terpaksa berpisah dengan ibunya kerana beliau nak mendapatkan rawatan atas penyakit yang dialami. Sepanjang ketiadaan ibunya, dia jadi down dan jadi sangat protective kepada bapanya... Nilai kasih sayang sangat tinggi sampaikan ada part yang memang touching giler... Terutama part dia dah naik bas untuk ke Kem Matematik, kemudian, dia teringatkan ayahnya seorang diri di rumah dan dia decide untuk cari jalan untuk turun dari bas dan balik ke rumah. Dia bimbang ayah dia tak boleh menguruskan diri. Giler caring budak ni... Huhu... 

Dalam cerita ni, dia ni berfantasi membina taman tema. Ibunya yang sangat supportive sentiasa memberi galakkan dan memberi dorongan kepada budak perempuan ni untuk terus mengejar cita-cita walaupun sekadar berfantasi... Sampaikan dia bina taman tema dalam rumah. Sehinggalah satu hari tu dia rasa sangat down, dia kemas semua taman tema yang dibuat kat dalam rumah... Dia give up! Satu hari, dia betul-betul terjumpa taman tema yang dia bina tu (kat dalam hutan) dalam keadaan teruk & berada dalam kemusnahan... Di situ dia mula bangkit dan mencari semangat yang hilang untuk pulihkan keadaan taman tema tersebut. Dibantu oleh Peanut (soft toy monyet) & beberapa lagi soft toy dia... 

Yes, mesti korang tak faham kannn... Hahahaha... Pegi tengok cepat! Serius, cerita ni best! Saya bagi 5/5 bintang! Cerita ni happy ending bila akhirnya mak dia pulang setelah sihat... dan dia juga berjaya buat taman tema sendiri kat rumah dia & taman tema fantasi (yang kat dalam hutan tu) pun kembali beroperasi dengan jayanya! 

Moral dalam cerita ni, never give up on your dreams because great things take time! Giteww... It takes a dream to get started, desire to keep going and determination to finish. 


Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal

Yang ni pun saya nak bagi 5/5 bintang jugak. Cerita yang diolah dengan sangat kreatif apabila ia dapat mengaitkan banyak kisah dongeng Melayu seperti Bawang Putih Bawang Merah,  Batu Belah Batu Betangkup, kisah Si Tanggang, kisah Singapura dilanggar todak, Raja Bersiong yang kejam... Mat Jenin yang dalam cerita ni memang seorang yang kuat berangan tapi dalam masa yang sama, beliau adalah sebenarnya seorang Putera Raja... Selain itu juga, saya lihat watak seperti Nujum Pak Belalang, Belalang juga telah sedikit sebanyak 'mengangkat' idea dan merupakan suatu penghargaan kepada Tan Sri P.Ramlee dalam dunia perfileman... Saya memang kagum dengan olahan jalan cerita, dengan setiap perkaitan cerita-cerita dongeng yang disusun sehingga menjadikan suatu cerita yang smooth dan menarik untuk ditonton seisi keluarga... 

Les Copaque masih lagi mengekalkan konsep pengembaraan kanak-kanak apabila Upin dan Ipin serta rakan-rakannya cuba menyelamatkan Keris Siamang Tunggal dari Raja Bersiong. Kisah perebutan tahta & kerajaan antara Raja Bersiong dengan bapa Mat Jenin. Terdapat banyak juga nilai moral dalam cerita ni, antaranya, tentang hubungan adik beradik (Upin & Ipin), kemudian tentang persahabatan dan yang paling penting tentang hak! Sesuatu yang bukan milik kita tak akan menjadi milik kita dan begitulah sebaliknya. Ada juga diselitkan tentang nilai kasih sayang antara ibu dan anak (Si Tanggang) apabila si Ibu (Mak De) menyesal menyumpah Si Tanggang... Nilai moral yang sangat baik yang cuba ditekankan kat part ini adalah, sebagai ibu, jangan terlalu cepat nak menyumpah anak-anak bila Mak De menangis dan memberitahu mulutnya terlalu cepat nak berkata-kata begitu pada Tanggang... Sepatutnya dia memafkannya sahaja... 

Tahniah Les Copaque! Saya sangat-sangat sukakan konsep dan jalan ceritanya. Saling terkait dan terhubung antara satu dengan yang lain menjadikan ia suatu cerita yang sangat awesome & unik! Bawalah anak-anak tonton movie nie... It worth every penny! 


Nota kaki: Life does not have to be perfect to be wonderful! I love you, Aida & Lily! 💖 #sisterhood

1 comment: