Koleksi Dialog Ringkas BI UPSR - Question 21 Social Expression - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 3 April 2019

Koleksi Dialog Ringkas BI UPSR - Question 21 Social Expression


Assalamualaikum...

Sekejap je dah masuk bulan April dah... Beberapa bulan je lagi anak-anak Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Kebetulan saya memang sedang mencari-cari bahan untuk Question 21 - Social Expression untuk digunakan kat kelas. Ada pulak seorang rakan maya yang share bahan ni kat group Telegram dia. Memang rezeki laa kan! Alhamdulillah... Saya dah minta kebenaran & dia sudi nak kongsikan bahan tersebut untuk dimanfaatkan bersama dengan readers blog ni... Terima kasih! 

100++ Contoh Perbualan & Booklet Comel

Dalam Group Telegram, Teacher Nor Idayu (SK Kuala Tahan) kongsikan versi bewarna, tapi saya dah convert kan kepada black & white supaya mudah untuk kita print dan fotostat untuk anak-anak murid... Ada lebih dari 100 conversations tau! Selain itu, beliau ada kongsikan juga booklet comel yang boleh korang gunakan dalam kelas untuk aktiviti Social Expression (Question 21) ni... 

Jangan jual bahan yang dikongsi secara PERCUMA

Tapi... please laa... Orang dah bagi FREE, kau jangan mengada nak jual pulak materials ni... Tolong la jangan ambil kesempatan... Kalau rasa nak jual, sila buat bahan sendiri. Hargai kerja orang lain. Tolong ye... Panjangkan sedekah orang, kita pun dapat tumpang pahala sekali... :)





Ni Group Telegram Teacher Ayu, yang berminat, boleh klik untuk join... -------> KHAIDARWISY'S COLLECTIONS 

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Doakan agar anak-anak didik kita semua berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti... Take care, gais! Assalamualaikum... :)

Nota kaki : Lebih baik dibenci kerana memilih sesuatu yang benar, daripada disukai kerana mengikuti sesuatu yang salah... 

No comments:

Post a Comment