Modul Autocrat : Memudahkan Untuk Penyediaan Laporan, Sijil, eRPH, PdPC, Surat Rasmi dll - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 25 April 2019

Modul Autocrat : Memudahkan Untuk Penyediaan Laporan, Sijil, eRPH, PdPC, Surat Rasmi dll


Assalamualaikum semua!

Biasa guna mail merge tak kat Word? Mail merge ni biasanya popular di kalangan guru-guru yang terlibat dalam menghasilkan sijil. Yela, sijil yang ada ratusan nama murid, jenuh kalau nak taip satu per satu kan... Yang pernah guna mail merge akan tahu betapa mudahnya kerja. Hehe...

Semalam, sahabat saya, Khairil Firmansyah Bin Anuar, PTP PKG Bandar Mersing, Johor, telah berkongsi dengan saya, modul bertajuk Mailmerge With Autocrat. Salah satu Extension menarik kat Google Docs. Yang menarik tentang Autocrat ni, setelah siap sijil atau dokumen tu, korang boleh send terus menerusi email kepada penerima. Kerja akan jadi bertambah cepat! Kann... Saya memang cukup kagum dengan kebolehan beliau dalam menghasilkan modul. Memang kemas, sangat detail dan mudah difahami. Saya sendiri banyak belajar dari dia ni dalam menghasilkan modul-modul sebegini. Tak percaya cuba korang tengok... Mantap! 

Berikut adalah link Modul Mailmerge With Autocrat untuk dimuat turun. 

DOWNLOAD MODUL MAILMERGE WITH AUTOCRAT 

Versi Elektronik :
https://tiny.cc/autocratRK19
Versi Cetak : 
http://bit.ly/2Dxyogu

Penggunaan Autocrat di sekolah dapat membantu dalam :-

a) Penyediaan sijil 

Boleh baca post saya yang terdahulu berkaitan PENGHASILAN SIJIL TEKNIK MAILMERGE 

b) Pelaporan

c) Penghasilan surat rasmi (jemputan untuk majlis ke mesyuarat ke...)

d) Penggunaan dalam PdPC

e) e-RPH

f) Agihan ID / Kata laluan FrogVLE / Perak e-tuition dll kepada murid / guru 

g) Label buku tulis murid 


dan banyak lagi... 

Menurut Firman, tajuk ini telah dibentangkan di Seminar Ganu Edtech Day 2019 yang berlangsung pada 23 & 24 Mac 2019 di TD1303, Kuala Terengganu. Alhamdulillah, beliau amat berbesar hati untuk berkongsi bahan ini dengan pembaca blog www.raihanjalaludin.com. Tidak dilupa juga, sekalung penghargaan buat Kerajaan Negeri Terengganu dan RumahKod selaku urusetia program ini. Tahniah!

Semoga lebih banyak lagi program-program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang dalam usaha untuk membantu guru-guru menambah ilmu pengetahuan sekaligus dapat memberi impak yang positif dalam pengurusan dan perjalanan PdPC di dalam bilik darjah. 

Nota kaki : Do something today that your future self will thank you for. 

No comments:

Post a Comment