Hai gais! Assalamualaikum.
Pada 13 April yang lalu, FrogAsia dengan kerjasama JPN Negeri Perak telah mengadakan persidangan Kleaps dengan tema Power Up! Memperkasakan Peneraju Perubahan Dalam Pendidikan bertempat di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar. Program ini melibatkan lebih kurang 3000 orang guru di seluruh Perak merangkumi pentadbir, wakil PIBG dan guru ICT/Guru Penyelaras Bestari dari semua sekolah. Saya merasakan program ini merupakan suatu inisiatif yang baik untuk memberikan pengalaman yang baharu kepada guru-guru terutamanya dalam meneraju ICT & FrogVLE di sekolah masing-masing. Namun begitu, peranan PIBG serta komitmen dan kerjasama dari pihak pentadbir juga adalah dirasakan sangat penting dalam merealisasikan perubahan-perubahan ini.
Jemputan Oleh FrogAsia Untuk Promosi Bahan-Bahan Pendidikan Dalam Blog raihanjalaludin.com
Saya berasa sangat bertuah apabila pihak FrogAsia sendiri menghubungi dan menjemput saya untuk mempromosikan bahan-bahan pendidikan terutama yang berkaitan FrogVLE, ICT, PAK21 dll yang ada dalam blog ni pada hari tersebut. It's an honour to be invited to participate in this event. Saya anggap ia adalah rezeki saya apabila ada pihak yang sudi berkolaborasi dengan blog ini. Yelah, dalam ramai-ramai pendidik di Perak, saya percaya, ada ramai lagi yang lebih baik dari saya dan boleh diketengahkan. Tapi apabila saya yang dipilih, I was like... Speechless. Rezeki! Memang rezeki. Alhamdulillah...
Kebetulan saya juga merupakan salah seorang Fasilitator VLE untuk Negeri Perak, jadi saya ambil peluang ni untuk bersama-sama memeriahkan majlis di samping berkongsi hasil tulisan saya berkaitan dengan pendidikan yang ada dalam blog ni untuk rujukan rakan-rakan guru yang lain. Ia merupakan suatu pengalaman baru untuk saya dan saya anggap ia rezeki yang telah diaturkan oleh Allah untuk saya. Mungkin bagi sesetengah orang, benda macam ni takde apa pun, it's nothing! But for me, it is something!
Thank you, FrogAsia!
Terima kasih FrogAsia, Miss Elaine FrogAsia, Encik Mohd Fitri Mohd Shukri, Konsultan FrogAsia Negeri Perak, Miss Abelene Phua, Communication Manager, Marketing & Communications FrogAsia Sdn Bhd. kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru yang lain pada hari tersebut. Sangat menghargai dan berterima kasih atas peluang yang diberikan. Thank you! 😊

Bersama sebahagian Fasi VLE Perak |
Leaflet raihanjalaludin.com @ KLeaps
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya diletakkan di bahagian 'Frog Ask', tapi saya sibuk dok promote bahan dalam blog saya... Ni lah jawapannya. FrogAsia memang request untuk saya berkongsi bahan-bahan dalam blog ini dengan guru-guru yang hadir ke persidangan Kleaps tu. Oleh kerana saya ada hampir 200 post berkaitan pendidikan merangkumi FrogVLE, ICT, tips dll dalam blog ni, maka saya terpaksa hasilkan leaflet untuk memudahkan saya melakukan perkongsian. Dalam leaflet tu pun saya cuma mampu pamerkan lebih kurang 40 link je. Tak muat kertas weihh nak senaraikan banyak-banyak... Mana tak nya, saya pamerkan sekali nama sahabat-sahabat saya dari seluruh negara yang berkongsi bahan-bahan tertentu. Bagi dorang glamer jugak! Hehe... Tu pasal tak muat kertas. 😂
Walau bagaimana pun, selain menyediakan leaflet, saya juga telah menyediakan bahan pameran untuk admin FrogVLE. Memang terpasang kat skrin masa tu. Nanti saya akan kongsikan bahan tu dalam post yang seterusnya.

Cabaran buat saya untuk keluar dari kepompong... Haha
To be honest, saya memang tak berapa gemar nak 'self-promoting' sebab saya memang jenis yang suka duduk di belakang tabir. Cukup orang kenal saya sebagai guru, blogger & influencer but not as public figure. LOL! Tapi atas tuntutan program ni, saya buat juga la... Saya ambil peluang ni sebagai satu cabaran untuk diri saya yang jarang-jarang nak ke tengah. Huhu... Sangat-sangat segan nak beritahu dunia tentang apa yang telah saya buat, sumbangan, penglibatan serta pencapaian saya. Saya tak berapa suka nak expose even in school, sekolah pun tak tau saya ke Kleaps ni menggalas tugas khas. Yang mereka tahu, saya pergi atas tiket Fasilitator VLE Negeri.
Ada juga pegawai JPN yang tanya kenapa saya tak masuk bertanding untuk macam-macam pertandingan... Frog Teacher Award ke apa ke... Jawapan saya, saya tak minat nak bertanding. That's me. I'm introvert & I don't like to be exposed. Nak expose sikit-sikit boleh la... Jangan banyak sangat, nanti saya nervous! Hahaha... Just let me be me, hokayyy! Huhu...
Dengan geng PKG. LOL! Yang paling kanan tu sifu animasi... Salute! |
Ni pun geng PKG! Haha... |
PK saya masa kat MGS... Jumpa kat sini. |
Ada juga pegawai JPN yang tanya kenapa saya tak masuk bertanding untuk macam-macam pertandingan... Frog Teacher Award ke apa ke... Jawapan saya, saya tak minat nak bertanding. That's me. I'm introvert & I don't like to be exposed. Nak expose sikit-sikit boleh la... Jangan banyak sangat, nanti saya nervous! Hahaha... Just let me be me, hokayyy! Huhu...
Giteww! Misteri sangat aihhh... Hahaha... |
Pameran & Booth Sekolah-Sekolah Hebat FrogVLE
Pelbagai program disediakan pada hari tersebut termasuklah salah satunya adalah demo/pameran Frog Classroom. Pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana keadaan Frog Classroom yang sebenar di samping dapat mengumpul maklumat tentang cara-cara untuk memohon Frog Classroom dll. Booth permainan juga disediakan untuk para pengunjung beriadah di samping menimba ilmu tentang FrogVLE. Ada bowling, wheel of fortune dan banyak lagi. Pelbagai hadiah turut disediakan.
Selain itu, beberapa booth dari sekolah-sekolah terpilih juga disediakan pada hari tersebut. Sekolah-sekolah ini adalah antara sekolah yang telah menempa kejayaan dalam penggunaan FrogVLE dalam negeri Perak. Selain itu, terdapat banyak juga pameran berkaitan fungsi-fungsi yang terdapat dalam FrogVLE termasuk Frogboost, Frogplay dll. Bagi saya benda macam ni memang bagus sebab cikgu boleh dapat info direct dari pegawai-pegawai FrogAsia sendiri & pakar FrogVLE.

Dalam banyak-banyak booth, booth ni paling hakak suka... Bhahaha... |
Turut hadir, YB Dr. Abdul Aziz Bin Bari, Exco Kerajaan Negeri Perak, Datin Kathleen Chew, Direktor Program YTL Foundation, Puan Hajah Rahimah Binti Mohamed, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak & Tuan Haji Zolkefli Mohd. Idris, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak untuk perasmian program Kleaps. Kebetulan pihak unit Akademik, JPN Perak juga membuka sebuah booth berkaitan PBD (Penilaian Bilik Darjah) yang mana bagi saya adalah usaha yang sangat baik dalam memantapkan lagi pengetahuan guru-guru tentang pelaksanaan PBD di sekolah. Sempat la juga saya menimba ilmu PBD kat sini. Thank you, Puan Kamariah atas penerangan yang diberikan. 😊
Modul Lassi
Guru-guru dan barisan pentadbir didedahkan dengan Modul Lassi. Ni antara aktiviti yang mereka perlu buat. Menara Belon! Hehe... Tahniah kepada fasilitator-fasilitator VLE Negeri Perak serta pegawai-pegawai PKG, BTPN yang handle sesi Lassi ni... Ohsem! 👏👏
Thank you fasilitator VLE Negeri Perak & sahabat-sahabat yang sudi berjumpa saya
Tidak dilupa terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai-pegawai JPN/PPD/BTPN/PKG yang terlibat & barisan fasilitator VLE Negeri Perak atas layanan serta tunjuk ajar kepada saya yang junior ni... Lepas habis event, siap epak makan satay lagi tu... Huhu. Thank you, ustaz, belanja kami satay kambing. Sedap weihh.. 😋 Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Ada yang baru 1st time jumpa, ada yang dah berjumpa banyak kali sebab satu PKG, asal meeting, memang jumpa dorang ni... Hahhaha... Apa pun, keep up the good job! Kepada sahabat-sahabat yang sudi berjumpa saya, terima kasih kerana sentiasa menyokong penulisan saya. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan hendaknya.
Pengalaman yang Tak Akan Dapat Saya Lupakan
Kaunter PBD (Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak) |
Bersama KS Pengurusan Akademik JPN Perak |

Dengan Kak Nieda. First time jumpa ni... Orang hebat LMS. |
TQ Ustaz belanja satay! Yayy!! |
Pengalaman yang Tak Akan Dapat Saya Lupakan
Pengalaman di Kleaps Perak ni adalah suatu pengalaman yang tak akan dapat saya lupakan. Terima kasih sekali lagi atas peluang yang diberikan. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Dua benda yang paling saya suka bila menghadiri majlis ilmu macam ni adalah; pertama, saya dapat 'sedut' aura positif dan kedua saya dapat berkenalan dengan lebih dekat lagi, orang-orang yang hebat khususnya dalam bidang pendidikan, ICT, VLE dll...
Semoga semua guru-guru di Perak dapat sama-sama meneraju perubahan dalam pendidikan kearah yang lebih cemerlang, gemilang & terbilang! Ayuhhh kita! 😁
Ada banyak gambar yang dirakamkan pada hari tersebut. Kalau korang nak tengok, boleh klik link ini... Mana tau, gambar korang ada kat dalam tu... Jangan lupa cari sekali gambar cikgu-cikgu dari sekolah korang, download & print sebagai kenangan. Giteww... Terima kasih kepada Ustaz Mawaridi yang sudi berkongsi link gambar ni dengan semua pembaca blog ni... Syukran!
Nota kaki: Sometimes life doesn't give you something you want, not because you don't deserve it, but because you deserve more!

No comments:
Post a Comment