Aplikasi Menukar Teks Kepada Suara (Dengan Animasi) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 3 May 2019

Aplikasi Menukar Teks Kepada Suara (Dengan Animasi)


Assalamualaikum. 

Hi semua! Sekali sekala guna apps untuk ganti kita kat dalam kelas mesti best kan? Hahaha... Hari ni terjumpa satu apps yang agak menarik. Sesekali buat kelainan. Boleh jadi pengganti cikgu, dia tolong wakilkan cikgu untuk beri arahan... Cikgu taip je nak cakap apa, watak kat dalam apps ni tolong cakapkan... Nak lagi best, kena paparkan kat screen... Baru la budak-budak boleh nampak watak tu bercakap-cakap... 😄

WOW Factor

Mungkin ada yang rasa, benda macam ni takde apa-apa pun... No, jangan sekat kreativiti anda macam tu. Pada saya, it's either you take it positively or the other way around. Tau tak bila korang masuk kelas dengan benda-benda baru macam ni, murid korang akan rasa WOW! Serius, nak cari WOW factor tu bukan senang, jadi kena usaha selalu... Bila ada WOW factor, barulah murid korang rasa lain macam sikit nak belajar subjek korang. Barulah mereka ada rasa seronok, rasa nak belajar, tertunggu-tunggu korang masuk kelas... Gituhhh! 😂

Keseronokkan belajar

Ni lebih kepada untuk nak develop emosi mereka. Emosi dalam konteks, berperasaan nak belajar. Anyway, bukan nak guna benda ni hari-hari, sekali sekala jer... Beri kelainan supaya murid ingat kelas kau sampai bila-bila. Dan kalau tak nak guna lama-lama, 5 minit pun okay je, untuk set induksi misalnya... Kann! Sekadar nak menambah keseronokkan belajar di samping memberi pengalaman baharu kepada murid-murid. 

Belajar sebutan / pronunciation

Bagi yang berminat nak guna apps ni untuk dijadikan aktiviti, boleh juga. Korang boleh beri perkataan kat murid-murid untuk belajar sebutan / pronunciation. Biar mereka taip dan dengar sebutan. Mereka juga bebas memilih watak dan suara yang mereka kehendaki. Selain daripada apps ni, nak belajar sebutan, boleh je guna google translate. Tapi google translate takde avatar & tak boleh nak tukar fungsi suara... Tu je... Hehe.

Ubah suara 

Apps ni membolehkan anda menggunakan fungsi echo untuk suara yang bergema atau try fungsi-fungsi lain misalnya nak suara berbisik ke, atau suara macam chipmunk (laras kat speed ya...). 

Okay, untuk anda yang berminat nak mencuba, boleh try pegi ke laman web ini... Guna laptop untuk hasil yang lebih baik! 😄


Bahasa (Language) yang dipilih mestilah sama dengan bahasa yang korang taip kat textbox tu ye... Maksudnya kalau pilih English, korang kena taip in English juga la... Kalau nak taip dalam BM, boleh try guna Bahasa Indonesia. Hehe... Yang bestnya, selagi tak tukar teks, boleh ulang cakap ayat yang sama banyak kali... Sesuailah untuk bulan pose nanti. Tak payah kita nak ulang cakap, biar apps ni je tolong cakapkan... 😂



Hide kan textbox tu... Full Screen! Mesti murid korang teruja tetiba dengar kartun ni bercakap dengan dorang... Bagi arahan sama macam yang korang selalu buat... Hahahhaha...


Yang ni paparan dari telefon.


Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat! Take care & selamat berhujung minggu. Babai...


Nota kaki : In order to be irreplaceable, you must always be different. Giteww!~ 😁 

1 comment:

  1. Terima Kasih, Cikgu Raihan. Saya Teacher Angel dari kuching, sarawak. memang banyak aplikasi saya belajar dari Cikgu hebat ni.

    ReplyDelete