Bahan Untuk Program Keselamatan Siber - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 22 May 2019

Bahan Untuk Program Keselamatan Siber


Hi gais! Assalamualaikum...

Semalam saya terlibat dengan Bengkel Digital Poster dan Info Grafik untuk murid-murid Sekolah Daerah Kinta Selatan. Ni kali kedua saya memenuhi jemputan untuk program daerah Kinta Selatan tahun ni dari Encik Mior Faisal Bin Ahmad, PTP PKG Batu Gajah yang sangat komited, sangat menghormati orang dan saya boleh kata saya sangat senang berurusan dengan beliau... Sekali, program untuk guru-guru dan kali ni program untuk murid pulak. Alhamdulillah...



Tayangan Video Keselamatan Siber

Baik, slot semalam saya mulakan dengan Keselamatan Siber. Since masa bengkel agak panjang, 8 pagi sampai ke 2 petang, saya request untuk ambil sedikit masa untuk tajuk ni sebab saya nampak isu ni sangat penting dan perlu diperluaskan di sekolah-sekolah. Maklum ler, anak-anak sekarang ni semua dah terdedah dengan media sosial.. Jadi, mereka perlu tahu tentang keselamatan siber ni... Sangat perlu! Benda ni nampak remeh tapi impaknya besar. Bila dah terjadi, baru nak menyesal, dah tak guna dah... Saya mulakan dengan menayangkan video-video yang bagi saya agak menarik dan sesuai dengan usia crowd saya, 10-14 tahun... Yup, program semalam melibatkan semua sekolah dalam daerah, termasuk sekolah rendah dan menengah...


Just in case korang interested nak tayangkan video-video ni kat sekolah, ni playlist nya... Klik play je, ada 12 video kesemuanya akan run secara auto sampai habis... Video animasi yang pendek je... Mudah difahami content nya... Ada unsur-unsur jenaka, jadi, budak memang suka... Tak membosankan. Banyak pelajaran yang mereka boleh dapat daripada video-video ni. Hehe... Btw, semalam saya cuma pasang lebih kurang 5-6 video je...



Kuiz Keselamatan Siber Menggunakan Aplikasi Quizizz

Selepas habis menayangkan video-video ni, boleh la buat kuiz pulak... Hehe... Saya gunakan apps Quizizz je semalam... Kalau korang pegi kat laman Quizizz, taip je keyword 'Keselamatan Siber', ada banyak soalan-soalan yang dah tersedia kat situ. Mudah... Saya setting kan sebagai Homework. Pastu, bagi nombor kod kat murid, mereka jawab menggunakan komputer. Nak jawab guna phone dan tab pun boleh jer... 

Ni antara soalan yang saya gunakan semalam... 



Selesai dua slot ni, barulah kami memulakan slot digital poster & infografik pula sehinggalah ke petang... Saya ajar mereka menggunakan Apps Canva. Bagi saya, hasil kerja mereka agak baik, masih boleh digilap lagi kreativiti mereka ni... Ada jugak yang tersalah tajuk. Overall, memang agak bagus sebab mereka mampu buat kerja dalam keadaan internet yang agak sendu di samping menggunakan Netbook yang sesungguhnya menguji kesabaran semua orang semalam... Slow macam siput! Hahahha... Mereka juga berkongsi laptop... Bila guna online apps pastu internet dengan laptop sendu, boleh bayangkan tak macam mana... Lagging tak tentu hala... Sabo je la... Huhu...

Ni antara hasil kerja murid... Infografik... Dhiya, SJKC Kampar Girl & Shahee, SK Sahom
Terima kasih kepada Encik Faidzal, PTP PKG Tanjung Tualang kerana banyak membantu dalam urusan teknikal disamping menghiburkan budak-budak yang stress dengan Netbook yang lembab semalam. Bhahaha... Murid-murid ni siap hantar hasil kerja kat padlet tau! Hebat! 👏👏

Saya handle group sekolah rendah... Seorang lagi rakan jurulatih saya, Cikgu Syimee dari SMK Raja Perempuan, handle satu lagi group... Group dia campur sekolah rendah dan sekolah menengah... 

Ni pun hasil kerja murid untuk poster. Hasil daripada Nafis, SK Tronoh dan Muaz, SK De La Salle
Lembaran Mewarna Keselamatan Siber

Yang ni lembaran mewarna yang pernah saya guna untuk program di sekolah awal tahun hari tu... Saya dah jalankan Program Keselamatan Siber ni dengan ahli Kelab Komputer. Kami buat masa koko je... Kalau ada yang berminat nak guna, boleh download ya... DOWNLOAD LEMBARAN MEWARNA Untuk murid sekolah menengah, mungkin boleh minta mereka buat poster... 



Apa pun, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Daerah Kinta Selatan atas jemputan & kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini... Thank you! :) 

Nota kaki : Be the reason someone smiles today! 😍

No comments:

Post a Comment