Assalamualaikum...
Hai semua! Apa khabar? Saya rasa mesti ramai parents yang nak cari solution untuk anak-anak yang ketagihan dengan Youtube ni kan? Hehe... Bukan anak korang je, ramai... Memang ramai budak-budak yang terjebak dengan Youtube. Hari ni saya nak share beberapa cara yang anda boleh cuba lakukan untuk hadkan penggunaan Youtube tu...
Cara Pertama
Yang ni applicable untuk Youtube Apps kat telefon korang tu. Caranya adalah dengan meletakkan setting untuk Reminder. Katakan korang setting untuk 5 minit, dalam tempoh 5 minit, video yang sedang ditonton akan ter 'pause' dan reminder akan terpapar. Katakan kita masih ignore reminder tu, setiap 5 minit akan berlaku benda yang sama. Video terhenti dan reminder akan terpapar untuk mengingatkan bahawa kita sudah sampai ke had penggunaan seperti yang telah ditetapkan which is 5 minit. Anda boleh setting masa yang lebih panjang. Mungkin 1 jam... 5 minit adalah tempoh masa terpendek yang boleh ditetapkan untuk fungsi reminder ni. Rujuk gambar untuk lebih kefahaman...
1. Buka aplikasi Youtube
2. Klik kat akaun (bulatan merah) untuk ke SETTING.
3. ON kan pada bahagian REMIND ME TO TAKE A BREAK.
4. Setting masa.
5. Apabila sudah mencapai masa penggunaan seperti yang ditetapkan, video yang dipasang akan ter 'pause' secara automatik.
6. Untuk meneruskan menonton, boleh klik DISMISS. Walau bagaimana pun, perkara yang sama akan berulang sekiranya telah cukup tempoh seperti yang ditetapkan. Katakan korang tetapkan 5 minit, jadi setiap 5 minit, video akan terhenti dengan sendirinya.
Cara Kedua
Yang ini lebih 'kejam' sedikit berbanding cara pertama. Hahahahha... Anda perlu terlebih dahulu download YOUTUBE FOR KIDS pada tablet/telefon. Yang ni anda boleh set time dan apps akan terkunci dengan sendirinya setelah cukup masa seperti yang ditetapkan. Kalau dah 'time's up', memang Apps tu takkan boleh digunakan selagi tak dimasukkan password. Tapi YOUTUBE FOR KIDS ni memang content nya hanya untuk kanak-kanak. Nak lagu-lagu popular masa kini memang tak dapat laa... Nak Black Pink ke BTS ke Ketty Perry ke memang tak dapat ler... 😂 Memang takde! Hehehe... Itulah bezanya YOUTUBE FOR KIDS dengan YOUTUBE yang biasa. Boleh rujuk gambar untuk setting password.
1. Buka Apps YOUTUBE FOR KIDS
2. Pergi ke SETTING
3. Anda perlu jawab soalan matematik untuk masuk ke menu SETTING... Hehe... Jangan lupa Tukarkan password (Set My Own Password).
4. Klik TIMER untuk Set Limit.
5. Anak anda boleh gunakan Apps tersebut mengikut masa yang ditetapkan.
6. Sekiranya masa dah tamat (Time's Up), paparan seperti di bawah akan keluar. Sekiranya ingin menggunakannya semula, anda boleh klik kat simbol PADLOCK tu dan masukkan kata laluan. Selagi tak masuk kata laluan, selagi tu aplikasi terkunci dan tidak boleh digunakan. Hahhahahaha...
Cara Ketiga
Letak password kat aplikasi Youtube tu... Kan sekarang ni ada apps untuk lock Apps. Cuba google cari ya... Tak pun paling senang letak je passcode kat telefon korang tu!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Walau pun anda boleh setting password setting reminder, still anda perlu pantau penggunaan Youtube tu ye... Maklum la sekarang ni macam-macam yang budak-budak ni boleh akses... Huhu... Okay gais! Take care... Babai.
Nota kaki : Some hearts understand each other, even in silence.
No comments:
Post a Comment