Contoh Aktiviti Kumpulan Yang Mudah Untuk Dijalankan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 10 May 2019

Contoh Aktiviti Kumpulan Yang Mudah Untuk Dijalankan


Hi gais! Assalamualaikum...

Ni post throwback. Dua bulan lepas punya cerita! Hahahaa... Sepanjang minggu sukan yang lalu, memang semua kepenatan... Baik cikgu, murid, semuanya... Penat wehh... Dengan latihan rumah pada waktu petang, sukantara, perbarisan dicampur dengan latihan pada waktu pagi... Ber huhuhu je lahh... Tapi dalam penat-penat tu, kena ON juga kelas macam biasa. Cuba fikirkan aktiviti yang mudah dan santai untuk mereka... dan dalam masa yang sama murid dapat sesuatu... Bukan la santai saja-saja je kannn... Hehe...

4C1V

Walaupun tanpa penggunaan ICT, kita masih boleh jalankan PAK21 ye, cikgu-cikgu sekalian... Tapi kalau korang boleh include ICT skali memang terbaiklah! Tapi kena betulkan persepsi, tanpa ICT juga kita masih boleh menjalankan PdPC berteraskan PAK21... Kerana ICT hanyalah salah satu tools sahaja. Yang penting, cover 4C1V tu. Communication, Collaboration, Critical Thinking, Creativity & Value and ethics.

Tajuk Aktiviti Kali ini... Tempat Menarik Untuk Saya Lawati

Kali ni saya cover untuk Topic Sentence & Supporting Details... Ada dalam buku teks... Unit 5. Dengan menggunakan contoh yang ada dalam buku teks, saya minta murid-murid come out dengan idea mereka menulis tentang tempat menarik yang ingin mereka lawati. Dalam kumpulan masing-masing, saya edarkan kertas A4 (untuk mereka conteng-conteng catat point), kertas mahjong beserta dengan pen marker. Untuk menyelesaikan projek ni, murid-murid mengambil masa selama 3 hari...

Dalam aktiviti kali ni, ada beberapa orang murid saya guna internet untuk cari info. Sendiri-sendiri je... Tanpa bantuan saya pun. Mereka cari maklumat di rumah. Ada yang cari dalam majalah, ada yang menggunakan pengalaman mereka jer... Tiada paksaan. Bebas. Janji bahannya ada dan mereka tahu apa nak ditulis!

Hari pertama

Penerangan tentang topic sentence & Supporting details. Tunjuk contoh dsb. Haa yang ni saya chalk and talk je... Makk penat dik non... Tak lalu nak beriya! LOL!

Murid rujuk buku teks - page 45

Pembahagian kumpulan


Perbincangan dengan ahli kumpulan & Memulakan aktiviti

**Kebetulan ada guru yang tak hadir pada hari tersebut, mereka sambung buat kerja masa subjek tu.


Hari kedua

Murid-murid menyambung tugasan. Ada yang dah ada info yang mereka cari kat internet di rumah. Ada jugak yang hanya menggunakan pengalaman sedia ada mereka. Mereka pernah pergi ke tempat tu, mereka gambarkan semula, ingatkan semula dan catat di atas kertas. Masa agak pendek sebab murid ada aktiviti, jadi mereka masuk kelas agak lewat pagi tu.

Mereka menghias/touch up projek... Syok-syok jer... Takyah nak stress hokay! Sejujurnya memang saya tak letakkan high expectation kat hasil kerja mereka sebab saya tahu mereka pun penat dengan pelbagai acara yang mereka sertai dan juga keadaan cuaca yang panas ya amat! Tapi... macam biasa, depa ni tetap buat yang terbaik... Kreatif!

Saya sangat menggalakkan murid-murid menggunakan warna... Tak kira la pensel warna ke crayon ke magic colour ke bila buat projek / menulis dalam buku... Tujuannya adalah untuk menjadikan hasil kerja lebih menarik dan mudah untuk mereka mengesan keyword tertentu.


Hari ketiga 

Presentation

Komen dan ulasan dari kumpulan lain

Gallery walk & Murid salin bahan dari semua kumpulan, jadi murid dapat 6 perenggan tentang tempat-tempat yang berbeza.


Darjah enam dah buat presentation. Cikgu dulu masa sekolah menengah barulah kenal erti nak buat presentation. Hahahha... Tahniah, semua! Anda hebat!






Ni je yang termampu di kala muka hangus terbakar dek panasnya mentari berlatih sukan... Huhuhu... Aktiviti kumpulan memang membantu murid fokus walaupun dalam kepenatan. Saya cuba untuk make it simple but yet meaningful lesson laa... Jangan complicated kan minda. Buat yang simple, yang termampu... Sesuai dengan aras murid sudah memadai... Yang penting fokus kita pada murid, mereka mampu melaksanakan aktiviti dengan bantuan guru yang minimal, guru bertindak sebagai fasilitator... Selain dapat mengembangkan bakat murid tak kira dari segi kepimpinan, keyakinan diri mereka dan kebolehan mereka berfikir. Kena ingat, setiap murid ada tahap masing-masing... Jangan bandingkan murid anda dengan murid orang lain... Pilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka. Anda lebih tahu murid anda bagaimana... Rancanglah aktiviti yang sesuai hokayyy! 😊

Nota kaki : Throw kindness around like confetti... 💃

No comments:

Post a Comment