Hari Guru 2019 Hari Paling Bermakna Untuk Saya - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 20 May 2019

Hari Guru 2019 Hari Paling Bermakna Untuk Saya


Walaupun banyak sekolah pilih untuk sambut Hari Guru sebelum masuknya bulan puasa, sekolah saya antara yang memilih untuk sambut Hari Guru pada 16 Mei yang lalu... Ramadhan ke-11... Bila buat event macam ni dalam bulan puasa, memang agak 'sendu' sikitlah... Kebetulan hari tu hujan teramatlah lebat, mood nak berhibernasi tu agak kuat... Bhahaha... Aktiviti agak terbatas memandangkan bulan puasa, ada la aktiviti sukaneka yang lite and easy... Antaranya, servis shuttle cock masuk ke dalam bakul, tangkap bola guna kain pelikat, pancing botol dan shoot bola jaring. Hmm.. Boleh la... dari takde... Kannn... 

Salah seorang team rumah Hijau. Cikgu Akmal! Kaunselor sekolah saya... Steady Akmal! Hahaha... 

Budak-budak kesayangan saya ni jadi pengadil untuk sukaneka...

NO! Hari saya bermakna bukan sebab event ni. Tapi... Pagi tu entah kenapa hati macam tergerak nak scroll quran kat handphone. Teringat kata-kata ustaz Ebit Lew, kalau kita rasa down, ada masalah, buka je quran. Tak kisah mukasurat yang mana pun. Baca dan hayati maksud ayat (tafsir) dan tadabbur (mengambil iktibar, pengajaran... dan mengaitkan dengan realiti kehidupan secara peribadi). Hati tergerak nak baca surah Al-Qasas. Tengah-tengah event tu, saya fokus baca tafsir Al-Qasas. Pelik, kenapa hati nak sangat baca Al-Qasas ni... 

Subhanallah... Memang banyak sungguh pelajaran dan pengajaran yang saya dapat dalam surah ni. Surah ni ada 88 ayat. Sementara aktiviti penyampaian hadiah, persembahan, bacaan perutusan dll, sempat saya baca tafsir surah ni hampir separuh... Sempat juga saya bincang dan fahamkan maksud beberapa ayat dalam surah tu dengan sahabat saya. Huhu... Saya bincangkan sebab saya memang terpegun dengan maksud-maksud ayat tu. Takut tersalah faham... Sebab tak biasa pun baca tafsir ni... Selalu gitu-gitu je... Tu yang saya tanya jugak kat orang yang lebih arif... Berbincang sambil menahan air mata tertumpah, rasa sebak... Sebak sebab Allah izinkan... 

Semoga Allah memelihara dan menjadikan kita dikalangan orang-orang yang benar...

Surah Al-Qasas adalah tentang riwayat kisah hidup Nabi Musa A.S, kekejaman Firaun, tentang fitnah yang Nabi Musa hadapi (bila semua orang kata dia ada sihir), perjalanan Nabi Musa A.S untuk menyelamatkan diri dari ancaman musuh, ada juga menyebut tentang Harun, orang yang sentiasa percaya akan Musa... Tentang kekayaan dan kesombongan Qarun... MasyaAllah... Kisah yang indah dan banyak sekali pengajarannya... Bacalah! 

Saya pun bukan jenis orang yang rajin nak baca tafsir dan nak bertadabbur, tapi, sungguh selama ni saya rasa saya dalam kerugian... Insaf sekejap 16 Mei haritu... Huhu... Rasa teramat rugi sebab saya tidak mengambil pelajaran dari apa yang diutuskan kepada kita. Dalam Quran, lengkap, complete, macam-macam ada, tapi saya masih pilih untuk baca benda yang entah hape-hape... Yang tak penting, yang tak mendatangkan faedah kepada diri saya! Allahuakbar! 

Dengan Cikgu Iylia... 

Hari Guru 2019 adalah Hari Guru yang paling bermakna untuk saya sepanjang belasan tahun saya menjadi guru. Ya, Allah jentik hati saya pada Hari Guru baru ni, Allah beri peluang kepada saya untuk buat benda yang tak pernah saya buat selama ni... Bertadabbur. Benda ni benda 'berat' untuk orang yang biasa-biasa macam saya... Berat! Tapi saya bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang, masih diberi peringatan dan kesempatan untuk saya buat benda macam ni... Selama ni saya hanya baca tafsir surah-surah yang saya suka je... Ada lah 2-3 surah... Itu pun setakat baca tafsir gitu-gitu je... Tak deep macam yang saya buat untuk Al-Qasas ni... Sampai ke malam, beriya-iya saya cuba baca tafsirnya sampai habis. Cuba fahamkan. Alhamdulillah. Terinspirasi. Termotivasi. Terasa melimpah aura positif dalam diri. Terima kasih, ya Allah! Moga-moga Allah kekalkan perasaan untuk memahami ayat Quran selama-lamanya dalam diri saya. Saya bukan golongan alim ulama, baca Quran pun bukan pandai sangat, tudung pun masih singkat, masih banyak buat dosa... Doakan saya... Semoga kita semua dilimpahi dengan kasih sayang Allah SWT.

Bersama Kak Aishah & Kak Anny... Kami AJK Pendataran Majlis Berbuka Puasa... 

Petang tu, sekolah saya buat majlis berbuka puasa bersama murid-murid Tahun 6 dan ibubapa. Dimulakan dengan majlis bacaan yassin, diikuti dengan solat maghrib berjemaah dan seterusnya berbuka puasa. Alhamdulillah... selesai acara 16 Mei 2019. 

Pendataran Untuk Majlis Berbuka Puasa

Nota kaki : Not once did Allah said "Worry about it' or 'Stressed over it', HE SAID ''TRUST ME!''

No comments:

Post a Comment