Ilmu Asas Animasi & Aplikasi Untuk Mencipta Video Animasi - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 17 May 2019

Ilmu Asas Animasi & Aplikasi Untuk Mencipta Video Animasi


Salam Ramadhan... 

Post ni agak lama tertangguh. Nak tulis tak tulis, nak tulis tak tulis... Hhahaha... Bukan apa, saya tak sempat nak go through satu per satu semuanya secara terperinci. Saya explore juga mencari-cari aplikasi yang sesuai dan mudah untuk digunakan oleh murid-murid dan guru. Tapi kalau boleh memang saya nak yang Free & user-friendly sebab kalau nak masuk pertandingan Digital Storytelling Animation, memang murid yang perlu hasilkan videonya manakala guru hanya sebagai pembimbing jer. Kann... 

Saya pun baru lagi dengan animasi ni... Masih belajar. Mula-mula saya dapat ilmu ni dari seorang rakan guru yang memang setiap tahun mewakili negeri Perak untuk pertandingan Digital Storytelling Animation Sekolah Rendah. Beliau adalah Cikgu Ayu Hartini Binti Ariffin dari SK Sungai Rokam. Dah macam-macam jenis animasi yang murid-murid beliau hasilkan... Saya memang kagum dengan kesungguhan mereka ni. Nak siapkan video yang hanya ambil masa beberapa minit ni bukan mudah. Kita yang menonton end product memang ler rasa macam 'alaaa... 7 minit je... pendek je...' tapi jangan tak tahu, nak menghasilkan video yang berdurasi 5-10 minit ambil masa berhari-hari lamanya ya... Dengan kekangan masa dan komitmen yang ada, silap-silap berbulan baru boleh siap.  Cikgu Ayu ni dah bimbing murid sekolah dia untuk pertandingan ni dah beberapa tahun dah. Salute! 👍

Cikgu Ayu, Cikgu Rohaida, Cikgu Azza, Cikgu Asyrihan, Cikgu Raihan @ PKG Seri Ampang
Teknik-teknik Animasi

Rupanya terdapat beberapa teknik animasi. Selain explore sendiri, ilmu ni saya dapat semasa menghadiri Bengkel Animasi yang dijalankan di PKG Seri Ampang bulan lalu. Bengkel yang disampaikan oleh Cikgu Ayu sendiri, sebab dia ni satu PKG dengan saya... Hahaha... Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat. Thank you, Ayu! 💝  

1. Traditional Animation

Yang ni macam animasi Mickey Mouse dulu-dulu. Lukis banyak-banyak gambar, dengan pergerakkan yang berbeza, scene yang berbeza, cantumkan untuk menjadi animasi... Dari gambar bertukar kepada sesuatu yang boleh bergerak. Hah! Hebat kan. Kalau sekarang ni banyak yang kita nampak budak-budak buat flipbook... selak buku laju-laju dan kita nampak macam ada pergerakkan kat gambar yang dilukis tu... 

2. Stop Motion

Yang ni samada menggunakan gambar atau pun peralatan seperti tanah liat (clay), patung permainan, LEGO ke teddy bear ke dll benda maujud. Selalunya untuk yang ni, patung permainan akan disusun, diambil gambar dalam angle yang pelbagai, di cantumkan menjadi video animasi... Sama juga dengan gambar yang dilukis atau pun di print dari internet, kena ada pelbagai reaksi muka, pelbagai scene dan pelbagai watak... Masalahnya time nak gerakkan gambar tu! Ubah kedudukan gambar, snap satu gambar, ubah lagi, snap, ubah, snap... Sampai la selesai satu scene. So, boleh bayangkan tak berapa ratus atau ribu gambar kalau nak siapkan satu video! Proses kerja yang panjang... Huhuhu... Hang memang gigih, Ayu! Hebat.

Caranya lebih kurang macam ni... ikut kefahaman saya la... Hahahha...

Susun gambar/model(anak patung ke clay ke apa ke) - ambil gambar - ubah kedudukan model/gambar - ambil gambar lagi - ulang beberapa kali - cantumkan semua gambar yang diambil dalam apps seperti Gambar ke GIF atau aplikasi video seperti Movie maker, Flimora, Flexclip dll.

Boleh baca post saya tentang cara bagaimana nak mencantumkan gambar menjadi format GIF. GAMBAR KE GIF dan aplikasi video editing FLEXCLIP.

3. Computer Animation (2D/3D)

Yang ni lebih mudah tapi murid korang kena mahir guna apps tertentu la... Nak drag and drop. Nak pilih watak, scene dll... Hasil carian saya kat Google, ada banyak apps yang boleh digunakan sebenarnya. Saya ada senaraikan di bawah ni... Korang try la ye... Saya dah cuba Animaker, Renderforest, Powtoon, Biteable... Boleh dikatakan agak mudah juga la nak digunakan... Serius! Try la... Yang lain-lain ni pun boleh gak nak guna. Ada yang FREE ada yang berbayar. Tengok la yang mana sesuai dengan level murid korang...


b) https://explee.com/ - Ni apps berbayar. Boleh guna free dalam tempoh 14 hari je.



Yang ni apps yang diperkenalkan oleh Sifu Animasi... Thank you, Cikgu Ayu!


f) https://www.rawshorts.com/ - Ubah perkataan kepada Video Animasi




j) Nak try buat guna Apps telefon pun boleh... Try guna Apps Toontastic. Download kat phone atau tab ye... Pastu boleh ler cuba... Hehe... Ilmu ni saya dapat semasa terlibat dengan bengkel kejurulatihan Pedagogi Digital untuk Program Pembangunan Kompetensi Guru tahun lalu...

k) Aplikasi FLASH

l) Power Point

4. Erasure Animation

5. Motion Graphics

Untuk Erasure Animation dan Motion Graphics, boleh rujuk video ni untuk lebih kefahaman... Tak reti sista nak explain... Hahahahah...



Kalau nak end product yang letuppsss kebaboommm, korang kena guna beberapa apps, cantumkan guna apps video editing... Perghhh... Memang awesome hasilnya! 💥

Cikgu Ayu, yang kanan sekali... 

Apa pun, saya ambil kesempatan ni untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Ayu kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya. Berikut adalah antara video-video yang telah dihasilkan oleh murid-murid SK Sungai Rokam. Boleh LIKE dan FOLLOW Youtube Cikgu Ayu!



Saya paling suka video yang ni... Best!


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Siapa-siapa yang ada ilmu lebih dalam animation ni, share la  dengan kami yang tak berapa tahu ni ye... Hehe... Tulis kat ruangan komen kalau korang nak share apa-apa tips, apps yang sesuai nak digunakan ke atau apa sahaja berkaitan animasi... Saya sangat mengalu-alukan idea dan tips dari korang. 😃

Nota kaki : No matter how rich, talented or great you think you are... How you treat people ultimately tells all!~ 

3 comments:

  1. terima kasih cikgu raihan, ramai lagi yang lebih mahir dalam bidang animasi... ni ada lagi satu apps yg boleh digunakan plotagon..atau di web https://plotagon.com/
    selamat mencuba kepada pencinta animasi.

    ReplyDelete
  2. https://youtu.be/armWbtI0t5M
    ni y skolah kami punye. dst oyen,cg ayu pkai software ape?.smooth. thx blogger rj =)

    ReplyDelete
  3. hi cg...ada buat any kelas animasi online?saya berminat nk join hehe.syera from bukit jalil

    ReplyDelete