Assalamualaikum gais!
Hai! Korang apa khabar? Saya terbaca kat beberapa blog mat salleh tentang penggunaan drone dalam PdP yang mana saya rasakan agak menarik untuk dikongsikan dengan korang semua... Interesting jugak idea-idea dorang ni tau. Macam tak terfikir nak mengajar sambil menggunakan drone. Kreatif! Tetiba rasa macam nak beli drone sebijik... Hahaha... Sapa ada drone, meh nak pinjam seminggu... Nak buat PdP di luar kelas.... giteww!
Penggunaan drone dikatakan membantu dalam meningkatkan fokus dan kemahiran motor murid-murid disamping membantu dalam memberi kefahaman dan pengalaman sebenar tentang alam. Macam mana nak integrate kan penggunaan drone ni dalam PdP kita?
1. Subjek Bahasa
Penggunaan drone boleh digunakan untuk aktiviti menulis & lisan. Sebagaimana yang kita ketahui, drone mampu merakam suasana/tempat dari angle yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apa yang kita boleh buat adalah dengan merakam gambar-gambar khususnya tempat yang tidak terlihat dari jarak penglihatan manusia, kemudian tayangkan kepada murid-murid dan minta mereka membuat deskripsi secara lisan mahupun dalam bentuk tulisan (karangan). Selain itu, aktiviti lain yang boleh dibuat adalah meneka lokasi atau meneka aktiviti yang sedang berjalan (seperti dalam rakaman). Hmm... menarik jugak kan!
2. STEM
Dengan menggunakan drone dalam subjek Sains, ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi 'curiosity' di kalangan murid-murid. Perasaan ingin tahu yang tinggi akan menyebabkan murid-murid lebih cenderung untuk memberi perhatian semasa guru mengajar. Banyak tempat yang kita takkan mampu nak bawa murid pergi lihat secara dekat atau sukar untuk diakses contohnya macam paya, atas pokok, tengok segala flora & fauna, alam sekitar dll. Dengan drone, murid dapat melihat dengan pandangan yang lebih meluas (bird's eye view) Selain itu, boleh ajar tentang jarak, peranan angin dalam menentukan kedudukan drone dsb.
Boleh tengok video cikgu ni guna drone semasa mengajar Maths...
3. Drone & programming
Rujuk video kat bawah ni ye...
4. Subjek Geografi
Penggunaan drone bagi memudahkan murid-murid memahami peta topografi, melihat keadaan alam dalam perspektif yang berbeza & lebih meluas (dari atas).
5. Subjek Pendidikan Jasmani
Menggunakan drone untuk merakam permainan murid-murid dan kemudian menayangkannya semula untuk mereka perbaiki skill permainan. Selain itu, bermain sorok-sorok (hide and seek) pun boleh katanya... Haha... Suruh budak menyorok, cikgu cari mereka guna drone... Wow!
6. Videografi
Guna drone untuk penghasilan video untuk satu-satu projek. Untuk murid-murid sekolah menengah memang sesuai sangat lah... Fuhh! Confirm letuppsss video tu nanti!~ 😁
Menarik jugak drone ni heh... Saya memang tak pernah guna drone. Tapi bila baca, macam menarik untuk dicuba... Baru tau rupanya ada banyak jenis drone... Boleh baca kat sini... https://3dinsider.com/types-of-drones/ dan menerusi hasil carian di google, nampak macam ada outdoor drone, indoor drone, underwater drone... Macam-macam! Hmm... ni la orang kata, lagi banyak kita belajar sebenarnya lagi banyak yang kita tak tahu... Huhu...
Nota kaki : People were created to be loved. Things we created to be used. The reason why the world is in chaos is because things are being loved and people are being used.
No comments:
Post a Comment