Hai gais! Assalamualaikum...
Kenapa ada murid yang susah nak dikawal? Ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya. Takde kajian ke apa ye.. Jangan salah faham pulak. Kang korang kecam saya pulak.. Ni saya cerita pasal budak sekolah rendah. Sekolah menengah mungkin berbeza, sebab mereka dah besar, dah pandai nak hide emosi, kalau melawan memberontak pun, cara mereka lain dari budak-budak sekolah rendah ni... Saya rasa nak tulis tentang ni sebab saya pernah alami beberapa kejadian dengan murid-murid & saya rasa cikgu-cikgu lain pun kena tahu... Simpati & empati... Gituhh! Haha...
+ Baru lepas kehilangan orang tersayang
Pagi tu saya masuk relief kelas tahun 5. Yes, memang dah pernah ajar murid-murid ni sebelum ni. Saya kenal mereka. Mungkin sekarang dah tak rapat macam dulu lagi. Tapi saya kenal mereka. Ada yg saya kenal ibu ayahnya sebab zaman saya pegang depa ni, saya pernah buat program bersama ibu bapa. Haaa.. ni la kesannya bila kita buat program dengan mak ayah.. Hehe.. Kita kenal dan tau murid ni mcm mana walaupun sekarang dah tak ngajar depa ni.
Sorang murid lelaki ni tiba-tiba mengamuk menjerit-jerit kat kawan. Saya jadi pelik. Apehal tiba-tiba menjerit macam tu. Seingat saya dia ni jenis pendiam, pasif, tak banyak ragam, baik..
Rupa-rupanya... Emosi dia tak stabil sebab baru lepas kehilangan ayah. Saya cuba pujuk. Pegang bahu dia. Pujuk dia. Dia masih menangis. Kuat! Botol air dia pecah rupanya. Saya tanya dia, belanja berapa ringgit hari ni? Dia jawab RM2. Mungkin dia rasa stress.. sebab biasa minuman tak perlu dibeli. Tiba-tiba harini nak kena beli air sebab botol dah pecah. Ada juga dengar cerita yang mak dia hanya bergantung dengan duit pencen ayahnya je. Jadi mungkin dia rasa tertekan tambah-tambah wang belanja pun sikit je... Saya tak fikir panjang, terus pegi kat handbag, hulur RM2 kat dia. Dia segan. Tp saya bagi juga kat tangan dia. Saya suruh dia beli air masa rehat nanti.. Barulah dia okay sikit. Tapi masih menangis, cuma dah slow down.. mungkin segan dengan saya... Hmm... saya bukan nak cerita tentang RM2 yang saya hulur, apalah sangat nilai RM2. Tapi mungkin tu jalan penyelesaian yang saya fikirkan boleh meredakan stress dia pada masa tu... Semoga Allah mempermudahkan urusan kamu!
+ Tak dapat nak express perasaan marah, kecewa, gembira
Kes kedua, ada sorang anak yatim ni suka sangat gigit pensel sampai hancur. Sampai jadi macam kayu sugi wehhh... Hahahhaha... Saya cari-cari jugak kenapa budak-budak bertindak macam tu. Bukan pensel je yang digigit, kawan-kawan pun dia gigit juga... Terjumpa satu artikel mengatakan budak yang suka menggigit ni rupanya nak kan perhatian. Mereka tak tau nak luah perasaan kecewa dan sedih tu macam mana. Jadi menggigit lah solusinya!
Setiap kali jumpa dia, ayat paling sedih, dia akan cakap.. ''Teacher, barang yang teacher bagi ada lagi... Saya jaga!" Yer yer je... Padahal entah hilang ke mana dah... Tak pun ayat sadis dia, "Kenapa teacher tak masuk kelas saya dah? Hmm... Sabo je la. Memang dia nak perhatian. Serius! Touching gak kadang-kadang, budak darjah 1 la katakan... Huhu... Tu belum masuk dia panggil dari jauh sambil lambai tangan, buat kita macam kawan-kawan dia je... LOL!
Mmg anak yatim ni selalu menguji kesabaran kita. Sebab martabat mereka tinggi di sisi Allah. Kena banyak bersabar. Kalau tak sabar memang boleh kena pelempang budak ni. Tapi yelah... Budak ni memang kurang perhatian di rumah... So, dia macam tak tau nak express perasaan dia macam mana! Dia tak boleh nak express rasa marah rasa kecewa.. Jadi dia menggigit. Buat hal dalam kelas. 💆
Antara lain-lain sebab mengapa ada sesetengah murid ni susah nak dikawal adalah:-
+ Kurang perhatian di rumah
Kadang-kadang mak ayah sibuk, takde sapa nak melayan, jadi dia buat hal di sekolah dengan harapan dapat la perhatian dari kawan-kawan dan jugak cikgu...
+ Kurang perhatian dari guru
Yang ni memang ada benarnya. Memang ada guru yang kurang nak melayan murid. Yelah, manusia, normal laa... Ada yang suka budak-budak, ada yang rimas... Haha... Pandai-pandailah cikgu! Berilah perhatian yang sewajarnya sebab kita tak tahu kisah hidup budak ni macam mana. Mungkin dengan perhatian dari cikgu, dia boleh jadi manusia berguna. Siapa tahu!
+ Memang sikap dia macam tu
Yang ni cikgu-cikgu terutama yang rapat dengan dia, kena cari jalan untuk ubah diri dia... Jenis asyik nak buat hal je dalam kelas... Huhu...
+ Manja di rumah samada dengan mak ayah atau dengan datuk & nenek
Jenis ni pun sama, berani buat hal sebab ada orang backup (mak, ayah, datuk, nenek dll). Silap sikit kang, mak ayah dia sampai kat kelas... Sabo je la... Hahahah... Yang ni memang nak kena selalu nasihat!
+ Hilang hormat pada guru
Yang ni bahaya! Kalau boleh jangan la sampai murid hilang hormat kat kita ye, cikgu... Boleh baik, boleh rapat macam kawan tapi still kena ada limit antara guru-murid. Kalau nampak mereka dah terlebih-lebih, rasanya elok la ditegur... Respect tu kena ada.
+ Selalu kena marah jadi mereka dah immune
Yang ni jenis tak makan saman... Asyik kena marah je... Ada gak jenis macam ni kat sekolah saya. Kat rumah memang selalu kena marah, kena rotan kena pukul... Haihh... Tapi alhamdulillah dengan saya dia segan... Bukan dengan saya je, dengan beberapa orang lagi cikgu ni pun dia tak berani nak buat hal. Haha... Sebab kami tak marah dia walaupun kami ni tegas kalau ikutkan. Tapi yela, tegas bukan bererti nak kena marah-marah kann... Kita cakap elok-elok, buat baik dengan dia, alhamdulillah, dia okay dengan kami. Dengar kata. Haha... Sentuh hati mereka. Mereka ni nampak je macam ni, tapi sebenarnya hati selembut sutera... Serius! Hahahaha...
+ Rendah diri - keluarga, kurang kebolehan, dll
Ada murid yang rasa rendah diri sebab ada kekurangan. Mungkin tak pandai membaca ke, ada masalah dengan keluarga ke... Macam-macam. Ada gak yang mungkin kena buli di rumah dengan adik beradik lain, jadi sampai kat sekolah, mereka buat hal... Balas dendam! Nak boost dia punya confident, mula la berangan nak jadi 'abang kawasan' kononnya... Huhu... Untuk kes macam ni mungkin kita boleh try level up dorang punya confidence dengan bagi peluang untuk lead kumpulan ke, untuk buat persembahan ke... Kan...
Sebenarnya mereka ni bukan susah nak dikawal, tapi mungkin ada kala tak kena gaya, yelah, kita tak tau apa masalah mereka kan... Hmmm... Besar peranan guru, nak kena kenal murid betul-betul... Itu la, siapa kata jadi cikgu ni senang? Huhu... Bila berurusan dengan manusia, takde yang mudah... Sebab manusia ada perasaan, ada hati, ada kemahuan... Cuba je lah menjadi yang terbaik walau tak semua akan appreciate kita, walau tak semua akan pandang kebaikkan kita, biarlah... Sentiasa didik hati, buat baik bukan sebab nak orang suka kita, tapi sebab Allah suruh kita buat baik, Allah suka kalau kita buat baik...
Membahagiakan orang lain kadang-kadang memerlukan pengorbanan... Gituhhh... Deep sungguh kata-kata kakak hari ni. Hahahahah... Penat dah nak melayan hati dan perasaan orang. Hati kita ni macam mana pula?! Kan... Huhu... Kita chill je, serah kepada Allah taala... InsyaAllah, semua akan okay! :)
Banyakkan berdoa kerana hanya Allah yang pegang hati kita... Allah je yang mampu nak membolak balikkan hati manusia. Moga-moga Allah terus berikan kita kesabaran dalam mendidik mereka, insyaAllah... Doakan yang baik-baik untuk diri dan anak-anak didik kita! Semoga one day mereka jadi manusia berguna, nama kita mereka kenang dalam doa.
Nota kaki : About all you can do in life is be who you are. Some people will love you for you. Most will love you for what you can do for them, and some won't like you at all!
No comments:
Post a Comment