Kerja Kumpulan - Perbincangan Kertas Peperiksaan (Bahasa Inggeris - Kertas 2) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 10 June 2019

Kerja Kumpulan - Perbincangan Kertas Peperiksaan (Bahasa Inggeris - Kertas 2)


Jadual saya pada minggu akhir persekolahan sebelum cuti Raya memang padat. Yela, kan ada cuti 2 hari minggu tu. Saya sempat jumpa murid sehari je... Jadi nak mempercepatkan proses perbincangan untuk Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun, saya minta mereka buat perbincangan dalam kumpulan jer... Ni untuk bahagian kedua, soalan minta mereka menulis mesej. 

Mula-mula saya explain terlebih dahulu format penulisan message. Ramai juga murid saya yang macam tersalah format semasa menulis. Penulisan mesej sebetulnya lebih ringkas dan straight to the point, tapi ramai pulak yang meleret tanya khabar bagai... Hadoiii... Ada plak beberapa orang yang ingat mesej ni macam SMS kat telefon. Rolling eyes! Face palm! Takpe, sabar... sabar... Ada 3 bulan lagi ni. Fuhhh... 



Selepas explain tentang format, kami sambung pula dengan brainstroming ideas... Apa yang nak ditulis, apa yang perlu dinyatakan dalam mesej, apa yang tak perlu... 

Kemudian, saya edarkan kertas mahjong kepada setiap kumpulan beserta marker pen. Saya minta mereka menulis mesej tersebut berdasarkan apa yang telah dibincangkan bersama-sama. Selepas itu, mereka perlu membentangkan penulisan mereka, saya dan murid-murid yang lain akan betulkan yang mana salah dengan pen marker merah & aktiviti terakhir adalah menyalin sekurang-kurangnya tiga versi penulisan tu kat dalam buku masing-masing... Saya beri kebebasan kepada murid-murid untuk memilih 3 hasil penulisan yang mana yang mereka suka untuk disalin di dalam buku masing-masing.

**Aktiviti pembentangan dan menyalin contoh karangan di sambung pada hari pertama persekolahan 11/6/2019... Sebelum cuti haritu cuma sempat membebel (LOL!), explain format, brainstorm ideas & aktiviti kumpulan (menulis karangan) jer...

Aktiviti menyalin contoh karangan yang telah siap.

Pembentangan hasil penulisan
Sempat rakan guru yang lalu lalang tegur murid-murid ni dok buat presentation... Hahahha... Katanya nak VIVA presentation ke hape ni... Apa-apa je laa... Ni kira nak develop skill VIVA laa kot... Hahahah... 😂

Group discussion

Bagusnya bila buat aktiviti macam ni, budak-budak excited sebab buat penulisan dalam kumpulan, so, macam-macam idea yang nak ditulis.

Tambah-tambah dalam bulan puasa, memang group work ni membantu mengurangkan mengantuk... 

Satu lagi, mereka boleh dapat beberapa versi penulisan yang berbeza dari kumpulan lain untuk dijadikan contoh. Selain itu, berharap la jugak kot kot soalan ni keluar masa UPSR nanti kann... Hahhaa... At least depa dah buat, banyak versi pulak tu. Huhu... 

Nanti nak buat untuk bahagian C plak... Aktiviti macam ni kira macam 3 in 1... Berbincang, buat pembetulan dalam masa yang sama belajar penulisan. 

Brainstorming ideas
Contoh penulisan murid. 

Semua tulis dengan cara masing-masing... Berbeza. Tapi content lebih kurang sama. Kelas saya ada 6 kumpulan, jadi ada 6 hasil penulisan. Nampak? Sehari je boleh dapat 6 contoh karangan... Hahaha... 




Okay la, nak gosok baju untuk ke sekolah esok. Hukks! Good nite, gais! Assalamualaikum...

Nota kaki : Genuine people are rare. If you can't find any, be one!

No comments:

Post a Comment