Tutorial Google Forms + QR Code Untuk Pengesahan Kehadiran - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 22 June 2019

Tutorial Google Forms + QR Code Untuk Pengesahan Kehadiran


Penggunaan QR Code sememangnya tidak asing lagi di kalangan guru-guru. Ke mana pun kita pergi untuk bermesyuarat atau taklimat sekarang ni, rata-rata memang sudah tidak menggunakan pen dan kertas lagi sebaliknya beralih kepada penggunaan QR Code dimana lebih memudahkan dan cepat.

QR Code juga sesuai digunakan untuk mengambil kehadiran semasa mesyuarat termasuk mesyuarat PIBG, pertemuan bersama ibubapa, mesyuarat guru dll. Boleh juga nak dijadikan sebagai guestbook. Giteww... Hehe...

Okay, di bawah ini adalah tutorial simple untuk anda yang baru nak mula belajar cara menyediakan template untuk borang kehadiran... Sebenarnya ada banyak je orang lain dah share tentang ni, tapi since dah beberapa kali saya terima PM minta saya share tentang ni, saya ON je laa... Huhu... Okay, nak buat ni senang je cuma ada 3 part yang perlu anda selesaikan... Nampak macam banyak, tapi kalau dah biasa buat, mudah je... insyaAllah...

PART 1 - Menyediakan Form untuk diisi

Langkah 1

Mula-mula, anda perlu sediakan borangnya terlebih dahulu... So, pegi ke Google Drive ( https://drive.google.com/ )

Langkah 2

Klik butang NEW - MORE - GOOGLE FORMS - BLANK FORM



Langkah 3

Anda akan di bawa ke Google Form. Rename 'Untitled Form' dengan tajuk yang sesuai. Taipkan 'Form Description' yang sesuai. Contohnya nak letak tarikh/masa/tempat ke... Tekan butang 'enter' untuk turunkan cursor ke bawah...


Langkah 4

Klik pada 'Untitled Question' untuk mula membina borang mengikut maklumat yang dikehendaki. Klik butang (+) untuk menambah soalan. Buat pilihan bentuk jawapan yang akan diterima (short answer / paragraph (untuk jawapan yang lebih panjang), checkboxes untuk pilihan jawapan, dll)

Tips : Butang 'required' adalah untuk mewajibkan mereka menjawab soalan. Selagi mereka tak isi bahagian ni, selagi tu la mereka tidak dibenarkan menghantar 'Form'


Langkah 5

Klik butang SEND. Klik LINK pada Send via. Copy link tersebut. 

PART 2 - Menyediakan QR Code

Langkah 1

Pergi ke laman untuk buat QR Code. Ada banyak laman yang menyediakan perkhidmatan untuk kita buat QR Code. Ni salah satu daripadanya... https://www.qr-code-generator.com/ 

Langkah 2

Paste link di ruangan Website URL, kemudian pilih FRAME.


Langkah 3

Download QR Code. Print. Pamerkan. Siap!

PART 3 - Mengurus Data

Langkah 1 

Berbalik kepada Form yang dibina mula-mula tadi, klik pada menu RESPONSES untuk melihat respon/data yang terkumpul. Kat menu RESPONSES tu akan ada bilangan respon yang telah diterima.


Langkah 2

Untuk lihat responses ada 2 cara. Pertama, boleh lihat summary responses kat situ directly atau pun boleh buat satu sheets khas. Caranya adalah dengan klik pada icon sheets (Rujuk gambar di atas) - create a new spreadsheet - Create. Kalau anda lihat, di bawah ni adalah contoh spreadsheet responses borang yang anda cipta.



Langkah 3 (optional)

Daripada data yang diterima, kat dalam sheets tu boleh la kalau nak buat carta bar ke pie chart ke apa ke ye... Yang ni saya tak sentuh dulu dalam post ni sebab post ni memang basic untuk yang memang zero. Yang dah advanced, mungkin boleh explore sendiri.

Untuk ilmu tambahan, boleh baca post Kelebihan penggunaan Form + QR Code untuk  Pengesahan Kehadiran. 

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat! Jangan lupa doakan kesihatan, kesejahteraan & kebahagiaan untuk saya... 😊 Take care, gais! Selamat Hari Raya! Assalamualaikum...

Nota kaki : Sometimes people don't notice the things we do for them until we stop doing it. Stop doing them favors, and you'll see their real colors. Huhu... Memang betul! Pada saya simple je, orang yang ikhlas tak akan berbuat baik semata-mata kerana nak menggunakan orang. Buat baik sebab Allah suka kau buat baik... Bukan buat baik sebab kau nak balasan ke pujian ke atau sebab nak gunakan orang tu in return... No way!~

25 comments:

  1. Terbaekk... Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. TERBAIK CIKGU.. perkongsian ilmu yg sangat berguna...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sdri.....moga dimurahkan rezeki, bahagia selalu

    ReplyDelete
  4. Mcm MN bt Google form yg xperlu sign in? Sy try bt,lps click QR code kena sign in br bole ke Google form tu

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu, bleh tak share cara mcm mana nak merekod kehadiran murid ke sekolah.... Untuk mengatasi masalah kehadiran lewat... Cth;Setiap murid ada barcode masing2 utk di scan di mesin qr scan, setiap 1hb, guru disiplin bleh print kad punch-in murid, dan mengambil tindakan murid lewat....

    ReplyDelete
  6. Salam....terima kasih atas perkongsian cikgu, sangat bermanfaat kepada saya. Alhamdullilah...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, terima kasih cikgu atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. Thank you very much dear Raihan

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH , MEMUDAHKAN URUSAN

    ReplyDelete
  10. Thank you very much for the guidance. It’s really helpful.Allah bless you teacher 🙏🏻

    ReplyDelete
  11. Terbaik. Moga terus cemerlang!

    ReplyDelete
  12. Boleh tak puan secara detail nak buat code bar untuk setiap buku teks?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian. Didoakan cg dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
  14. Tqwm....semoga perkongsian ini diberkati Allah...aamiin

    ReplyDelete
  15. Data dlm form boleh di usik / diubah oleh respondent, sbb ada butang edit

    ReplyDelete
  16. TQ cikgu..halalkan ilmunya...

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsian ini.. semoga Allah membalasnya

    ReplyDelete
  18. Berapa lama QR Code ini bole digunakan

    ReplyDelete
  19. kalau 1 person, scan qrcode tu 2 atau 3 kali, maknanya akan ada lebih la data dia yang masuk? kalau dia scan kali kedua, tapi dia masukkan maklumat diri orang lain, kita tak dapat kesan penipuan tu ye?

    ReplyDelete