Bawa Tempat Sebenar ke Dalam Bilik Darjah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 1 July 2019

Bawa Tempat Sebenar ke Dalam Bilik Darjah


Hi gais! Assalamualaikum...

First post untuk bulan Julai, uollsss! Gigih kakak! Haha. Okay... Macam mana nak bawa murid melihat tempat-tempat menarik tanpa keluar dari bilik darjah? Tanpa kos semestinya... Nak bawak murid-murid pergi ke tempat-tempat tu, dah tentu jauh... Huuhuhu... So, apa kata kita try bawak tempat tu ke dalam kelas!

Okay, salah satu caranya adalah dengan menggunakan aplikasi Google Earth

Caranya :-

1) Pergi ke laman https://earth.google.com

2) Klik Launch Earth in Chrome

3) Klik fungsi search (kanta pembesar)

4) Taip nama tempat yang dikehendaki.

5) Gunakan icon orang untuk melihat tempat dengan lebih dekat lagi. Drag je orang tu ke tempat yang korang nak pergi... (lihat dalam bulatan merah dalam gambar) atau boleh klik je kat dot warna biru yang ada dalam map...



Hasilnya memang awesome! Klik pada anak panah untuk explore tempat tu... Boleh jalan-jalan lihat kawasan tempat yang korang nak tunjuk kat murid tu. Kalau takde anak panah, korang klik je pada gambar dan gerakkan mouse... Pusing-pusing lihat tempat... Boleh Memang best! 

Saya terjumpa satu lagi apps yang agak menarik juga untuk dicuba.. Menurut laman ini, setiap hari mereka akan update gambar terkini dari Satelit NASA. Yang ni siap dengan maklumat Longitude & Latitude lagi... Try lah!

Caranya:- 

1) Pergi ke laman https://zoom.earth

2) Double click pada globe tu... 

3) Taip nama tempat yang dikehendaki pada ruangan 'search'.

4) Klik untuk zoom tempat-tempat yang korang nak tengok tu... 


Okay gais! Selamat menjelajah ke seluruh dunia dengan murid-murid korang ye... Lepas ni cikgu-cikgu yang mengajar tentang tempat, guru bahasa lah selalunya tu... Guru Sejarah pun boleh try kaedah yang sama untuk menunjukkan tempat-tempat bersejarah kat murid-murid. Pengalaman 360 darjah tu memang menyeronokkan! Boleh melihat sekeliling yee... Gituhh! Haha... Semoga perkongsian ini bermanfaat. Take care! Babai!

UPDATE 6/9/2021

Boleh try melawat tempat-tempat ni jugak... Superb! 


CENTRAL PARK, NEW YORK


LOUVRE, PARIS


BRITISH MUSEUM, LONDON


NATIONAL PALACE MUSEUM, TAIPEI




Sini ada banyak lagi Zoo, Taman Tema dan Museum yang boleh dilawati secara virtual... https://www.goodhousekeeping.com/life/travel/a31784720/best-virtual-tours/


Pegi tengok kat FB ZOO NEGARA MALAYSIA, https://fb.watch/7T5YdkS2-z/


Taman Buaya Melaka... pun ada sediakan virtual tour ni... menarik! 😍


Nota kaki : Panah malam (dua tangan yang menadah pada Allah di malam hari) tak akan pernah kembali dengan sesuatu yang hampa!

No comments:

Post a Comment