Tempat-tempat Menarik Di Ipoh - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 14 July 2019

Tempat-tempat Menarik Di Ipoh


Hi gais!

Assalamualaikum...

Bila ada yang bertanya tentang tempat-tempat menarik kat Ipoh, saya memang akan blur kejap... Tak tau ke mana nak pegi, apa yang menarik kat sini? Sejujurnya saya sendiri pun belum habis explore Ipoh ni walaupun dah hampir 6 tahun menetap di sini. Maklum la, sebelum ni memang berpuluh tahun kat KL, jadi bila duduk Ipoh, serius macam tak tau sangat nak ke mana-mana... Tapi since ramai yang bertanya, saya pun cuba explore sesikit tempat-tempat ni dan ada gak yang saya google cari khas untuk korang... Harap-harap post ni membantu untuk korang yang berminat nak travel ke Ipoh nanti. 


Untuk yang meminati bidang fotografi, ada banyak tempat yang korang boleh pergi untuk bergambar... Memang suggested! 

1. Taman Jepun



Taman ni macam agak sendu sedikit tapi view nya cantik... Tak ramai orang. So, tak perlu risau nak bersesak ke apa ke... Terletak kat dalam taman reakreasi D.R.Seenivasagam. Taman rekreasi ni untuk pengunjung berjogging, beriadah.. ada taman permainan, skate park (i think so) dan ada Taman Jepun kat dalamnya.. Sampai kat sini boleh la fefeling macam kat Jepun. Untuk bergambar, memang recommended. Cantik!

2. Taman Rekreasi Gunung Lang

Kat sini pun sama, view background gunung ganang yang cun. Memang ramai pengantin yang ke sini untuk bergambar. Cantik! Selain bergambar, aktiviti lain yang boleh dibuat disini adalah fish feeding, roti/makanan ikan memang ada dijual kat situ.. jangan risau! Selain tu, boleh menikmati pemandangan dengan menaiki bot. Tak mahal pun, sorang dalam beberapa ringgit je.. bot akan bawa korang cross tasik tu untuk pergi to the other side (ada taman reakreasi/taman permainan).


3. Plan B

Kedai makan ala hipster.. kawasan memang cantik untuk bergambar... cuma untuk Muslim, saya rasa better korang check dulu samada restoran ni halal ke tidak. Burps & Giggles pun kat sini gak... 


4. Sekeping Kong Heng

Bagi yang memang suka ciri-ciri hipster atau pun nak kan keunikkan lain dari yang lain, boleh try pegi ke sini... ada beberapa port untuk korang bergambar dan semestinya memang letupsss!  Oh ya, terbaca kat blog caridestinasi yang di sini juga ada Muzeum Yasmin Ahmad (Yasmin at Kong Heng)... Masa pegi ke sini haritu tak perasan plak museum ni. Hukkss...

Thank you Rizzman, sudi share gambar kat blog kakak! :)


5. Stesen Keretapi


Kat sini pun cantik untuk bergambar. Rupa bentuk bangunan lama dengan ciri-ciri sangat cantik untuk dijadikan latar belakang gambar... Kena pegi!




6. Ipoh Padang

Padang yang bersaiz besar dan ia adalah salah satu tempat yang bersejarah gak la kat Ipoh ni... Salah satu bahagian dalam Ipoh Heritage Trail. Cuma kalau korang dah sampai kat sini, wajib try rojak kat depan ipoh padang ni. Memang superb! Lokasi kat depan kedai makan cina, bersebelahan dengan old town white coffee... dia punya rojak memang takleh bawak bincang weiii... sedap gila. Semua sedap, maggi goreng mee goreng mamak pun layann! Saya bukanlah penggemar rojak tapi rojak kat sini saya memang tak pernah tolak! Haha. Sedap sangat. Cuma memandangkan dia ni berniaga di hadapan kedai makan cina, jadi saya memang akan tapau je.. cendol abc pun hado! Haha... 



Untuk korang yang mencari tempat Educational / tempat bersejarah untuk dilawati bersama murid atau pun keluarga, korang boleh try pegi ke tempat-tempat ni...

7. Kellie's Castle

Terletak di Batu Gajah, tak la jauh sangat dari Ipoh. Kalau nak datang sini elok la dengan pakaian santai / casual yang selesa sebab nak naik turun tangga.. berpeluh gak la.. haha... Bangunan yang cantik dan penuh dengan misterinya.. Huhu.. Baca signboard pun macam dah seram kan.. Bhahaahah.. InsyaAllah takde apa-apa kalau kita datang dengan niat yang betul. No worries! Kat sini pun ramai gak orang kahwin yang datang untuk mengabdikan gambar mereka.. Memang view cantik! Korang boleh baca sejarah Kellie's castle ni di ruang-ruang pameran yang ada kat dalam tu.




8. Tanjung Tualang Tin Dredge 

Kalau dah pegi ke Kellie's Castle, boleh terus lajak ke sini. Macam menarik gak tempat ni... Ada juga sekolah yang buat lawatan kat sini... Boleh tengok laman Facebook Tanjung Tualang Tin Dredge



9. Kek Look Tong Cave Temple & Zen Garden

Yang ni saya pernah masuk sekali... Free je. Cuma kat dalam ni kena menapak la... Gua la katakan... Huhu... Apa yang menarik, anda boleh menyaksikan struktur stalactite & stalagmite yang ada kat dalam gua ni. Selain itu, kat sini ada taman rekreasi yang cantik!


10. Muzeum Darul Ridzuan

First time masuk museum ni two years ago dengan sedara mara yang datang dari KL... Masa tu ada pameran basikal. Jarang kakak masuk museum kecuali on request macam ni... Bhahaha... 

11. Masjid Negeri Perak (Masjid Sultan Idris Shah II)

Ni pun patut masuk dalam list korang... Singgah sini untuk beribadah sambil melihat sendiri keunikan bangunan Masjid Negeri ni... Jangan tak tau, masjid ni mempunyai satu kubah besar dan 44 buah kubah kecil di atasnya! :)

12. Gua Tempurung 

Bagi yang berminat untuk aktiviti lasak & adventure, boleh la ke sini... Lokasinya di Gopeng, tapi tak la jauh mana pun dari Ipoh ni... Kat sini anda boleh meneroka gua batu kapur & ada disediakan pelbagai aktiviti lasak yang lain juga. Banyak juga sekolah yang memilih Gua Tempurung sebagai lokasi untuk murid-murid beraktiviti. Boleh tengok info di laman www.gtoc.asia

Untuk yang mencari tempat entertainment bersama keluarga, anda mungkin boleh cuba ke sini...


13. Lost World Tambun

Bagi yang nak ke sini, boleh rujuk terus ke laman web sunwaylostworldoftambun.com untuk semak maklumat seperti harga tiket dsb. Taman tema seperti ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak anda. Zoo pun hado kat sini...

14. Last skali, sebelum balik jangan lupa singgah beli limau bali kat Hentian Limau Bali... Boleh buat ole-ole... Limau bali ni antara 'trademark' kat Ipoh ni laa... Hehe... Isi limau merah lebih masam sedikit, saya prefer yang isi putih... manis... Menurut peniaga, limau yang berat, lebih juicy...


Fuhhhh! Banyak juga tempat yang menarik kat Ipoh ni kan... Huhu... Saya sendiri tak habis explore lagi. Kalau ikutkan, ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati kat sini. Kalau korang nak tambah lagi tempat-tempat menarik yang lain di Ipoh ni, boleh share kat ruangan komen blog ni ye...

Untuk ke Ipoh, boleh naik flight, tapi hanya dari destinasi terpilih je la... Paling mudah naik ETS atau pun boleh travel by car jerr... Nak naik bas pun hokayyy, sampai sini boleh naik Grab! Huhu...

Okay gais, diharapkan agar perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang dalam mencari tempat-tempat menarik bila dah sampai Ipoh nanti. Saya sebagai warga Ipoh dengan ini mengalu-alukan kedatangan korang ke sini heh... Hahhaha... Meh meh... Lepak Ipoh! Hhaha... Okay, selamat berhujung minggu! Take care!~ Assalamualaikum....

Nota kaki : Langit tidak perlu menjelaskan bahwa dirinya tinggi. 

1 comment: