Tutorial Ringkas Aplikasi Video Editor - Filmora - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 9 July 2019

Tutorial Ringkas Aplikasi Video Editor - Filmora


Assalamualaikum gais!

Halluuuu! Apa khabar semua? Sekarang ni saya lihat ramai cikgu-cikgu yang menghasilkan video sendiri untuk PdP. Bukan rakam PdP mereka tapi mereka hasilkan video untuk satu-satu tajuk, untuk digunakan sebelum kelas bermula atau pun semasa di dalam kelas. Memang satu usaha yang sangat baik! Bravo, cikgu! 👏👏 Kaedah flipped classsroom dimana murid menonton video sebelum mempelajari sesuatu tajuk sememangnya suatu amalan yang baik dan sangat membantu dalam PdP guru-guru. 

Terdapat banyak aplikasi suntingan video yang boleh digunakan dalam menyediakan video ringkas untuk tujuan Flipped Classroom ni... Salah satu daripadanya adalah FILMORA. Saya memang suka Filmora ni sebab ianya agak mudah nak digunakan, fungsinya juga banyak dan mudah, sesuai untuk yang tak berapa pandai bab-bab videografi ni... Saya lah salah sorang yang tak pandai tu... Hehe... Tapi dengan menggunakan Filmora, saya dapat menghasilkan video yang simple but yet memang nampak macam letuppsss sangat bila include fungsi efek dll... 

Baru-baru ni salah seorang sahabat saya, Encik Mohd. Yassir Bin Hamidun, Penolong Pegawai Pendidikan, PPD Wilayah Sentul, telah berkongsi 7 video panduan Asas Filmora yang telah dihasilkan olehnya di Youtube. Saya berpendapat video ini sangatlah sesuai digunakan oleh guru-guru yang baru nak mengenal aplikasi Filmora ni. Kena belajar yang asas dulu kan... Hehe... Tambahan pula ada 7 video untuk ditonton, rasanya lepas habis tonton semua video, korang mesti dah boleh start hasilkan video-video yang ohsem untuk PDP korang! Hehe... Actually bukanlah hanya terhad untuk PdP jer, kalau nak buat video acara sekolah ke video promosi produk ke... boleh jer... Kannn... Yang menariknya, video tutorial yang dikongsikan ni adalah dalam Bahasa Melayu!

Baik, berikut adalah link yang dikongsikan kepada saya. Korang boleh la tengok-tengok ye... Encik Yassir ni merupakan Google Certified Trainer dan beliau merupakan salah seorang mentor saya gak ni... Orang hebat yang sangat humble. Banyak share ilmu dengan saya... Tahniah & terima kasih, Yassir! 















Semoga perkongsian beliau ni sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru yang ingin belajar tentang cara untuk menghasilkan video. Lepas ni boleh la korang buat video banyak-banyak untuk aktiviti sekolah. Jangan lupa buat video untuk PdP skali... Flipped Classroom katanyaaa! Hehe... Good luck, gais! Kalau korang buat video PdP, share la dengan kami juga ya... Boleh letak link kat ruangan komen, so that cikgu-cikgu lain pun boleh menggunakan bahan korang tu. Sharing is caring! Lagi dikongsi, lagi banyak kita dapat, insyaAllah... Tukar-tukar video untuk PdP dengan orang lain, gituhhh! 😁

Nota kaki : When writing the story of your life, don't let anyone else hold the pen! 

2 comments:

  1. timakasih perkongsian yang baik dan membantu saya semoga di halalkan ilmu ini

    ReplyDelete