Apa Yang Admin Google Classroom & Portal Digital Learning Perlu Buat? - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 28 August 2019

Apa Yang Admin Google Classroom & Portal Digital Learning Perlu Buat?


Assalamualaikum...

Hai gais! Korang dah dapat ID ke belum? Rasanya semua guru dah dapat ID masing-masing kan? ID tu untuk korang akses Portal Digital Learning dan juga Google Classroom ya... 

Sempat saya bertanya-tanya dengan rakan-rakan admin di sekolah lain, apa tindakan mereka sebagai admin... Saya memang suka buat aktiviti brainstorm ni, bukan apa, kita nak bertukar-tukar idea dan pandangan, baru la kita nampak dari pelbagai sudut... Kann! Hehe... Terima kasih kepada Cikgu Mohd. Ariff B. Badaruddin, SMK Indahpura (1), Kulai, Johor, Encik Mohd. Kamal Iskandar Bin Mohd Shafri & Cikgu Amir Othman, SMK Chanis, Muadzam Shah, Pahang di atas perkongsian ilmu ini.

Ni antara dapatan hasil perbincangan dengan mereka tentang apa yang admin di sekolah perlu buat demi melancarkan perjalanan sebar luas maklumat tentang penggunaan Portal Digital Learning dan Google Classroom di sekolah masing-masing dengan baik. Perlu diingatkan, point yang saya catatkan ni hanyalah hasil perbincangan bersama rakan-rakan saya. Tanggungjawab dan juga kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai admin. Buatlah ikut keperluan sekolah masing-masing dan juga kemampuan anda sebagai admin. Ikut arahan PPD korang / KPM dari masa ke semasa. So, pandai-pandailah... Janji misinya tercapai! Yeahh!~

1) Edar ID kepada guru dan murid

Yang ni memang ada arahan minta Admin di sekolah untuk mengedarkan ID kepada semua guru dan murid-murid. Yelah, kalau fikir logic, kalau takde ID macam mana mereka nak akses PDL & GC tu kann... Haa, jadi part ni memang wajib korang buat ye. Wajib bagi ID kat cikgu-cikgu & murid-murid di sekolah korang...

Ada banyak cara kreatif nak edar ID... Antaranya korang boleh buat kad ID, tempah kad, buat sistem carian, atau pun boleh guna sistem Teknologi Hijau Cikgu Faiz. 

Sebagai backup kot-kot cikgu terlupa atau murid lupa ID/password, korang bolehlah print dan tampal dalam makmal komputer... Nak buat dalam bentuk booklet pun boleh. Tapi ni sebagai backup je heh... Kalau hari-hari budak nak cari dalam ni, memang jenuh dan akan ambil masa... Kesian kat cikgu yang nak mengajar, tunggu budak cari ID je dah habis masa!

Boleh baca post saya yang terdahulu... CARA MUDAH MEMBUAT KAD ID GURU/MURID

Yang berminat, boleh cuba buat GOOGLE ID CARD - TEKNOLOGI HIJAU

LADAP bersama guru sesi petang, disampaikan oleh Cikgu Ariff.

2) LADAP untuk guru

Sebagai admin di sekolah, anda perlu mengadakan sesi LADAP untuk semua guru di sekolah. Haruslahh kann... Sebab admin antara orang yang paling awal dapat ilmu PDL & GC ni. So, memang admin adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat sebarluas maklumat kepada rakan-rakan di sekolah demi memastikan yang semua orang dapat info dan tahu cara nak menggunakan pelantar pembelajaran tersebut. 

Boleh guna bahan yang dah saya sediakan ni... MODUL ASAS PENGGUNAAN PORTAL DIGITAL LEARNING KPM

Bengkel Sebarluas PDL & GC bersama Guru Besar Daerah Kinta Utara

3) Pengaktifan ID guru

Semasa LADAP, boleh minta guru-guru aktifkan terus ID mereka terus. 

4) Latihan Untuk Murid Menggunakan Portal Digital Learning / Google Classroom 

Admin bertindak untuk melatih murid-murid menggunakan portal tersebut. Ada beberapa cara, pertama, korang bantu cikgu-cikgu yang bawa murid masuk ke makmal untuk latih murid disamping masa tu korang boleh suruh murid aktifkan ID mereka... Ikut masa free korang. Atau pun korang boleh buat sesi khas untuk setiap kelas. Kena arrange la, samada korang larat nak train sehari 2-3 kelas... Buatlah sampai semua murid dari setiap kelas dapat ilmu tu. Dah ada ilmu baru boleh sembang nak guna portal tu kannn! Masa tu boleh minta mereka aktifkan terus ID, tukar katalaluan dsb. Kalau ada team lagi baik... 

5) Bantu reset katalaluan guru/murid

Bab lupa password ni normal. Jadi, admin kalau nak mudah, buatlah sistem carian tu... Kalau tidak, korang kena bantu resetkan password kalau ada murid/guru yang terlupa. Guna fungsi admin console. Kalau admin lupa password, sila hubungi pegawai berkenaan di PPD. 

6) Sediakan bahan/modul ringkas untuk membantu guru belajar sendiri PDL/GC

Yang ni rasanya tak perlu. Kalau rajin boleh la buat... Bukan apa, kalau ada bahan-bahan macam ni, dapatlah cikgu-cikgu tu explore sendiri. Takde la bergantung 100% kat admin je kann... Boleh je ambil bahan-bahan yang dah dikongsikan di blog/Facebook/Youtube... Share je link kat dorang! :) Banyak weiiihh...

Bengkel Penyebaran ID PDL bersama guru sesi pagi. Dikendalikan oleh Cikgu Ariff.

7) Bersedia untuk menjadi meja bantuan peringkat sekolah

Anda akan menjadi pakar rujuk di sekolah, jadi korang kena la biasa-biasakan dengan benda ni ye... Pastinya di peringkat awal-awal ni, akan ramai yang bertanya macam-macam. Get ready jer... :)

8) Analisa penggunaan dikalangan guru berkaitan Google Classroom

Yang ni agak advanced tapi jangan terkejut, memang ada admin yang buat benda ni ye... Bukan apa, mereka nak dapatkan data kecekapan, masalah serta tahap pengetahuan guru-guru, jadi memanglah kena buat analisa, baru nampak segalanya... Heheh...

9) Memastikan guru-guru tahu bagaimana untuk mengaplikasikan penggunaan PDL/GC dalam PdP. 

Dah habis explore PDL/GC, bagus! Tapi guru kena tahu juga cara nak apply dalam kelas. Kann... Walaupun sekarang ia hanya dalam fasa interim, tapi rasanya tak salah kalau korang share dengan rakan-rakan guru untuk membantu mereka memantapkan PdP dengan platform yang disediakan oleh KPM ni. Contohnya macam mana nak ber flipped classroom dengan GC! Gituhhh... Hehe.

10) Sentiasa peka terhadap isu teknikal/bug yang berlaku ketika guru menggunakan Google Classroom

Admin kena ambil maklum kalau ada masalah. Contohnya hari ni untuk pengguna Apple, perlu update beberapa Google Apps termasuk apps GC kat telefon... Pastu kalau ada masalah teknikal lain, report la kepada yang berkenaan supaya masalah boleh settle segera & cikgu-cikgu kat sekolah boleh guna portal seperti biasa.

11) Isu perkongsian PC

Satu lagi berkenaan dengan perkongsian PC di makmal komputer, admin boleh menggalakkan murid-murid / guru yang berkongsi PC menggunakan mode Incognite/InPrivate Window. 

Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu admin-admin yang lain. Semoga bermanfaat!~

Nota kaki : When someone is mean, don't listen. When someone is rude, walk away. When someone tries to put you down, stay firm. Don't let someone else's bad behaviour destroy your inner peace! 

6 comments:

  1. salam Puan. Saya dah cuba masukkan utk anak saya,tapi takboleh.
    Saya google Portal Digital Learning. Dah masuk die suruh log in, bila dah log in, die suruh masukkan gmail account. Dan die jadi error 404. Banyak kali saya cuba. Harap Puan dpt bantu ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. gunakan link ini untuk login google classroom http://portal.moe.gov.my

    ReplyDelete
  3. Salam puan. Jika admin ter'reset' password GC. Apa yang perlu dibuat?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum puan, boleh tak kongsikan contoh analisa penggunaan berkaitan google classroom?

    ReplyDelete
  5. Saya dh try guna both phone dan pc...buka google classroom..try another account..masukkan email yg kpm bagi...masukkan password...tapi dia cakap wrong password...cikgu sekolah suruh setting hp...taktau nk setting apa lagi dah..

    ReplyDelete