Pengalaman Mendaki Bukit Kledang - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 29 August 2019

Pengalaman Mendaki Bukit Kledang


Halluuu gais! Assalamualaikum...

Ahad lepas, saya berkesempatan untuk mendaki Bukit Kledang. Pergi berdua dengan adik ipar. Adik saya memang tak layan benda-benda macam ni... Hahahha.... Ketinggian Bukit Kledang ni adalah 800m (2640 kaki). Bukit Kledang ni terletak di kawasan Mengelembu, Ipoh. Selepas subuh, kami bertolak ke sana... Tiba di situ kira-kira jam 6.45 pagi... Memang dah ramai orang weihh... 

Memulakan pendakian lebih kurang jam 7 pagi dan sampai semula kat bawah lebih kurang jam 10 pagi... Wahh... almost 3 hours gak... Tu pun tak naik sampai ke puncak. Total of 7km++ 2 hala. Kalau naik sampai puncak, khabarnya lebih kurang 14km 2 hala.  Haha... Penat? Giler tak penat... Memang penat la weihh... Bukit Kledang ni memang curam. Tambah-tambah saya pulak pilih untuk menggunakan laluan bertar... Laluan bertar ni dikatakan lebih jauh dan lebih curam laa nak compare dengan laluan hutan (off road). So, kalau korang nak cepat sampai atas, ikutlah trail yang di sediakan kat dalam hutan ye... Hehe... Tapi rasanya kalau setakat pergi sorang berdua, elok ikut laluan bertar. Lebih selamat sebab ramai orang.  

Spek berwap... Peluh weihh... peluhh! Hahaha...
Apa yang menarik tentang tempat ni, awal-awal pagi korang boleh nampak uncle & auntie yang mostly Chinese dok daki bukit ni... Ada saya terserempak dengan seorang auntie yang lumpuh. tangan tak boleh bergerak, tapi dia mampu untuk mendaki lebih baik dari kami... Hahahah... Kebanyakkan mereka yang dah biasa mendaki di sini memang friendly & akan selalu memberi kata-kata semangat kat korang yang tengah gigih mendaki... Saya suka!


Tips hiking untuk beginner 

20-30 minit pertama, memang mencungap weii... Mintak nyawa! Hahahhaha... Maklum la, kita ni bukan orang sukan. Mendaki ni kalau kita relate dengan kehidupan memang ada persamaan. Jangan ikut orang! Ni salah satu Tips penting untuk mendaki... Jangan ikut orang! Rasa nak berhenti, berhenti je la... Tak payah nak rasa malu ke nak rasa down ke sebab orang lain dah potong kau, relaks-relaks sudah... Huhu... Kalau kita dok kejar nak ikut orang, tu yang menyebabkan kita semakin ketinggalan sebab kita hilang fokus menahan kepenatan dan silap-silap kau boleh injured weiihh... Semakin lama semakin okay... relaks je hiking... Serius! 


Semasa mendaki, saya ada ternampak beberapa orang berjalan ke belakang (Reverse). Rasa pelik, jadi sempat saya tanya dengan seorang auntie ni... Katanya kalau jalan macam tu kat area yang memang curam, kurang rasa letih sebab kita mengikut arah graviti. Haaa... gitu! Hakak pun baru tau... Ada gak try jalan ke belakang... Hahahha... Memang betul, kurang rasa penat tu! Tapi hati-hatilah, jangan sampai terlanggar orang pulak! Hahahaha...

Selain itu, nak mendaki memang kena pakai kasut yang sesuai. Kasut sukan semestinya. Unless kalau memang kategori pro, bolehlah berkaki ayam jer. Memang ada beberapa orang yang berkaki ayam, siap berlari weih... Hebat! Sis mampu tengok jer... Hahaha... Kita ni nak jalan mendaki bukit tu pun mengah, inikan pulak nak berlari! Tengok jer... Tu memang kategori pro dan mungkin hari-hari biasa naik bukit tu... Ramai gak yang berbasikal kat sini. 

Curam sangat... 

Mental & fizikal kena kuat. Kalau tak confirm half way korang turun balik sebab tak tahan, kaki sakit, penat dan rasa macam useless penatkan badan cara macam tu. Tapi kalau korang awal-awal dah set target, insyaAllah, stay fokus & korang confirm boleh sampai atas, at least kat tempat saya stop tu. Hehe... 

Jaga keindahan alam. Jaga kebersihan... Kalau tengok pokok-pokok yang tinggi menghijau, memang rasa macam tak nak balik... Nikmat Allah, kita nikmatilah sebaiknya! Cantik sungguh pemandangan, jiwa tenang, udara segar... Alhamdulillah...


Bawa air & gula-gula. Since saya naik haritu cuaca memang sangat baik, redup, selesa, saya bawa air mineral 500ml je... cukup. Dalam perjalanan ada air bukit, kalau nak, boleh tadah je... Tapi saya tak tadah pun, sebab tak dahaga sangat. Pagi kann... Adik ipar saya bawa gula-gula in case pening ke apa ke, maklum la peluh dah keluar banyak... Hahahah... Takut ler gula turun ke apa ke kan, so better bawa gula-gula. Ada yang bawa makanan, siap berkelah bagai kat atas! Curlastttt! Haha...

Sesekali ada kenderaan RTM/TM naik ke atas. Laju kemain... So, korang yang mendaki pepandai la dok tepi ye... Hati-hati kat area corner yang curam... Kena sodok dengan Hilux kang tak memasal plak dok dalam hutan tepi tu kann... Hahaha... Hati-hati, gais!

Berdoalah agar selamat naik dan selamat turun... Kita ni sebagai hamba, apa pun yang kita buat, kena gak tadah tangan berdoa kepada pencipta kita supaya urusan kita baik-baik sahaja... 


Jaga adab masuk dalam hutan... Jangan nak over excited sangat, nak terkinja sangat... mulut pun kena jaga... Kita tak tahu, ada yang memerhati... Hehe... Niat baik, insyaAllah selamat dunia akhirat!

Bernafas dengan betul... Ambil nafas melalui hidung, lepaskan melalui mulut. Slow and steady gituhhh! Hehe... Kurangkan bersembang, fokus mendaki untuk kurangkan rasa penat. Lagi banyak menyembang, lagi penat weiii... Haha...

Kalau naik awal pagi, elok bawa kayu ke atau ranting ke sebab ada banyak kera... Be careful je la. Tebuan / Lebah pun banyak... Hati-hati je... 

Kemudahan @ Bukit Kledang

Kat Bukit Kledang ni, jangan risau, dalam perjalanan nak ke atas ada tandas disediakan... Ada banyak pondok untuk berehat, jadi kalau penat, sila duduk-duduk lepak kat pondok tu. Hehe... Parking free ye, kami datang 6.45 pagi pun dah kena park jauh... So, kalau nak park dekat-dekat, sila la datang awal... Masa saya start hiking, ada yang dah turun... Maksudnya mereka memang naik awal pagi. Mungkin pukul 4-5 pagi macam tu... 


Paling best kat situ ada ramai yang jual buah-buahan kat tempat parking. Pisang, honey dew, tembikai, kelapa, macam-macam. So lepas mendaki, boleh shopping buah-buahan... Haahha... Bukan buah je, nasi lemak daun pisang pun hado! Hahahhaha... So, lepas turun tu jangan risau, boleh breakfast terus! 😂 

Kat sini jangan risau tentang line telefon. Alhamdulillah... Memang ada line. Cuma kau larat dengan tak je nak baca mesej masa tengah mendaki tu... Hahahaha... In case ada kecemasan, hello jer abang bomba! Hahahaha...

Ni kat taman...

Nak mendaki takde charge... Redah je. Dalam perjalanan ke atas, korang akan jumpa taman... tempat bersenam, ada la segala monkey bar dll... Boleh la stop untuk bersenam kat situ. Hehe... 

Okay la, sapa yang berminat nak pegi hiking kat sini, try la... Bukan apa, nak uji diri je sebenarnya, mampu ke tak mampu... Di samping tu boleh tengok kekuatan jantung kita, asyik rehat je, sesekali push buat benda macam ni, haaa amek kauu... Hahahahha... Good luck, gais! Jangan lupa kalau nak hike, boleh ajak kita skali! Tengah ada mood ni, kita layan jer... Gituhhh... Hahahhaha.... Semangattttt! Semangattttt!~ Ayuh kita! 


Nota kaki : Saat iblis gagal membuat seseorang menjadi jahat, maka dia akan membuatkan orang itu merasa baik. Waspadalah!~

No comments:

Post a Comment