Tips Untuk Mudah Bangun Malam - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 31 August 2019

Tips Untuk Mudah Bangun Malam


Assalamualaikum semua!

Hai... Selamat menyambut Hari Kebangsaan, gais! Hari ni saya nak share beberapa tips untuk yang berminat nak bangun malam untuk melakukan solat-solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dsb... Saya share bukan sebab saya pandai ataupun hebat dalam bidang agama. Saya pun masih gigih belajar untuk buat benda-benda ni semua... Cuma ada beberapa tips yang saya rasa agak berkesan, jadi saya kongsikan agar lebih ramai lagi sahabat saya yang mampu untuk bangun malam secara konsisten... 

Bangun malam untuk mengadu direct kepada pencipta adalah lebih baik dari kita mengadu nasib dengan orang lain... Takde sesiapa pun boleh bantu kita, hanya Allah tempat bersandar... Percayalah, bila kita sandarkan hati kita 100% kepada Allah, kita akan sentiasa positif & akan sedikit sebanyak kita dapat didik hati kita untuk belajar redha... Let go things yang menyesakkan fikiran kita. Serah kepada Allah... Manusia takde daya upaya melainkan dengan izin Allah... Selagi niat kita betul, insyaAllah, Allah ada bersama kita. 


Okay, ni tips untuk mudah bangun tengah malam... Boleh cuba. Kalau tak berjaya, cuba lagi dan lagi sampailah berjaya... Bila dah berjaya, cuba istiqamah... Lama-lama bila tak buat, kita rasa ada yang tak lengkap dalam hidup kita hari tu... Cubalah... Doakan saya untuk terus istiqamah... 

TIPS UNTUK MUDAH BANGUN TENGAH MALAM

1) Tidur awal

Yang ni untuk beginner. Yang baru nak berjinak-jinak untuk bangun buat solat sunat pada waktu tengah malam, saya cadangkan anda tidur awal... Dalam pukul 9-10 ke, tidurlah... 

2) Kunci jam

Haha... Nampak lawak tapi hakikatnya, ini benar... Tak kunci jam, memang terlajaklah jawabnya... Sila kunci jam untuk bangun pada waktu yang dikehendaki. Sangat membantu!

3) Sebelum tidur, niat nak bangun tengah malam

Serius, ini memang berkesan untuk saya... Sebelum tidur kalau dah niat nak bangun, mesti terbangun walau apa cara sekalipun. Minta Allah permudahkan. InsyaAllah, mudah je nak bangun. Pernah saya tidur jam 2 pagi, dalam hati niat nak bangun... Tapi bimbang tak terbangun sebab tidur lewat sangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, tetiba tak tau apahal, ada kawan saya dok mesej-mesej dalam group... Boleh plak dia menyembang pukul 3 pagi... Haha. Hikmahnya, henfon pun berbunyi berkali-kali... Asbab bunyi notifikasi tu, saya terjaga dan terus bangun. Allahuakbar! Nampak tak, kalau Allah izinkan... Macam mana pun kita mesti boleh buat! 

4) Banyakkan berdoa agar Allah izinkan

Mohonlah pada Allah, kalau betul ikhlas nak bangun malam untuk 'berbicara' direct dengan Allah, selalu-selalulah tadah tangan mohon kepadaNya. Macam saya memang jenis selalu tidur lewat, kadang-kadang pukul 12 masih berjaga... Tapi percayalah, kalau Allah izinkan, tidurlah pukul berapa pun, pasti akan terjaga... Doa ya! 

5) Jangan down kalau terlewat bangun

Ada hari kadang-kadang memang Allah tak izinkan kita bangun tengah malam... Jangan down! memanglah afdhal kalau dapat bangun antara jam 3-4 pagi... Kemudian, tidur semula dan bangun pulak dalam jam 5.00-5.30 pagi... Tapi bukan semua orang mampu untuk tidur-bangun-tidur-bangun macam tu. Ada sahabat saya share, dia memang susah nak bangun jam 3. Tapi apa yang dia buat adalah, dia bangun jam 5, tahajjud, kemudian tak tidur dah... sambung buat subuh dan pergi kerja. See! Boleh je buat... Yang penting niat kita ikhlas. 

6) Percaya yang semuanya adalah kehendak Allah SWT

Jangan kecewa bila kita tak terjaga. Percayalah semua tu berlaku adalah dengan kehendak Allah... Kalau Allah tak izinkan, buat macam mana pun, kita tak akan terjaga... Kalau bangun pun kadang-kadang rasa tak mampu nak solat... Rasa mengantuk, rasa penat, rasa macam-macam... Redha je. Cuba lagi esoknya... Sehingga berjaya! 

7) Kalau tak mampu bangun untuk tunaikan solat, tadah tangan, berdoalah!

Ada juga masa kita tak mampu nak bangun. Kadang-kadang dengan komitmen kita, dengan aktiviti harian kita yang padat, memang tak larat weihh... Walaupun dah terbangun, tapi rasa mengantuk gilerr... Rasa tak larat nak solat. Kalau bangun, hati bimbang mengganggu urusan kerja kita pada hari tu pulak kan... Kang mengantuk time keja lagi haru! Hehe... Jadi, apa yang anda boleh buat adalah dengan menadah tangan, cukuplah dengan berdoa... Ni saya baca dari post yang orang share kat FB. Jangan lepaskan peluang berdoa pada waktu tengah malam di saat orang lain sedang lena tidur. Ini peluang keemasan yang tak patut kita lepaskan. Bangun, tadah tangan, doa, pastu tidurlah semula... Huhu.



8) Bila dah terkejut, jangan berlengah

Bila dah terkejut tu sila bangun je terus... Jangan dok baring lagi.. Memang akan tertidur balik. Yela, tengah malam memang syok tidur kann... Hahhaha... Bangun, ambil air sembahyang, insyaAllah... segar... 

9) Berdoalah agar Allah izinkan kita untuk terus istiqamah 

Jangan sombong rasa diri hebat bila dah selalu bangun malam... Ingatlah, kita bangun pun sebab Allah izinkan. Kalau dia tak izinkan, kita tak kemana pun... Jadi, sentiasalah berdoa agar Allah izinkan kita untuk terus bangun malam beribadah. Berdoa dan mengadu direct kepada Allah, menangislah... Mengadulah sepuasnya... Dia ada, insyaAllah kita akan diberi kekuatan & ketenangan untuk menghadapi masalah-masalah yang ada. Masa tu kau akan rasa +ve vibes mencurah-curah masuk dalam diri, subhanallah... Tinggalkan je yang -ve yang boleh merosakkan +ve vibes dalam diri kita. Jauhkan!

10) Bangun malam bukan hanya bila ada masalah sahaja

Saya terbaca ada ustaz mana tah share, bangun malam ni umpama kita 'dating' dengan Allah... Allah nak dengar kita mengadu... Dia nak dengar masalah kita. Jadi, bila dah diberi peluang untuk bangun malam, buatlah secara ikhlas, bukan hanya sebab nak mengadu masalah jer... Tapi lebih kepada nak memperbaiki hubungan kita dengan Allah... Niat yang baik-baik, insyaAllah hasilnya pun terbaik!


11) Buat bukan sebab orang lain buat, buat sebab kau sendiri memang nak buat

Jangan ikut orang tapi ikutlah kemampuan diri. Kalau rasa tak mampu buat hari-hari, buat sebulan sekali, seminggu sekali... Lebih kerap dibuat, lebih kuat impaknya... Doalah supaya Allah izinkan. 

Jangan plak bila dah bangun tengah malam, rasa diri tu maksum! Please heh... Manusia still manusia. Tak terlepas dari membuat dosa. Bangun tengah malam untuk beribadah adalah suatu perkara yang sangat baik untuk dilakukan, namun jangan sesekali merasakan diri tu hebat, pandang orang lain sebagai pendosa... judge orang macam diri kau confirm masuk syurga! Jangan sampai Allah tarik balik nikmat bangun malam tu. Nauzubillahiminzalik..

Percayalah, ketenangan tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Kau kaya, hebat, sihat, kuat macam mana pun, kalau hati tak tenang, tak kemana... Ketenangan ni bila kau ada masalah, ada isu tapi kau boleh chill... Boleh relax jer... Boleh hadapi dengan tenang. Bila ada orang nak susahkan kau, ada ketidakadilan berlaku kat diri kau, kau boleh tengok jer... Buat bodo... macam tengok movie sambil-sambil makan popcorn! Lakonan manusia yang rasa diri dia sempurna, hebat, tinggi darjat di pentas dunia tak pernah mengecewakan! Bhahaha...

Bila kau rasa marah giler, rasa nak menjerit, rasa macam-macam, sedih memang sedih, menangis memang menangis, tapi kau boleh control diri... Tak berlebih-lebih. Boleh let go, boleh move on... Itulah ketenangan sebenar... Bukan senang nak dapat ketenangan. Tapi boleh dapat, kalau Allah izinkan! Apa pun, jauhi benda-benda -ve yang boleh merosakkan +ve vibes diri. Yang mana benda agak-agak negatif tu, ignore jer... Bukan senang nak kekal positif bila dikelilingi dengan -ve... Tapi, seorang bukan bermaksud kau takde sesapa... Allah ada je bersama. No worries!~ 



Sekian sharing dari saya yang biasa-biasa ni... Semoga bermanfaat, insyaAllah... Take care, gais! :)

Nota kaki : The sun is a daily reminder that we too can rise again from the darkness, that we too can shine our own light!~

No comments:

Post a Comment