Assalamualaikum semua...
Biasanya Hari Kebangsaan adalah hari saya spend untuk mama saya... Beli hadiah... belanja makan... bercuti sama-sama... Mama saya anak merdeka. Dia lahir pada 31 Ogos 1957. Kami memang akan rancang untuk celebrate Merdeka/birthday sama-sama. Saya tak pernah tak sambut birthday mama. Yelah, memang cuti kan... Memang tarikh ni tarikh yang sangat istimewa untuk saya sekeluarga.
Tahun ni, saya ubah rutin saya... Saya spend cara macam ni pula. Saya masak, kemudian saya hantar ke rumah jiran, sahabat & sedara mara... Kemudian saya invite adik saya untuk 'celebrate' bersama di rumah. Bukan celebrate macam mana pun, setakat makan-makan adik beradik jer... Gathering. Yelah, sekadar memperingati tarikh istimewa. Walaupun orangnya dah tak ada. 😭
Sebelum ni, sepuluh tahun abah takde, 10 tahun juga mama buat macam ni bila tarikh birthday abah... Mama selalu kata, walaupun abah dah takde, kita ingat birthday dia. Hari istimewa tetap kita raikan. Tapi dengan cara berbeza. Bersedekah makanan. Biar jadi darah daging. Moga-moga kebaikkan yang kita lakukan, dapat sedikit sebanyak 'menggembirakan' abah di sana... Ya, sekarang baru saya faham... Mungkin ni cara mama melepaskan rindu dia pada arwah abah... Kasih dan sayang yang tak pernah berbelah bahagi walau orangnya dah tiada... Masih diingati.
Susunan berterabur... Nampak sangat takde skill nak pack makanan... LOL! 😁 |
Jumaat lalu, balik sekolah saya bergegas ke kedai beli sedikit keperluan untuk memasak. Saya buat nasi lemak dengan ayam goreng jer... Sengaja saya buat pada 30 haribulan (Jumaat), konon nak kejar pahala sedekah pada hari Jumaat. Alhamdulillah, Allah izinkan... Sempat diagihkan selepas asar. Dapat dalam 25 pek je pun. Tu je yang mampu. Bukan mudah, tapi alhamdulillah Allah permudahkan... Maklum la saya bukannya biasa nak masak banyak-banyak. Yang paling susah part nak buat sambal, nak garingkan sambal memang takes longer time. Jenuh nunggu... Huhu...
Nak sediakan 25 pek tu, dari balik sekolah singgah kedai, lepas zohor start memasak, pukul 6 lebih baru settle membungkus & mengagih... Huhu... Seronok dapat buat benda yang mama suka buat dulu. Memasak sorang-sorang, bagi orang makan & mengingati tarikh birthday orang yang dah takde. Terima kasih, adik kerana sudi tolong hantarkan makanan tu kat rumah orang... Saya memang fokus di dapur je hari tu. Yang menghantar, adik saya...
Harap-harap tahun depan saya masih istiqamah buat benda-benda macam ni. Doakan saya ya! Saya sayang mama saya... Semoga Allah mengampunkan segala dosa, menerima segala amalan baik yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya & menempatkannya di syurga. Aamiin...
31.8.1957 - 27.10.2018
Nota kaki : She survived because the fire inside her burned brighter than the fire around her.
No comments:
Post a Comment