Pengalaman Memohon Google Certified Trainer - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 15 September 2019

Pengalaman Memohon Google Certified Trainer


Assalamualaikum gais!

Hallluuuu... Apa khabar semua? Yang terlibat dengan UPSR mungkin dah boleh menarik nafas lega hari ni. Alhamdulillah, semua paper dah habis dijawab! Skang ni nak tunggu result je pulak haaa... Haha... 

Saya nak share berita gembira dengan semua pembaca dan followers saya. Alhamdulillah, pagi 11 September yang lalu, saya menerima email tentang permohonan saya untuk menjadi Google For Education Certified Trainer telah LULUS! Yayyyy!~ Saya ingin kongsikan perjalanan saya bermula dengan Google Certified Educator sehinggalah ke tahap ini. Perjalanan yang bagi saya, bukanlah mudah seperti yang disangka. Pada saya, ia memerlukan kesungguhan, kegigihan dan keikhlasan dalam menimba ilmu selain pada masa yang sama, membuat perkongsian ilmu terutamanya berkaitan dengan teknologi & aplikasi Google. 

Untuk melayakkan korang memohon untuk Google For Education Certified Trainer, korang perlu terlebih dahulu memiliki sijil-sijil seperti yang saya nyatakan ni... Untuk mendapatkan sijil, korang kena lulus exam dengan markah 80% keatas. 

1. Sijil Google Certified Educator (Level 1)

- Valid untuk 3 tahun.

2. Sijil Google Certified Educator (Level 2)

- Valid untuk 3 tahun.

3. Sijil Trainer Skill Assessment 

- Valid untuk 2 tahun.

4. Lain-lain sijil sekiranya ada. (Tidak Wajib)

Semua exam ada kos yang tersendiri.


Perjalanan saya dengan 'benda-benda' Google bermula sejak 2015 apabila saya dilantik menjadi Leader Google Educator Group (GEG Ipoh). Dari situlah saya mula mengenal GEG, Google Apps, Google Malaysia dan lain-lain yang berkaitan dengan Google Education. Dan pada masa tu juga saya mula mengenali rakan-rakan yang terlibat dengan GEG di seluruh negara malah dari negara-negara luar juga... 

Fail exam Google Certified Educator (GCE)  Level 1

Pada tahun 2016, kami barisan GEG leader diminta untuk ambil exam GCE untuk memastikan kami dapat mengekalkan chapter (pusat GEG) masing-masing. So, nak tak nak, boleh kata semua GEG leader masa tu memang gigih ambik exam... Ada yang capai level 1. Ada yang capai sehingga level 2. Kali pertama saya ambil exam GCE level 1, saya gagal. Hukks! Alhamdulillah, lulus kali kedua! Maklum ler, masa tu mana ada segala Boothcamp la apa la... Semua atas inisiatif sendiri jer. Pandai-pandai sendiri... Kalau fail, boleh repeat paper. 😅 Sesapa yang fail jangan segan untuk ulang paper yer... Hehe...

Pada masa itu, leader yang takde GCE dianggap macam tidak bertauliah kalau nak buat sharing tentang aplikasi Google. Walaupun hebat, kena ada sijil katanya. Ni memang kenyataan yang terpaksa kami lalui zaman tu. Tu sebab, most of GEG leaders memang ada sijil GCE. Sebab kami terpaksa ambil exam ni masa tu untuk maintain 'chapter' kami. Bila fikir balik, betullah kot tindakan tu... Apa bukti yang mengatakan kita ni bertauliah dan layak nak handle courses? Sijil tu la kann! Nama pun leader. Gituhh! Ada ilmu, bagus... Tapi kalau ada ilmu dan ada sijil tauliah, memang bonus laa... 

Pernah sekali saya tidak dibenarkan untuk menjadi penceramah (sesi bengkel) semasa Seminar 3i di BTPN Kedah... sebab masa tu ramai leaders yang takde GCE lagi termasuk ler saya. Huhu. Tapi, oleh kerana mereka nampak kesungguhan GEG Leaders, masa tu kami diberi peluang untuk buat DEMO SLAM. Demo Slam ni kiranya macam very short sharing tentang apps. Dua minit je weihhh... Hukhukk... Siapa yang pergi ke Seminat 3i, tau la macam mana menggelupur saya buat sharing tentang Google Cardboard masa tu. Hahahahha... 2 minit nak demo! Kau rasa?! Hahahah... Tapi itulah pengalaman yang beharga buat saya. Selepas Seminar itulah, saya dan beberapa orang rakan lagi berusaha gigih untuk mendapatkan sijil GCE. 

Capai GCE Level 2

Beberapa minggu selepas lulus GCE Level 1, saya mencuba nasib mengambil peperiksaan GCE level 2 pulak... Alhamdulillah, lulus dengan sekali ambil je. Huhu... 

Cuba nasib ambil exam Trainer (TSA)

Pada Julai 2018, saya mencuba nasib untuk ambik exam Trainer Skill Assessment... Syukur Alhamdulillah, lulus dengan jayanya. Kebetulan masa ni saya memang sibuk dengan urusan menjaga arwah mama saya yang pada ketika itu sedang sakit... Tak sempat nak fokus untuk apply jadi Trainer walaupun masa tu ramai rakan-rakan yang beri semangat, beri dorongan untuk saya teruskan. Saya biarkan je sijil ni sampailah sijil GCE Level 1 & 2 saya expired. 

Renew GCE Level 1 & Level 2

Memula rasa macam malas nak renew sijil tapi mengenangkan sijil TSA saya masih 'hidup', sekali lagi saya gigihkan diri ambil exam Level 1 dan 2. Bila semua sijil dah complete, sekali lagi sahabat-sahabat dok bagi dorongan untuk saya teruskan dengan Trainer... Memang malas weiii... Huhu... Cuma ada rezeki pulak nak lulus semua. Alhamdulillah... Allah beri, kita terima saja. :)

Memohon Menjadi Google For Education Certified Trainer

Tahu tak, saya mula isi borang sejak Mei 2019 lagi... Hahahahah... Nak apply trainer ni bagi saya bukanlah mudah. Mungkin mudah bagi orang lain, tapi bagi saya... Tak! Bila once kita isi borang, tiap bulan Google akan hantar reminder minta kita lengkapkan maklumat untuk mereka review samada kita layak jadi trainer atau pun tidak. Memang saya ignore je sehinggalah bulan Ogos baru ni saya cuba complete kan permohonan. Ada sebab kenapa saya delay semua ni... Huhu...

Video Seminit Buat Saya Delay Permohonan Berbulan-bulan

Untuk apply trainer, korang kena sediakan Case Study dan juga video berdurasi 3 minit. Saya takde masalah nak hantar case study sebab saya memang banyak kendalikan bengkel sebelum ni. Masalah saya adalah nak menghasilkan video 3 minit tu... 3 minit tu dipecahkan kepada 2 bahagian... 1+2. 1 minit pertama adalah tentang diri korang... Haduiii part ni la yang buat saya delay untuk submit permohonan. Saya memang lemah betul nak mengadap merakam diri sendiri kat dalam kamera. Allahuakbar! This is one of my biggest fear. Segan. Rasa tak confident. Gemuruh giler... Hhuuhu... Ni kelemahan saya. Yang 2 minit lagi tentang perkongsian ilmu. So, part 2 minit tu takde masalah... Minit pertama tu yang masalah besar untuk saya. Tapi alhamdulillah, saya pun tak tahu dapat kekuatan dari mana, saya berjaya juga rakam seminit tentang diri saya walaupun rasa agak 'fake' dan terkial-kial juga... berpeluh weii nak siapkan walaupun hanya seminit! Huhuhu... Selesai video, memang selesailah semuanya... Terus submit permohonan Ogos lalu dan 11 September, saya terima email, SAYA BERJAYA!!!~ Syukur alhamdulillah... Saya percaya, kalau dah rezeki kita, Allah bagi tepat pada masanya.  Alhamdulillah...

Nampak tak? Susahnya saya nak melalui semua tu. Hanya yang rapat dengan saya tau bagaimana susahnya saya nak atasi my biggest fear (merakam diri sendiri). Serius... Bila ada camera, terus jadi nervous giler... Padahal seminit je. Tu pun rasa susah sangat... Huhu... Syukur dah lepas! Jadi trainer ni untuk kepuasan diri sendiri. Nak ukur kemampuan diri... Selain tu jadi trainer untuk mengembangkan lagi perkongsian ilmu. Doakan saya untuk terus istiqamah dalam membuat perkongsian ilmu terutamanya kat blog ni.

Google Trainer Directory

Bila jadi trainer, automatik nama kita tersenarai dalam direktori Google... World wide sangattttt.... Hahahahah... Google buat macam ni untuk memudahkan pengguna lain untuk mencari Trainer di seluruh dunia. 

Ni link untuk semak Trainer. Trainer kat Malaysia ni ramai yang bukan warganegara, yang betul-betul Trainer dalam Malaysia & memang warganegara Malaysia, memang tak ramai... GOOGLE TRAINER DIRECTORY & link direct untuk profile saya https://edudirectory.withgoogle.com/profiles/5209171217612800

Semoga kisah saya menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain yang ingin memohon untuk menjadi Google Certified Trainer. Good luck, gais!

Nota kaki: Find someone who is proud to have you, scared to lose you, fight for you, appreciate you, respect you, cares for you and love you unconditionally... 💖

No comments:

Post a Comment