Cara Untuk Menghantar Lokasi Tepat - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 17 October 2019

Cara Untuk Menghantar Lokasi Tepat


Yuuuhuuuuuu! Assalamualaikum...

Gaissss! Nak share benda baru ni. Hahaha... Ilmu yang baru saya dapat. Baru-baru ni seorang rakan saya berkongsikan cara untuk menghantar lokasi tepat dengan menggunakan 3 perkataan tertentu yang telah ditetapkan. Tiga perkataan tu mewakili lokasi tepat pada tempat yang korang setting tu... Waimah kalau korang setting kat kantin sekolah korang, memang tepat wei, maka si penerima location akan dapat lokasi kantin sekolah korang tu... Hebat kann! Khabarnya Apps ni dah popular di luar negara, cuma kat Malaysia ni masih baru dan belum dikenali sangat... Thanks Amir, sudi share ilmu baharu dengan sista! :)

Kadang-kadang kita payah nak tau exact location seseorang. Dia mungkin beritahu kita, dia kat sekian-sekian tempat... Tapi bila kita sampai kat situ, kita tak nampak pun dia. Ada satu apps yang boleh bagi exact location close to 3x3m. Berguna gak untuk korang yang suka masuk hutan, hiking ke camping ke hape ke... Mana tau kot one day tersesat, this might help!

Caranya bagaimana?

1. Okay, first pergi kat laman https://what3words.com/ atau pun download apps What3words kat telefon korang.


2. Kemudian, Klik butang CURRENT LOCATION

3. 3 perkataan akan terjana untuk menentukan lokasi tepat dalam lingkungan 3x3m. Nampak tak ada kotak-kotak grid kecik-kecik tu...


4. Tekan butang SHARE untuk kongsikan lokasi anda dengan orang lain.

Sumber rujukan tambahan : https://www.bbc.com/news/uk-england-49319760

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga ilmu ini bermanfaat & memudahkan urusan kita nak cari lokasi yang lebih tepat lepas ni... Hehe... Babai gais! Take care ya!~ Assalamualaikum... 😊

Nota kaki : Bukti cinta dan kasih sayang yang paling besar adalah saling mengajak untuk mendekatkan diri pada Allah... Gituhhh!~ Hahahaha... 

2 comments: