Perkongsian Ilmu Keselamatan Siber di Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 28 October 2019

Perkongsian Ilmu Keselamatan Siber di Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar


Assalamualaikum semua...

Korang apa khabar? Rasa macam dah agak lama juga tak menulis ni... Huhu... Doakan saya ya... Moga-moga Allah izinkan saya untuk terus istiqamah menulis di blog ini, berkongsi ilmu yang ada dengan kalian semua, insyaAllah...


Alhamdulillah, Khamis lalu saya diundang untuk membuat perkongsian tentang keselamatan siber bersama seramai lebih kurang 150 orang murid tahun 4 & 5 Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar. Ni kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini. Sekolah ni merupakan Sekolah Rendah Agama Sepenuh Masa. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang mudharat penggunaan telefon, media sosial, games dan lain-lain aplikasi andai digunakan secara tidak berhemah. Dalam kata mudah, nak buka minda dorang ni je so that dorang boleh berfikir baik buruk sebelum membuat posting di media sosial, mengendalikan persahabatan dengan orang yang dikenali atau tidak dikenali atas talian, tentang buli siber, penyebaran fitnah di media sosial, pengurusan had masa skrin dll...

Semoga kita semua terhindar dari melakukan dosa fitnah & terselamat dari menjadi mangsa fitnah.  

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Hairil Fitri Bin Jaafar, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Johor atas kesudian beliau berkongsi bahan tentang keselamatan siber ni... Ada beberapa idea yang saya ambil dari slide beliau. Orang hebat Keselamatan Siber! See! Sampai ke Johor saya mencari bahan... Hahaha... Yela, nak present, diri sendiri kena mantap jugak kan... Kena cari ilmu sana sini juga, barulah ada feel nak sampaikan ilmu... Hihihi... Alhamdulillah, Allah permudahkan.



Bengkel selama 2 jam dimulakan dengan aktiviti menghasilkan buku nota dari sehelai kertas A4... Yang ni saya pernah tulis cara nak hasilkannya... Boleh baca kat post saya yang terdahulu. CARA MEMBUAT BUKU MINI 6 MUKASURAT MENGGUNAKAN SEHELAI KERTAS A4 (MINI BOOK) Rasional buat buku ni sebab saya nak mereka catat point-point penting yang saya sampaikan untuk persediaan menjawab soalan dalam sesi kuiz. Selain itu, aktiviti ni membantu menarik minat mereka untuk fokus kat saya... Hahahahah... Sebab dorang kena ikut arahan macam mana nak lipat kertas tu... So, nak tak nak mereka memang kena fokus! Nampakkk? Masa ni kita boleh tengok mereka fokus ke tak. Hehe... Sekejap je buat buku ni lebih kurang 7-10 minit gituhhh... Hebat murid-murid kat sekolah ni, rata-rata boleh ikut arahan dengan baik.

Sempat beri reward kepada 2 orang murid ni kerana fokus dan menjadi contoh kepada murid lain. Alhamdulillah. Syabas, Muhd. Amrin B. Sokeri & Noor Irdina Bt. Ahmad Zahadi

Kemudian, disambung pula dengan  persembahan slide & penerangan. Sepatutnya selepas itu ada sesi menonton video-video pendek yang telah saya pilih sesuai untuk dijadikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang keselamatan siber. Mostly tentang kemahiran keselamatan siber. Tentang password, cyber grooming, cyber stalking, online scam dan banyak lagi... Memang saya dah sediakan satu playlist khas kat Youtube. Malang sekali tiada talian internet di situ.  Hukksss... Saya memang salute dengan cikgu-cikgu di situ sebab boleh survive dalam keadaan ada data, tapi line pulak takde. Huuhuhuhu... Tahniah, mualim & mualimah! Line internet sekolah pun agak sendu ketika itu, dapatlah tonton 1-2 video je camtuhh... Huhu... Takpe, kat sini saya sediakan link playlist, antum tonton lah ye... Fuhh... cakap Arab! Haha.... Moga-moga video tu dapat memberi sedikit pengajaran yang berguna kepada semua. InsyaAllah...



Setelah tamat sesi menonton video, aktiviti disambung dengan sesi kuiz. Aktiviti terakhir dimana murid-murid menjalankan aktiviti mewarna poster THINK. Yang ni memang tak sempat laa... dalam 15 minit je. So, murid-murid ni bawak balik, sambung mewarna kat rumah. Sebab kalau ikutkan perancangan awal, poster ni akan diwarnakan pada hari lain. Sekolah akan buat pertandingan untuk itu. Tapi yelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Redha saja... Huhu... Masa dorang mewarna, kami sempat pilih 2 orang murid yang dirasakan layak untuk menjadi pelajar contoh pada sesi bengkel pada hari itu. Memang bertatasusila sungguh... Alhamdulillah. Tu haa gambar kat atas tu... :)


Apa pun, saya bersyukur kerana sesi perkongsian ilmu ini berjalan lancar, tenang-tenang saja... Alhamdulillah. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat & sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah-masalah sosial dikalangan murid-murid sekolah... Bila dengar isu cyber grooming, memang seram weihh... Tambah-tambah bila melibatkan kanak-kanak bawah umur. Nauzubillah... Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Uninstall la apps yang tak bermanfaat. 

Alhamdulillah, dihantar sampai ke kereta... Terima kasih, adik-adik! Ehhhh... adik-adik ke anak-anak? Hehehe... 😆

Bagi yang berhajat untuk memberi sumbangan, silakan bebuat demikian ya... Jom bantu sekolah ni. Tak mampu banyak, sedikit pun takpe, asal ikhlas di hati... Siapa tahu, yang sedikit inilah yang akan menjadi bekalan akhirat kita nanti... InsyaAllah... :)


Terima kasih kepada Sekolah Rendah Al-Furqan atas kesudian menjemput saya untuk sesi perkongsian ilmu. Terima kasih juga kepada guru-guru yang membantu terutama kepada Puan Hamidah dan Puan Penyelaras Program (Maaf, saya tak ingat nama... Huhu). Alhamdulillah, program selesai! Jazakallahu Khairan...

Nota kaki : Yang terbaik bukanlah yang datang dengan segala kelebihannya. Namun, yang tidak pergi kerana segala kekurangan kita.

No comments:

Post a Comment