Percaya dan Yakin Kepada Dia! - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 10 November 2019

Percaya dan Yakin Kepada Dia!


Salam Maulidur Rasul...

Hari ni saya nak berkongsi cerita dengan korang semua. Mana tau kot ada yang terinspirasi kan... Ni sebenarnya nak tarbiah diri sendiri pun ya juga ni... Selalu sangat nak overthinking... Huhu... Tau tak betapa mudahnya urusan kalau kita boleh meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT 100%. Kadang-kadang kat mulut memang cakap kita percaya Allah boleh selesaikan urusan kita, tapi hakikatnya kita sebenarnya tak yakin 100%. Selalu kita rasa kita yang nak selesaikan masalah tu sendiri... Tapi hakikatnya kalau kita berserah kepada Allah, benda akan jadi lebih baik dari apa yang kau sangka. Serius! Tapi tulah, kadang-kadang nafsu dan perangai kita tak menyabar... Bila ada isu mula la menggelabah kelam kabut nak memikir... Saya la tu... Biasa aaa pompuan kan... Emo lebih. Hahahahaah...

Banyakkan berdoa.

Ada beberapa insiden yang membuatkan saya termenung. Mungkin Allah baru hantar feeling untuk saya berfikir... Sebelum ni banyak kali jer berlaku tapi tak ambik port pun. Minggu lepas, sekolah saya buat Sambutan Hari Kanak-kanak, dan macam biasa, ada class party tapi... Kali ni takde bajet. Hmm... Saya memang jenis redha je kalau kata takde bajet, kita fikir cara lain nak dapatkan makanan / goodies apa semua. Memula saya post dalam group kelas, takde sapa respon... Hukks! Yang ni memang kemuncak rasa macam down... Semua diam. Sepi. Sendu! Party lagi 2-3 hari je, memang risau la jugak. Apa benda pun takde. Biasa la overthinker macam saya memang semua benda nak risau. Huhu... Padahal orang lain relaks je, takde makanan, takde la... Tapi saya ni tak suka macam tu, mesti nak usaha gak dapatkan something untuk budak-budak ni. Kesian wei, orang lain syok-syok party, dorang nganga je takde pape... Kesian...


Gigih Baca Surah Al-Kautsar 100 kali.

Nak tau apa yang berlaku? Yes, I prayed desperately. Istighfar banyak-banyak. Harap-harap ada la jalan selain dari saya sendiri yang kena invest untuk party tu. Honestly, masa tu tetiba terbaca ada yang tulis tentang kelebihan surah Al-Khautsar. Ni saya anggap ia macam dorongan la kepada saya... Tetiba plak boleh terbaca pasal ayat ni. Ada banyak manfaat surah ni. Salah satunya katanya untuk rezeki. Actually bukan surah ni je banyak manfaat, semua surah pun bermanfaat... Kan... Cuma... Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ni diturunkan. So, saya pun just give it a try... Gigih aku baca 100 kali. 3 ayat je tapi nak cukupkan 100 kali tu memang... Fuhhh... Tapi kata nak gembira kan... Maka haruslah gigih! Haha... Lepas Maghrib je terus baca dengan bersungguh-sungguh sekali ye... Mohon pada Allah agar semua dipermudahkan, semua lapang... Semua lancar... Kenapa 100 kali? Sebab saya baca ikut Youtube. Hahahhaha... Youtube ada yang dah siap-siap ayat tu dibaca 100x... Kita ikut je... 😂

The next day, pagi-pagi lagi saya dengan hati sedih pegi la spend beli makanan untuk murid-murid ni. Dalam hati, takpe la... Sedekah je la apa yang termampu. Malas nak fikir dah. Dah usaha (dah tanya dalam group kelas / dah baca 100x surah Al-Khautsar / dah berdoa), still takde apa-apa. so... kalau takde tu anggap je takde. Ikhlaskan hati... Redha... 😌


Doa telah menggerakkan hati orang lain untuk membantu.

Alhamdulillah... balik membeli belah, check handphone, dapat beberapa mesej dari sahabat-sahabat. Ada yang nak sponsor air, gula-gula, pinggan mangkuk kertas dll. See! Allah izinkan. Bukan kerana ayat yang saya baca 100x tu tapi kerana saya put trust in Him 100%. Saya dah redha time tu. Dah berserah je... Malas nak memikir. Huhu... Dalam hati memang set, baca ayat Al-Kautsar tu untuk USAHA. Ada rezeki, adalah, takde, redha saja... Allah je boleh bantu. Manusia ke ayat ke takde daya upaya. Kalau Allah tak izinkan, tak kemana. Ingat tu...

Yang best nya, doa saya tu macam didengari oleh sahabat-sahabat... Dorang sendiri datang cari saya. Saya tak mintak, mereka tetiba tergerak hati nak bagi sumbangan. Haaaa kau rasa?! Nampakkkk? Dorang yang cari saya weiii!! Yang ni serius saya rasa macam magic giler... Memang betul orang kata, miracle happens when you believe! Bila kau yakin, insyaAllah... Semua smooth! Tetiba beberapa orang mak ayah murid pun PM kata nak bagi itu ini... Ya Allah, time tu serius rasa nak nangis wehhh... Doa yang telah menggerakkan hati mereka! Mereka yang terpanggil untuk memberi. Nampak tak kuasa doa? Jangan main-main dengan doa.

From Zero to Hero

Daripada zero takde pape, tetiba ada banyak giler kat atas meja untuk budak-budak makan... Kek je dua biji. Sampai budak tak larat nak makan... Haaa... Goodie bag sebesar-besarnya, macam-macam kat dalam tu... Kos satu goodie bag hampir RM8 seunit. Yes, saya mampu berikan macam-macam kat mereka hasil daripada sumbangan-sumbangan yang diberikan... Pensel warna, makanan, alat tulis, macam-macam... Puas hati! Walaupun mereka murid kelas hujung, saya happy tengok mereka happy! Alhamdulillah...



Saya duduk rumah jer, tapi semua urusan untuk party, settle! Magic!

Bertambah 'ajaib' bila Allah hadirkan orang-orang yang baik hati tolong belikan barang-barang... Ya Allah, time tu serius laa... Nangis weiii... Allah permudahkan urusan sampai ke tahap tu. Adik ipar tolong orderkan kek, siap tolong settle kan semua, siap delivery lagi... Saya lepak tunggu kat rumah je! Huhu...

Saya memang berhajat nak beri pensel warna kat murid-murid saya, since ramai yang takde warna, memang saya nak sangat hadiahkan dorang pensel warna sekotak seorang. Nak tau, pensel warna pun sahabat saya yang tolong borongkan weihhh... Dah saya buat apa je? Nangis! Terharu! Haha... Saya kalau terlalu happy pun boleh nangis. Hahahha... Terima kasih banyak-banyak Kak Anny, orang yang banyak bantu saya dari segi pengurusan pada hari kanak-kanak tu... Tolong dari A-Z... Sampaikan pack party pack pun kitaorang buat pagi tu... Yela, sumbangan dapat last minute, jadi beli barang pun last minute... Mana sempat nak pack bagai. Pagi tu baru pack... Alhamdulillah semua selesai dengan baik sekali! Syukur!


Ni antara yang murid dapat dalam Goodie Bag... Alhamdulillah!

Hopefully lepas ni dapat konsisten memperbanyakkan berdoa, beristighfar & bonus kalau dapat baca Surah Al-Kauthsar tu setiap hari. Korang try la buat, mana tau kot boleh menang cabutan bertuah ke apa ke kan... Hahahah... Dah kaya jangan lupa kat saya weiii... Haha... Rezeki yang tak disangka-sangka kan ada banyak jalannya. Tinggal kita je nak usaha dapatkan. Ni salah satu jalan usaha la ni... Hehe...

Saya ada share post tentang NAK MUDAH URUSAN, TRY BUAT NI... Jemput baca tau! Serius, saya bukan orang yang tinggi ilmu Agama, mengaji pun tak berapa nak pandai sangat, so-so jer... Bukan lulusan Agama. Bukan orang yang layak nak cakap bab agama... Saya share based on experience, mungkin boleh menjadi inspirasi kepada korang semua. Saya sendiri masih banyak belajar, masih banyak memperbaiki diri yang serba kekurangan ini... Huhu. Doakan saya terus istiqamah memperbaiki diri, insyaAllah... Satu lagi tolong doakan saya supaya takde nak overthinking sangat... Pemikir tegar saya ni... Sebenarnya bila tenang, serah masalah kat Allah, benda boleh je settle... Cuma kadang-kadang ada benda yang saya suka serabutkan kepala... Memikir, memikir dan memikir... Haha... Apa la masalah saya. Hadoii... Kena gigih lagi belajar nak let go & fly high! Gituhhhh... Haha... 😂

By the way, saya bercerita ni bukan sebab nak cerita berapa banyak amal yang saya buat hehh... Saya orang biasa-biasa je, takde banyak amal pun nak banding dengan orang lain, jauh ketinggalan... Jangan salah faham hokayy. Ni sekadar sharing experience dan curhat... Giteww... Haha... Okay gais, jangan lupa doakan saya tau!~

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa murid kelas 1R, sahabat-sahabat saya yang sudi menyumbang tenaga, wang ringgit, masa, makanan dan macam-macam lagi... Saya tak nak sebut nama sebab mereka ni tak suka dikenali. You know who you are... Jazakallahu Khairan! 💝

Nota kaki : Tak semua masalah selesai dengan pemikiran dan logika... Adakalanya dengan kesabaran dan sujud yang lebih lama... 

No comments:

Post a Comment