Sharing Session @ CAFE 2019 BTPN Johor - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 30 November 2019

Sharing Session @ CAFE 2019 BTPN Johor


Assalamualaikum semua...

Hai korang! Minggu ni jadual terisi padat dengan aktiviti di Johor. Alhamdulillah... Allah izinkan. Baru sampai rumah semalam... Huhu... Saya sangat berterima kasih kepada BTPN Johor atas kesudian memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk membuat perkongsian ilmu di acara CAFE 2019. Tak lupa juga kepada rakan-rakan BTPN/PKG di Johor yang berusaha memberikan hospitaliti dan layanan yang terbaik walaupun masing-masing sibuk sepanjang event tu... Thank you, gais! 💓


Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya join event di BTPN Johor. Pada tahun 2017 saya join event GoJES tapi pada masa tu saya just walk in sebagai peserta jer... Kali ni saya hadir sebagai pembentang, alhamdulillah... Untuk kali ni, mereka fokuskan dengan perkongsian tentang Google Classroom. So, slot pagi semua pasal GC. Tajuk lain semua pada sebelah petang...

Salah seorang line up CAFE 2019, Cikgu Ariff bersama Dr. Wagheeh Shukry Hasan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pelantar Pembelajaran, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan KPM. Beliau pun turun support program ni tauu... Hebat kann! Haaa... Tepokkk! 😁
SHARING TENTANG GOOGLE FORM

Tajuk yang saya kongsikan simple jer... Saya share cara untuk cikgu-cikgu bina soalan di Google Form dengan setting auto untuk semak jawapan. Share je link soalan dengan murid, murid boleh dapat feedback terus lepas mereka jawab soalan... Saya dah pernah share tentang ni kat blog sebelum ni. Cuma dalam sharing kali ni saya ada improvised sikit la bahan dan kaedah... Bukan la ambil bulat-bulat dari bahan kat blog yang saya pernah share sebelum ni...

Tajuk yang simple tapi kalau cikgu-cikgu buat, memang sangat bermanfaat. Kalau buat banyak-banyak, secara berjemaah, bila kumpulkan boleh jadi bank soalan tau! Yes, kalau siapa yang pernah join bengkel saya, dorang memang tau dah style saya... Saya akan share benda mudah-mudah jer... Sebab pada saya benda yang mudah ni la kalau cikgu-cikgu dapat apply dalam PdP, akan memberi banyak manfaat... Selain memudahkan guru, impaknya dapat kat murid jugak. Tu yang kita nak... Keep it simple saja! Gituhh... Hehe...

Boleh klik link ni untuk lihat tutorial CARA MEMBINA KUIZ DENGAN SETTING AUTO MARKAH DENGAN GOOGLE FORM

Antara peserta yang join bengkel saya... Alhamdulillah... Penuh bilik sampaikan ada yang bersila kat lantai. Huhu. Semangat macam ni yang kita nak dalam menuntut ilmu! Syabas, cikgu!

Biasa la bila dah kat sana, memang akan ambil kesempatan untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat dan cikgu-cikgu yang positif dalam menimba ilmu. Masing-masing mencari ilmu baharu untuk update diri sendiri. Alhamdulillah... Tahniah BTPN Johor atas penganjuran acara berskala besar seumpama ini. Moga-moga menjadi contoh dan inspirasi kepada yang lain! Saya tahu bukan mudah untuk melaksanakan acara seperti ini, penat tau! Banyak sangat benda nak di settle kan... Event yang melibatkan ratusan guru dalam dan luar negara. Dah la FREE pulak tu... Bayangkan betapa susah payah team CAFE2019 ni berusaha mencari dana, menyediakan tempat, kemudahan, makanan dll untuk guru-guru di seluruh negara hadir ke event untuk menuntut ilmu selama dua hari. Cikgu-cikgu dari Sabah, Sarawak pun ada tau! Paling best, ada 5 orang guru dari Singapore... Currlassstttt! Haha...

Walaupun dah petang, tudung hakak pun dah bersepahhh... Sempat lagi bergambar kenangan bersama Pengarah JPN Johor, Encik Azman Bin Adnan & Pengerusi Persatuan Penasihat Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor, Encik Kamal Iskandar... Kikiki... Yang bawah, gambar KPP BTPN Johor, Encik Azizan Bin A. Razak... 

Dah la dapat ilmu free, dapat makan free lagi, yang jauh siap dapat tempat tinggal (hostel BTPN) pulak... Siap ada giveaway, cabutan bertuah bagai... Most of them tak pulang dengan tangan kosong... Sebab hadiah cabutan bertuah memang banyak gilerrr... Grand prize, dapat sebuah printer! Fuhh! Hebat! Tahniah sekali lagi kepada line up yang berusaha keras menjayakan event ini... Boleh kata semua line up untuk event ni saya kenal... Memang hebat-hebat belaka! Pembentang yang dipilih pun semua dikalangan guru-guru hebat di Johor, antaranya Cikgu Fadzli Ishak yang meletop-letop dengan Frog dan Microsoft, Cikgu Haliza Guru Adiwira, Cikgu Yu Kok Hui, Cikgu Adnin, Cikgu Afiqah, Cikgu Ariff, Cikgu Fadzil, Cikgu Fadzilah Misri dan ramai lagi... Saya seorang je pembentang dari luar Johor... Huhuhuhu... Alhamdulillah... Rezeki...

Bersama geng Johor... Firman, Ang Kong Yew, Kamal, Ummu, sebelah saya tu tak kenal pulak... Huhu... Tak tau nama... Maaf ya. Dorang jual t-shirt dengan modul eRPH, tak sampai sejam... Habis! Hebat kann! 👏👏

Ehh... Korang yang nak beli t-shirt CAFE2019 boleh order kat sini tau... RM25 je sehelai. Saiz 2XS - 5XL. Design memang letopppsss! Tengok kat gambar-gambar dorang yang saya masukkan kat sini... Comel giler design baju... Serius! Ni link untuk order... http://bit.ly/cafetee

Persatuan Penasihat Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor ada jual modul gak tau. Modul e-RPH. Kitaorang jual ni masa event CAFE haritu tak sampai sejam habis licin sebab dalam modul ni ada 3 kaedah melaksanakan e-RPH di sekolah... Haaaa... Best kan best?! Kalau korang berminat, boleh order kat sini... http://www.wasap.my/+60178228588/KamalNakModulRPH atau http://www.wasap.my/+60128825076/SayaNakModulRPH Harga, RM15 sebuah! Murah murah jerrr...

Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan sahabat dari KL.. Kak Zana. 


Dengan adik kesayangan... Ummu... Comel jer kann... Hehe...


Acara terakhir pada hari kedua... Makan-makan dengan orang kuat dan beberapa orang pembentang CAFE 2019... 

Firman sekeluarga... 😊

Empat hari di JB, macam tak cukup... Rasa nak stay lagi tapi ada kekangan maka terpaksalah balik... Heheheee... Nanti saya ceritakan kenapa saya rasa tak cukup masa lepak kat sana dalam post akan datang! Bhahahaha... 😆

BACA TENTANG MAKANAN APA YANG MEMBUATKAN RAIHAN JALALUDIN TERDIAM KAT JOHOR

Okay gais, sekian sahaja perkongsian kali ini... Ni pengalaman saya yang tak akan dilupakan. Syukur alhamdulillah, dapat sedut aura positif pendidik-pendidik & sahabat-sahabat di sana... Semoga Raihan Jalaludin terus maju! Gitewwww! Hahahhaha.... Babai. I love you, gais! XOXO


Nota kaki : Don't care about what other people think of you. There will always be those people who want to see you fail because they can't succeed. 

1 comment:

  1. Tahniah buat ibu raihan...semoga teman-teman terus mendukung karier dan minat anda...

    ReplyDelete