Slide Pembentangan Bengkel Keselamatan Siber - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 1 November 2019

Slide Pembentangan Bengkel Keselamatan Siber


Assalamualaikum semua!

Saya nak share bahan pembentangan saya tentang Keselamatan Siber yang saya kongsikan bersama murid-murid di Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar baru-baru ini. Yang nak guna slides ni untuk present kat sekolah korang, silakan ya... Moga-moga berkesan dan terkesan dengan apa yang cuba saya sampaikan dalam slide tu... Hehe... Serius, sendiri yang buat sharing, dengan diri sendiri pun insaf skali... Lain macam dia punya dakwah kali ni... Hahahaa.... Tapi kira okay la kan... Diri sendiri terkesan dengan sharing sendiri... 😂

Mungkin sesetengah orang anggap bab keselamatan siber ni macam benda tak penting sangat tapi pada saya, kalau korang teliti betul-betul, memang banyak isu sekarang ni yang berpunca dari benda yang paling dekat dengan manusia masa kini, which is handphone! Sad but true, tu kenyataannya. Berapa banyak kes cyber grooming, buli siber, hacking, online scam dll skang ni? Berapa banyak isu bunuh diri dek kerana depression, tapi nampak macam okay je kat media sosial. Kita nampak mereka baik-baik saja menerusi post-post mereka di media sosial tapi adakah apa yang tergambar di media sosial tu sesuatu yang benar-benar menggambarkan emosi dan situasi mereka? 

Bukan itu sahaja, tapi bab kesedaran untuk menggunakan telefon dalam tempoh tertentu pun penting juga untuk elak ketagihan. Ramai budak-budak yang addicted giler dengan skrin... Tak boleh tak tengok. Bukan budak je, mak budak, bapak budak, tak kira peringkat umur, masing-masing ramai je yang terjebak! Haha... Saya sendiri pernah cuba beberapa kali untuk menjauhkan diri dari handphone. Memang banyak benda boleh settle kalau kita berjaya hadkan penggunaan telefon, serius wei... Ni serius! Cuba baca ni... 3 TIPS UNTUK MENDAPATKAN MASA YANG PANJANG



Dalam slide ni memang saya catat dalam 'point form' je... Selebihnya saya elaborate secara lisan. Memang agak 'berat' since saya kaitkan sekali dengan agama & sahsiah. Saya tak pandai pun nak cakap bab agama, tu yang diri sendiri pun terkesan skali tu... Ni kira tarbiah diri sendiri skali la ni... Hahahaha... Okay la, semoga perkongsian ini bermanfaat. Doakan saya, gais... Doakan ya...

Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Hairil Fitri Bin Jaafar, BTPN Johor atas kesudian beliau berkongsi puluhan slides untuk saya study tentang keselamatan siber ni... Saya pun menuntut ilmu tau. Kita tak pandai semua. Kita pun cari ilmu gak sana-sini nak memantapkan lagi pengetahuan yang ada... Sapa nak share ilmu dengan saya, silakan... PM tepi hokay! 😊

Ohh ya... Bagi yang berminat nak menyumbang untuk pembangunan sekolah ni, silakan ya... Saham akhirat, insyaAllah...


Nota kaki : Akan ada fasa di mana... Orang yang sabar menjadi muak, Orang yang peduli tak ambil tahu, Orang yang setia, angkat kaki... Ketika sabar, peduli & setianya tidak dihargai... 😔

No comments:

Post a Comment