Aktiviti Cuti Sekolah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 17 December 2019

Aktiviti Cuti Sekolah


Assalamualaikum...

Hai semua! Rasanya semua anak-anak didik kita tak sabar nak tunggu cuti sekolah... Kann... Bukan mereka je tak sabar, cikgu pun 2x5 juga... Hahaha... Okay, selalunya cuti-cuti ni ada banyak aktiviti yang kita boleh lakukan dengan anak-anak... Kita boleh sarankan juga kepada anak didik kita... Antara aktiviti yang boleh mereka lakukan di kala cuti sekolah adalah....

1. Mengemas bilik / tempat bermain/ tempat belajar

Hari biasa mungkin tak sempat nak buat spring cleaning... Sesekali time cuti, cuba minta anak-anak bantu buat spring cleaning, buang benda-benda yang tak diperlukan... Fuhh!

2. Mencuci beg sekolah / kasut sekolah / pencil case

Time ni paling sesuai nak bersihkan semua. Keringkan dan boleh guna semula kalau masih elok... :)

3. Melancong bersama keluarga 

Melawat negara/negeri orang... Bak kata pepatah, jauh pemandangan, luas pengetahuan... Selain mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Jalan-jalan, shopping, makan-makan... Giteww! :)

Tetiba gambar ni up kat FB... Kenangan ni... adik dengan Aida... Kikiki...

3. Pergi ke muzeum / tempat edukasional

Ada banyak museum kat Malaysia ni... Malah kalau melancong ke negara luar juga, tak salah kalau kita ambil kesempatan untuk berkunjung ke museum. Banyak ilmu yang boleh ditimba sepanjang lawatan tu nanti... Tak percaya, try lah sekali! Hehe...

Selain itu, boleh gak try pegi ke tempat-tempat educational. Ada banyak je... Petrosains misalnya, taman budaya, KL tower dan banyak lagi...

Ni kat Sarawak Cultural Village.

4. Melawat tempat bersejarah

Oh ye... Tempat bersejarah ni bukan la hanya kat Melaka je ye... Hahahha... Yes, memang Melaka terkenal sebagai Bandar bersejarah tapi ada banyak lagi tempat bersejarah yang lain yang boleh diterokai bersama anak-anak misalnya Bukit Melawati, Langkawi, Kellie's Castle, Menara Condong Teluk Intan, Istana Lama Seri Menanti yang dibina tanpa sebatang paku pun... Lembah Bujang... Hmm... ada banyak lagi... Boleh google! :)

Kat area Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

5. Piknik di Taman Tema Air / Pantai / Air terjun / sungai

Ada banyak taman tema air di Malaysia ni dari yang entrance fee nya murah sampai lah yang mahal... Hheheee... Budak-budak memang suka tempat macam ni. Cuma tempat macam ni kena sentiasa berhati-hati... Keselamatan anak-anak dalam air tu paling penting... Waterpark ni mudah nak pegi sebab ada banyak hotel yang menyediakan waterpark ni... So, sambil bercuti sambil bergembira kat Taman Tema air mereka... Contohnya Bukit Gambang Resort, Gold Coast Resort, Morib, Gold Coast Melaka, Bukit Merah Laketown Resort, Lost World Tambun dll..

Nak free boleh try pergi ke pantai / air terjun / sungai jer... Hehehe... Masih boleh bergembira walaupun kat tempat free kan. Di samping tu boleh didik mereka untuk menghargai keindahan alam ciptaan Allah SWT.

6. Berhibur di Taman Tema

Sesekali masuk Taman Tema okay juga... Kalau kerap sangat, boleh lari bajet... Hahahah... Tapi kalau mampu, apa salahnya kan... Nak pegi setiap minggu pun okay jer... Hehe... Masuk taman tema untuk mengisi masa cuti dan memberikan pengalaman baru untuk mereka... Kalau tak larat nak berpanas kat Taman Tema yang open air, boleh pegi ke Taman Tema indoor... Ada je... Contohnya macam Hello Kitty Town Puteri Habour kat Nusajaya tu, Berjaya Time Square pun okay gak... Tak pun kalau nak sejuk, naik je Genting! Hehe...



7. Lawatan ke Zoo / Taman Haiwan

Wahhh... Yang ni memang best! Suka! Hehe... Selain Zoo Negara, ada banyak lagi Taman Haiwan yang boleh dilawati kat Malaysia ni... Petting Zoo kat KL Tower... Ostrich Farm di Port Dickson dan banyak lagi... Atau pun boleh je sewa Hotel yang memang dah sediakan kemudahan Taman Haiwan ni kat situ... So, duduk kat satu tempat je tapi boleh explore macam-macam... Contohnya macam kat A'Famosa Resort... Boleh baca post saya tentang Bukit Gambang Resort & Avillion PD... 

8. Balik kampung

Balik kampung jumpa datuk, nenek & sanak saudara... 

9. Pengalaman Naik Tren / Cruise / Boathouse

Yang ni better pergi jauh sket... Naik tren/keretapi pergi la kemana-mana... Contoh dari Ipoh pergi ke KL ke... sampai KL turun jalan-jalan, pastu balik pun naik tren semula atau pun cuba guna pengangkutan awam yang lain seperti bas ke atau pun kapal terbang... Untuk beri pengalaman kepada anak-anak jer... Tapi make sure nak buat benda ni, pakai la pakaian yang selesa, kasut yang penting, harus selesa... Kalau dah biasa travel cara macam ni, takpe... Kalau tak biasa, penat weiihh... Hahaha...

Kalau ada bajet lebih, mungkin boleh try naik cruise... Wuuuuu... bestnya! Dapat naik boathouse pun macam dah best giler dah kot kannn... Tak penah lagi try... Ada rezeki memang nak try. Hehe.

10. Daftar kelas tertentu

Contohnya belajar masak ke, belajar buat kek ke, pegi belajar komputer ke coding ke... Tak pun hantar anak pegi belajar menghafaz Quran ke... Ada je sahabat saya yang buat macam tu. Time cuti je, dia akan hantar anak dia ke kelas hafazan... Kelas Bahasa Inggeris pun boleh... Banyak je program cuti sekolah yang ada, cuma kita nak dengan tak nak jer... Kann... Hehe...

11. Kem Motivasi

Daftarkan anak ke kem motivasi pun satu idea yang menarik untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka. Ada banyak penganjuran kem-kem motivasi ni, kalau nak boleh Google jer...

12. Berkebun

Wujudkan mini kebun untuk anak-anak bercucuk tanam. Lagi rare kalau minta mereka guna pasu-pasu recycle daripada botol-botol minuman / kotak telur... Anak-anak mesti teruja bila tengok pokok yang ditanam membuahkan hasil... Try tanam daun sup, daun bawang, daun kesum ke kan. Mesti best! Hehe...

Kita orang tanam cendawan je haa kat rumah... Hehe...

13. Baking / Memasak

Sekarang ni ada banyak menu simple yang tak memerlukan persediaan atau bahan yang banyak... So, mungkin cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk kita melatih anak-anak memasak... Masak nasi ke, buat kek ke... brownies ke... Haaa... nak resepi brownies yang mudah, boleh tengok kat sini... RESEPI BROWNIES MUDAH 




14. Indoor & Outdoor games

Kembalikan zaman kita dulu-dulu... Main dam ular, main kad UNO, kad Snap... Haha... Main lempar selipar... galah panjang, polis sentri, teng-teng dll... Nak main bowling pun hokay gak... Hehee...


15. Menonton wayang

Menonton wayang juga merupakan aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak zaman sekarang. Ada banyak movie/kartun yang di release semasa cuti sekolah ni... Boleh la bawak dorang gi tengok!


16. Persediaan untuk tahun hadapan

Ni untuk cuti hujung tahun... Belikan buku latihan untuk persediaan tahun hadapan. Dah boleh dah start buat sesikit, ulangkaji sementara tengah cuti sekolah.

Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!

Nota kaki : It's better to be a lonely lion than a popular sheep.

1 comment:

  1. Azhan: memang sesuai untuk isi masa lapang anak2. macam saya ke MAPS ipoh. banyak aktiviti budak2 suka..

    ReplyDelete