Day 1 - Kuching... Kami datang! - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 12 December 2019

Day 1 - Kuching... Kami datang!


Assalamualaikum gais!

Kenangan melawat Kuching tak mungkin saya lupakan. Kali pertama menjejakkan kaki ke Kuching, diberi rezeki berjumpa dengan orang yang baik-baik sepanjang saya berada di sana. Alhamdulillah... Risau jugak pergi tempat orang. Dah ler tak kenal sesapa. First time jalan jauh tanpa adik saya bersama. Selalu dia yang akan escort kami... Huhuhu... Kali ni kami pergi berempat, saya, Ima, Aida & Lily. Main redah jer... Syukurlah selamat semuanya. Selamat pergi dan selamat pulang... 

Adik & adik ipar hantar ambik kat airport je, tu pun saya dah bersyukur banyak. At least separuh perjalanan saya, saya rasa selamat. Actually pergi ke sana kali ni takde tujuan pun. Saja-saja. Hati tiba-tiba terpanggil ke sana. Dalam tempoh tak sampai 2 minggu, terus booked tiket ke sana. Macam tak percaya, ni kali pertama beli tiket harga biasa-biasa. Selalu sibuk dok kejar tiket murah. Huhuhuuu... Entah mengapa dan kenapa pulak kali ni beriya-iya rasa nak ke sana. Memang tiada perancangan rapi. Tapi yelah, segalanya diaturkan oleh Allah... Dah pergi dah pun. Dan dah balik ke semenanjung dah... Huhu...



Hari Pertama

Sampai di Kuching lebih kurang pukul 10 lebih. Flight selama 1 jam 45 minit dari KLIA. Masuk Sarawak kena lalu imigresen ye... Terasa macam nak pegi oversea sangattt! Hahaha... Since saya tak bawak passport, bawak IC je, so masa masuk, kami diberikan pas lawatan sosial. Kalau nak tau pas ni apa benda, korang boleh rujuk portal imigresen eh... Cuma yang saya tau, bila kita guna pas ni, kita cuma boleh tinggal dalam Sarawak tidak lebih dari 3 bulan. Huhuhu... Pas ni jangan plak dihilangkan sebab masa nak balik, nak kena tunjuk benda ni kat pegawai Imigresen... Sila take note ehh! Huhu...


>> Padungan Hotel, Kucing, Sarawak

Dari Airport Kuching, kami terus ke Hotel Padungan, check in, kemudian keluar semula. Alhamdulillah, Hotel ni sudi menerima kami seawal itu. Some hotels memang tak layan kalau kita nak check in awal kann... Huhu... Tu saya kata, kali ni saya ke sana, saya memang jumpa dengan orang baik-baik belaka. Allah aturkan yang terbaik untuk saya walaupun saya pergi dalam keadaan kurang bersedia sebenarnya... Walaupun sekadar ikut kata hati jer... Bilik kat hotel ni pun sangat selesa, bersih... Staff pun friendly. Dan paling best, hotel ni tak la jauh dari bandar. Kami memang jalan kaki je setakat nak ke Waterfront tu... Dalam 15 minit perjalanan.



>> Warong Nusantara

Kita orang stop lunch kat sini dulu. Saya agak impress dengan servis kat kedai ni. Pertamanya kerana ia beroperasi selama 24 jam. Macam WOW sangattt... Haha... Kedua sebab kedai ni menyediakan pelbagai menu, dari roti canai, nasi campur sampailah ke makanan panas... Hmm... Makanan pun sangat okay, sesuai la dengan tekak Melayu kami... Hehe... Lepas lunch kami memulakan explorasi di bumi kenyalang... 😁


>> Semenggoh Nature Reserve, Siburan, Sarawak

Memula sampai kat entrance, beli tiket. Harga tiket masuk sini murah jer... Dewasa RM5 dan kanak-kanak pula RM2... Terpulang samada nak berjalan dari entrance ke dalam atau pun nak naik kereta sampai tempat parking. Kalau dari entrance, memang seronok jalan kaki sambil-sambil menikmati keindahan alam tapi akan ambil masa laa... Sebab boleh tahan jauh jugak. Saya nak kejar masa disamping tu nak simpan tenaga untuk pergi berjalan kat tempat lain, jadi kami masuk ke dalam dengan kereta sehingga ke tempat parking.


Dari tempat parking nak ke tempat tengok orang utan tu pun boleh tahan nak berjalan kaki wehh... Haha... Kebetulan feeding hours, orang utan tu boleh plak tak nak keluar... Bosan nak jumpa kita orang agaknya... Hahahaha... Tunggu punya tunggu, lama la jugak, rasanya sejam juga laa, akhirnya staf kat sana bawa kami masuk ke dalam hutan, kena la jungle trekking kejap untuk pergi ke tempat feeding satu lagi... Alhamdulillah, ada rezeki nak tengok orang utan makan. Ada la 3 ekor. Jadilah dari takde kann...



By the way, untuk korang yang nak ke sini, sila jangan berharap untuk jumpa dengan orang utan ye. Ada rezeki, adalah... Sebab kat sini bukan zoo, memang orang utan tu bersepah-sepah kat dalam hutan yang tebal. Habitat dorang kan... Cuma staff ni akan panggil time makan, kalau dorang tak datang, maknanya takde la rezeki pengunjung nak jumpa dorang... Hehe... Kebetulan time saya datang, musim buah, so makanan banyak dalam hutan, sebab tu dorang tak nak keluar jumpa kita orang... Kikiki...


Ni pokok lada putih ya, teman-teman... Haha... First time tengok!

>> Aiskrim Gula Apong @ Giant Batu 10


Perjalanan balik ke Kuching, kami singgah sekejap kat Giant ni... Sempat la merasa aiskrim gula apong ni... Aiskrim ni kira famous gak la kat Sarawak. Dah sampai tempat orang, nak laa try sedap ke tak benda ni. Gula apong ni terhasil dari nira nipah... Rasanya lebih kurang macam gula melaka gak sesikit... Aiskrim ni macam murah gak la sebab RM3 tu siap dapat 2 topping.  Rasanya, not bad. tapi saya still prefer aiskrim vanilla lagi laa... Huhu... Boleh makan, tapi bukan kegemaran. Haaa gitewww! Hehe...


>> Fort Margherita

Tak sempat nak masuk dalam bangunan ni sebab dah petang, dah tutup... Huhu... Kami cuma bergambar kat luar bangunan... Tapi okay la, view bangunan ni memang cun! Klasik giler kot, bangunan lama... I loiikeee!~


Oh ya, kat sepanjang jalan nak ke sini ada taman. Ada macam batu-batu yang cantik gak untuk bergambar... Hahahah... Yela, pegi berjalan dah asyik nak bergambar je kann... Asyik mencari view yang cun. So, kalau korang ke sini, boleh la berhenti jap untuk mengabdikan kenangan dengan batu-batu ni... Hahaha... Cun wei... Serius!



>> Dewan Undangan Negeri (Bangunan lama)

Again... datang sini untuk bergambar je haa... Hahaha... Dah nak maghrib, kau rasa! Ambik gambar je mampu... Hehe...



>> TopSpot Foodcourt

Hasil carian kat Google, tempat ni antara yang famous kat Kuching untuk makan seafood. So, kita try singgah makan sini. Foodcourt ni kat UTC. Fine, tempat ni agak crowded. Saya kurang gemar tempat yang hiruk pikuk sebenarnya, tapi sebab ramai yang kata kat sini makanan seafood nya awesome, so gigih jugak la lepak kat sini walaupun macam berserabuttt! Hahaha... Ramai weihh... Serius! Itu pun saya pilih untuk duduk kat tempat tak berbumbung, kalau bawah bumbung, masyaAllah... nampak macam terlalu meriah sangat. Tak berapa sesuai dengan jiwa kita. Hahaha...


Okay kat sini Foodcourt campur Cina, Malays apa semua... Kedai yang halal kedai yang nombor 25. Yes, seafood memang murah kat sini. Kalau teringin nak makan lobster ke udang ketam, sila la ke sini ye. Recommended!




Since dah malam, dan badan memang flat gilerrr... Maklum la tak tidur dari semalam, travel dari Ipoh seawal 4 pagi sebab nak kejar flight pukul 8 pagi... Memang capekk! Haha... Lepas makan terus jalan kaki ke Hotel, tido! 😴

Jom baca apa saya buat kat sana pada hari kedua dan ketiga... Terpaksa pecahkan dalam 3 post, nanti panjang-panjang sangat, korang bosan pulak kan... Asyik tengok gambar kami je... Bhahaha...

Day 2 - Eksplorasi Kuching, Sarawak

Day 3 - Trip ke Kuching, Sarawak

Nota kaki : Tidak semua perlu diumumkan, beberapa cukup disimpan di dalam hati... Gituhhh! 💓

1 comment:

  1. Tak pernah ke Swak..perlu masuk dalam travel list ni 😍

    ReplyDelete