Day 2 - Eksplorasi Kuching, Sarawak - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 13 December 2019

Day 2 - Eksplorasi Kuching, Sarawak


Helloooo people!

Dah pernah sampai Kuching? Haaa... Ni antara tempat-tempat yang saya pergi haritu. Untuk korang yang belum baca kisah Day 1 dengan Day 3 saya kat Kuching, boleh klik kat link di bawah ni ye... 😊


Hari Kedua

>> Pasar Serikin

The next day, kita orang pegi shopping kat sini. Dulu masa arwah mama dengan abah pegi, beriya dia cerita pasal tempat ni. Memang kegilaan pelancong la... Sempadan Sarawak dengan Indonesia. Haa gituhh... Macam-macam ada kat sini. Bawak duit je la banyak-banyak... Haha.  Macam-macam ada. Cuma tulah, bila kita pergi takde tujuan, saya jadi macam a little bit lost. Macam tak tau nak beli apa. Jarang saya tak tau nak membeli. Bhahaha... Tapi dah sampai sini, of coz la beli jugak buah tangan. Dah la tempat ni jauh dari Kuching, sejam lebih perjalanan weihh... jadi macam tak berbaloi la datang tapi tak membeli kannn... Huhu... Fridge magnet / keychain / t-shirt / cenderamata boleh beli kat sini, harga murah la sket... Kain ela, kain batik... yang design Sarawak, cun-cun jugak kat sini. Harga pun mampu milik je... So, nanti korang ke Sarawak, jangan lupa masukkan Pasar Serikin ni dalam list korang! Hehe...


>> Buddhist Temple

Masa nak balik, kami singgah jap kat sini untuk bergambar. View cantik cuma macam hati kurang tenang di sini. Kau jangan tanya kenapa! Hahaha...


>> Medan Selera DCEC

Medan selera ni betul-betul opposite Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village). Kat sini saya try nasi goreng dabai. Haritu ada member dok sembang pasal buah dabai ni... Teringin gak nak merasa. Sekali makan ok la, tapi nak repeat lagi memang tak la kot... Tak berapa kena dengan selera kita... Hehe... Kat sini ada gak peniaga yang buka stall kat tepi-tepi... Boleh la beli bawak makan kat foodcourt tu...



Nasi goreng buah dabai

>> Sarawak Cultural Village

Lepas makan, kita terjah sini... Yayy!~ Kat dalam ni ada banyak jenis-jenis rumah tradisional Sarawak untuk korang lawati. Masa beli tiket, korang akan diberikan 'passport'. Passport ni just to make sure korang pegi tengok/melawat semua rumah... Ada map kat dalam tu. So, jalan je ikut map, tak pun ikut kata hati je... Haha. Harga tiket untuk masuk ke sini boleh tahan mahal gak la untuk level-level marhaen macam saya... Kalau sapa yang first time datang Sarawak, korang patut datang sini untuk dapatkan pengalaman. Kalau dah dua tiga kali datang, rasanya tak masuk sini pun takpe kot... Hehe... Saya beli day pass je, RM60 seorang untuk dewasa kalau beli kat entrance... Kalau nak murah sket, korang boleh try beli online kat website https://scv.com.my/ Dapat la murah dalam 4-5 ringgit... Huhu...



Selain tengok jenis-jenis rumah, kat sini korang berpeluang untuk try main sumpit. Boleh tengok cara orang buat Sape (yang macam gitar tu). Yang paling ohsem, korang boleh tengok persembahan kebudayaan. Yang ni memang best! Duduk dalam macam auditorium pastu tengok persembahan selepas penat berjalan... Tengah berpeluh-peluh dapat duduk dalam aircond, fuhhh nyaman... Silap-silap boleh tertidur... 😅




>> Plaza Merdeka

Next, kami singgah kat Plaza Merdeka ni. Saja je jalan-jalan... Terus singgah makan kat sini. Dalam ni macam takde apa sangat yang kami nak cari, tapi okay la setakat nak memenuhi masa dan tengok mall kat tempat orang... Kat dalam ni kami decide untuk lepak makan kat Food Court je tapi serius laa, memang kecewa. Makanan tak seperti yang diharapkan. Huhu... Better pergi balik kat Topspot, tapi apakan daya, benda dah order... Nak tak nak, makan la juga... Huuhu...

Laksa Sarawak
>> Waterfront Kuching

Since kami decide untuk jalan kaki je untuk balik ke Hotel, kami berjalan sepanjang waterfront. Kat sini memang happening waktu malam, ada ramai peniaga jual macam-macam... Makanan, cenderamata, perhiasan, dll. Nak beli kek Sarawak pun ada! Dengan lampu-lampu yang bergemerlapan, memang agak wow la! Berjalan-jalan di sepanjang sungai sambil menikmati view dan lampu-lampu neon... Haha... Kebetulan masa kami di sana, siap ada persembahan... Tapi yelah, saya memang kurang gemar tempat-tempat bising, jadi kita just tengok dari jauh je... Heheheee... Kat sepanjang ni pun ada banyak restoran...


Persembahan kat Waterfront Kuching

>> Jambatan Darul Hana

Bila dah sampai Waterfront, jangan lepaskan peluang untuk try naik jambatan ni. View memang letuppsss! Jambatan ni bentuk 'S'.


Masjid terapung Kuching

>> History Walk 

Sementara korang berjalan-jalan sepanjang Waterfront tu, korang jangan lupa lihat-lihat kat lantainya ya... Hehe... Ada plat yang mengandungi info tentang sejarah Sarawak. Sambil-sambil berjalan, boleh la baca-baca tentang sejarah... Educational sangat kannn... Haaa... Baca jangan tak baca! Haha...


>> Hornbill Fountain 

Okay, sambil-sambil berjalan balik ke hotel, singgah jap kat air pancut ni untuk bergambar... Hehehe... Uniknya fountain ni berbentuk burung kenyalang... Cun! 😍


Penat berjalan, apa lagi... balik bilik, tido! Tak mampu dah nak buat apa-apa... Tidur je paling nikmat masa tu. Kikiki....

Nota kaki : Kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati.

No comments:

Post a Comment