Jalan-Jalan Cari Makan @ Selatan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 1 December 2019

Jalan-Jalan Cari Makan @ Selatan


Hai assalamualaikum gaiss!

Hari ni saya nak share pengalaman sepanjang saya pergi ke Johor untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu tempoh hari, sempat saya singgah kat beberapa tempat makan yang boleh dikatakan best. Hehe... Bertolak dari Ipoh, pagi... Sampai kat JB pukul 10 malam... Menyinggah tak ingat dunia... Hahahaha...

Kuih Peneram Mango Float, Melaka

Memula kami singgah kat Freeport A'Famosa Outlet ni sebab nak jumpa kawan saya. Since dah janji nak jumpa dia, saya minta tolong dia belikan kuih peneram dari Kedai Mango Float yang viral tu... Ya Allah, kuih ni saya tak makan tau, tapi yang kat kedai ni memang sedap... Saya cuma makan peneram kat kedai ni je... Hahahaha... Sedap giler... Kuih ni kat tempat lain rasanya lain, yang kat kedai ni, rangup... Serius... Seketul kecil sepuluh sen je... Singgit dapat 10 pcs. Fuhhh... Bertambah sedap bila kawan yang belanja. Hahaha... Kalau korang ke Melaka, pegi la cari kuih ni kat kedai Mango Float yang viral tu. Kat kedai tu pun memang ada macam-macam makanan lain... Meatball pun ada. Cuma haritu sebab nak cepat, jadi saya minta tolong kawan belikan jer... 


Thank you, Rizz... Comel giler cookies ni... Sapa nak boleh order kat nombor ni yaa... +6011-11723561

PappaRich Freeport A'Famosa Outlet @ Melaka Premium Outlet

Kat Freeport A'Famosa Outlet tak banyak kedai makan. Alhamdulillah, kawan saya Rizzman sudi open table pada hari berkenaan. Yayyy! First time saya jejak kaki dalam Restoran PappaRich. Dia belanja kita makan kat PappaRich weiii... Hahaha... Thank you, Rizz! Semoga murah rezeki, uolls... Makanan kat sini okay la. Standard Kopitiam macam Old Town apa semua tu... Cuma, servis di sini agak kurang memuaskan... Maklum la hujung minggu macam ramai sikit orang kan... Paling best, 2 kali saya order makanan, dua kali makanan tu habis stok dan tak dimaklumkan... Kita dok menunggu je haa... Hahahaha... Makanya orang lain dah habis makan, baru ler kita dapat makan. Tu pun setelah order untuk kali ketiga. Hukks... 


Ni laa makanan yang paling last sampai... Hukkss... Semua menu yang saya nak not available... Sabo je la... 

Tapau Dodol Cair Panas

Masa nak balik, kat area tepi-tepi Melaka Premium Outlet tu ada beberapa gerai yang jual dodol cair panas. Serius, saya bukanlah penggemar dodol. Hakak tak makan sangat benda-benda seperti itu... Huhu... Dodol, lemang ketupat bukan makanan saya... Memang tak gemar. Huhu... Tapi oleh kerana nampak macam pelik, Dodol Cair Panas katanya, maka saya singgah beli sebekas untuk bagi kawan-kawan kat Johor merasa. Saya rasa sesudu je, memang bukan makanan saya laa... Huhu.. Tapi kawan-kawan kata sedap. Habis gak la sebekas tu... Makan secara berjemaah... Haha... Sebekas harganya RM13... Kalau korang teringin, boleh la pegi cari kat area MPO ni... 



Restoran Warisan Noor, Taman Universiti

Setibanya kat JB, haruslah lapar kann... Dah malam katanya. Huhu... Maka setelah check in, terus ke kedai makan berhampiran. Walking distance je... And yesssssss! Rezeki saya dapat makan kat kedai yang best! Sebab apa best? Sebab kedai ni beroperasi 24 jam... Lepas tu ada macam-macam menu kat kedai ni. Memang puas hati.. Nak laksa Johor ada, nak sate ada, nak nasi lemak ayam ada... tomyam, goreng-goreng semua ada... Malah makanan paling murah macam roti canai pun ada... Saya memang suka konsep kedai makan yang macam ni... Banyak sangat pilihan makanan. Puas hati... Laksa Johor dengan sate kat sini sedap, adoiii rasa nak datang makan kat sini lagi... Hukhukk... 



Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai

Homaigaddddd! Tak sangka boleh sampai kat kedai ni. Lepas habis event on the first day, dorang bawak saya ke sini gaissssss! Kedai ni memang dah lama teringin nak pergi... Seperti yang dijangkakan, memang nasi lemak sedap giler weihhhh... Kalau tak sebab jam nak ke Kulai, memang saya dah tapau bawak balik hari last kat sana haritu.... Serius termimpi-mimpi nasi lemak yang nasinya peroi (sebutir-sebutir), sambal pedas sket tapi cukup semua... masam masin manis... dimakan bersama ayam goreng panas-panas... Ya Allah... Memang sedapppppp.... 😋😋😋

Ayam goreng macam ada rempah sikit tapi tak kuat sangat... Memang just nice. Sedap bangatttt! Saya punya teruja makan nasi lemak ni, sampai terdiam... Hahahah... Memang menikmati sehabisnya! Semua pelik tengok saya makan sunyi sepi, diammmm tak terkata sebab memang sedap wei. Kalau korang ke Johor, sila singgah... Ni review jujur dari saya ni... Memang puas hati!

One thing I like tentang tempat ni, staf boleh kata friendly gak la... Satu lagi cara dia handle pelanggan ala drive-thru gituhhh... Kau pegi bagi tau berapa pinggan kau nak, pastu pilih ayam. Yes! Boleh pilih bahagian mana kau nak. Dorang berlapang dada je wei, takde nak sentap ke apa ke kau pilih-pilih bahagian kegemaran kau! Hahahaha... Yang ni memang saya respek. Sebab kekadang ada kedai tak suka kalau kita pilih-pilih ayam. Kannn! Jalan terus pegi bayar pastu boleh senduk sambal banyak mana kau nak... Haaaa... Cara macam ni, walaupun kedainya penuh orang, tapi selesa dan cepat je dapat makanan... Serius! 

Time mulut tengah penuh laa dorang nak bergambarnya punnn... Hahahah... Thank you, Arep, Kamal, Firman & Ummu. 💖

Serius bila tengok gambar ni terus rasa macam nak cari flight pegi JB skang... 😋😋😋


Hari ketiga saya di sana, saya dibawa ke kedai makan apa tah... Kiaorang berkumpul dengan semua AJK... Makan-makan. Kedai ni sedap gak tapi saya tak ingat namanya. Dekat je dengan area BTPN Johor...


Restoran Sup Tulang ZZ  

Hari last kat sana, Ummu bawa saya ke sini. Patut la dia beriya-iya nak bawa saya ke restoran ni. Memang sedap gak weihhh... Sup tulang sedap memang takleh nak di bawak berbincang dah... Sedap gilerrr! Ada kawasan parking khas, so takyah nak pening pasal parking... Free je... Makanan pun ada macam-macam kat sini, sebab style stall banyak-banyak... Ada otak-otak, minum petang ada goreng pisang, tempe goreng, makanan western, makanan goreng-goreng, tomyam segala pun ada... Sup tulang memang akan hadir bersama dengan gearbox. siap ada straw untuk sedut dalam tulang tu... Memang super duper sedap. Ingat, kalau ke Johor, jangan lupa singgah makan kat sini... Kedai biasa-biasa je tapi kelazatannya luar biasa... Tu yang penting... Haha... 

Kat sini ada dua pilihan, samada korang nak makan bersila atau pun makan duduk kat kerusi macam biasa... Dah tentu la saya pilih duduk kat kerusi. Tak kuasa plak nak bersila... Hhahaahah... 



Mamee Monster Eat At Your Own Risk

Dah lama nampak kawan share benda ni kat FB tapi cari kat Ipoh tak pernah jumpa... Jumpa kat 7 eleven Taman Universiti, terus sambar sebungkus. Sedap memang sedap, tapi pedas gilerrrr... Huhuhu... Ni jenis pedas macam ayam goreng McD extra pedas tu jugak ni. Mee nya pun warna hitam dan macam ada serbuk cili di tabur kat atas. Pedas ya ampunnnn... Kalau biasa makan Mamee Monster yang peket merah (pedas), yang biru ni 10 kali ganda lagi pedas dari yang tu... Untuk kanak-kanak sangat tak digalakkan. Memang pedas betul wei... Tapi untuk kaki makan pedas, mungkin korang kena try... Sebab sedap gak! Hahahaha... Pelik asal tak jumpa ni kat Ipoh. Isk isk isk... Kalau ada memang nak beli lagi. 


Okay gais! Camne, ada rasa macam nak ke JB tak skang? Hahahahha... InsyaAllah kalau ada rezeki memang saya akan repeat kat kedai-kedai ni. Memang sedap sangat dan tu sebab saya buat review, so that next time nak pegi, saya pun ingat yang mana satu tempat makan yang nak dituju! Apa pun saya ambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi 'payung' saya makan sedap-sedap sepanjang saya berada di JB. Semoga Allah membuka segala pintu rezeki yang ada di langit dan di bumi untuk korang semua ya... Aamiin... 

Nota kaki : Good friends are like stars. You don't always see them, but you know they're always there.

No comments:

Post a Comment