Review : Sea Life Legoland - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 2 December 2019

Review : Sea Life Legoland


Halluuuu peeps!

Assalamualaikum...

Korang pernah sampai Legoland tak? Okay, actually Legoland ni dah ada 3 bahagian kat dalam tu skang ni. Yang pertama,  taman tema (theme park)... Yang tempat main-main tu la... Kedua, taman tema air (waterpark) dan yang ketiga adalah Sea Life (ala-ala Akuaria gituhh). Memandangkan saya dah pernah masuk theme park dulu dan pada masa yang sama saya tak nak berlama-lama sangat kat situ, sebab nak balik Ipoh dah, so saya pilih untuk masuk Sea Life jer...


Untuk harga tiket, korang boleh tengok kat laman web rasmi Legoland. Yela mana la tau kot ada promosi ke apa ke kan... Haritu kita orang masuk situ, dewasa RM89 (12-59 tahun) seorang dan RM69 (3-11 tahun) untuk seorang kanak-kanak... Ni laman web rasmi. Boleh check harga terkini kat sini hokayy! http://www.legoland.com.my 



Kami beli tiket kat kaunter je sebab harga online dengan over counter, sama saja. Sealife ni memang dekat dengan pintu masuk utama... Berhadapan dengan kaunter tiket. Kebetulan haritu tak ramai sangat pengunjung, so, macam tenang-tenang je laa... Hehe...

Abang Ahmad takleh tengok saya bergambar sorang-sorang... Mesti join skali! See! Comel je kan... Haha... 😍
Berbaloikah?

Baik, soalan ni mesti korang nak tau kan apa jawapannya... Yelah setelah melabur ratusan ringgit, kami masuk 4 dewasa 2 kanak-kanak dan seorang baby... Baby masuk free tapi kena tunjuk MyKid ye! Korang kira laa sendiri kosnya... Hahaha... Berbaloikah agaknya? Kalau nak keluar masuk keluar masuk, korang boleh pilih untuk beli tiket lain... Kami cuma beli tiket single entry je haa...


Pelbagai hidupan laut live depan mata

Baik... Untuk rakyat marhaen macam saya, saya rasa berbaloi untuk masuk kat sini tapi mungkin untuk sekali je la... Sekadar merasa masuk bagi anak-anak tengok, timba pengalaman baru... Dalam ni memang bagus, macam-macam hidupan laut korang boleh tengok. Live! Kuda laut bersepah... Depan mata je... Ikan jerung pun ada. Memang agak berbaloi untuk masuk bawa anak-anak korang tengok hidupan-hidupan laut ni... Serius! Kalau mampu, nak masuk setiap minggu pun apa salahnya kann... Tengok kat Youtube pun boleh... Youtube pun macam-macam video ada skang ni... Bezanya yang ni korang tengok live. Depan mata. Hehe...

Abang Ahmad mesti nak join kita bergambar... Hahhaha... Tengok tu! 😂

Aware dengan feeding time

Fine, tempat ni tak la besar mana. Okay la, dalam 45 minit - 1 jam punya aktiviti... Not bad. Tak la penat sangat nak berjalan kan... Korang kena aware dengan feeding time, kalau tak rugi la tak dapat tengok sebab tu la acara kemuncak bila masuk Sea Life Legoland ni. Saya tak sempat nak tunggu feeding time jam 5.30 petang... Maklum la nak berkejar balik Ipoh... Huhu... So, ada sedikit kerugian di situ tapi takpe, mana tau Allah izinkan, nanti one day kita repeat lagi. Tapi tak tau la tahun bila. Kikiki...


Bawak air kot anak korang dahaga kat dalam tu nanti

Masuk dalam ni memula ingatkan tak boleh bawa minuman ke makanan ke, rupanya takde check beg ke apa pun... So, boleh la bawak air... Kot kot dahaga, ada la air nak di minum kat dalam tu. Hehe... Sepanjang perjalanan dalam tu, memang korang akan nampak akuarium je laa... Macam-macam ikan yang cantik ada kat situ.

Ikan pari yang comel dan manja

Ada satu area ni ada akuarium yang menempatkan ikan-ikan termasuk ikan pari... Yang ni memang impressive la sebab ikan pari kat sini jinak weihhh... Comel jer bila kita duduk tepi akuarium, beberapa ekor ikan pari ni akan datang dekat, acah-acah ajak main-main dengan korang... Yang ni memang saya kagum la. Entah macam mana dorang boleh train ikan pari ni untuk mesra dengan pengunjung... Hebat! Benda-benda macam ni la yang memujuk hati kau bilaamana duit kau dah hangus beratus-ratus masuk sini... Bhahahaha... Positif je! Depan akuarium ni ada tempat duduk, rasanya kat sini kita orang lepak paling lama... Ada la kot dalam 15-20 minit... Tenang sangattttt! Tengok akuarium sambil tengok ikan pari menari-nari kat depan... Fuh! Asyikkk... Haha.

Muka penat ya ampuuunn... Hahaha... Ni kat depan akuarium ikan pari. 


Ikan jerung lalu atas kepala

Ada beberapa part di mana ada laluan macam terowong gituhhh... Korang lalu dan atas tu ada akuarium yang menempatkan ikan jerung dan pelbagai spesis lain... Ikan ikan ni akan lalu lalang kat atas kepala korang... Hahahaaa...



Ada jugak rasa kesian kat dorang

Ada la jugak terasa kesian tengok dorang duduk dalam akuarium tu. Cuma, saya cuba positif, kalau dorang di laut pun mungkin tak selamat, pencemaran dsb... Bila duduk dalam akuarium tu, confirm cukup makan... Cukup time, makannnn! Hehe... Kebersihan air pun terjaga, ekosistem dan habitat pun agak mirip la dengan habitat sebenar walaupun hanya kat dalam kaca. Atas faktor-faktor ni pun salah satu sebab la mahal tiket masuknya... Nak maintain bukan mudah, nak bagi suasana sebenar dalam laut, ingat senang? Kann... So, apa pun, saya doakan agar semua ikan-ikan dan spesis-spesis yang ada kat dalam Sea Life tu sentiasa selamat dan terpelihara sentiasa. Kita doakan yang baik-baik... InsyaAllah... Hehe...


Boleh sentuh tapak sulaiman

Gaisss! Ini lagi satu attraction kat dalam ni. Korang dibenarkan sentuh tapak sulaiman. Keras dan kasar permukaannya rupanyaaa... Baruku tahu... Hehe... Ni la dikatakan pengalaman... Pengalaman ni yang mahal! Tapi sebelum sentuh, korang diwajibkan basuh tangan terlebih dahulu. Of coz la kan, kang ada pape kat tangan korang, mati pulak starfish tu. Sian dia...


Jellyfish yang comel

Yang ni serius cantik... Sebab keadaan yang agak gelap, boleh nampak jellyfish ni glow in the dark gituhhh... Cun! Sangat cun! Cuba tengok gambar ni... Hehe...

Yang glow in the dark tu laa jellyfish... Hehe...

Kedai Cenderamata Sea Life Legoland


Macam biasa bila dah sampai ke penghujung, korang akan jumpa kedai cenderamata kot nak beli fridge magnet ke apa ke boleh laa... Tapi terhad dengan tema Sea Life jer. Kat theme park lebih banyak pilihan la cuma kalau nak beli cenderamata dalam theme park, korang memang kena beli tiket masuk theme park. Hahahah... Thank you, Ummu belanja kakak fridge magnet! 💝

Parking

Nak murah park kat Mall of Medini. Tiga jam singgit. Haaa.. murah je kan... Hehe...


Taman Permainan 

Ada taman permainan kat sini.. Boleh la bawa anak-anak main... Free jer... Tapi untuk Merry-go-round kena bayar sorang RM8... Huhu...





Okay gais, semoga review ni sedikit sebanyak membantu memberikan gambaran kat korang yang nak masuk ke Sea Life ni hokayy! Selamat bercuti. Babai!~

Nota kaki : Bahagia bukan milik dia yang hebat segalanya, namun dia yang mampu temukan hal sederhana dalam hidupnya dan tetap bersyukur.

2 comments:

  1. 🥰🥰🥰 wow! Nice story....hahhaha
    Nanti nak share cerita ni dlm google maps boleh ek...
    Tqvm bawa kami jln2 juga. Next time jumpa lg. Jgn serik.

    ReplyDelete
  2. Thank you Ummu. Sudi spend time dgn kitaorg. Nanti repeat lg... kat tempat lain pulak! 😍

    ReplyDelete