Hai gaiss! Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi sekolah dah nak buka! Dah bersediakah kita? Haha... Saya nak share beberapa tips masuk kelas kali pertama. Yelah, ni kira kali pertama la nak jumpa murid kann? Untuk tahun 2020 katanya...
Walaupun ada murid yang kita pernah ajar sebelum ni, but still, tips ni berguna dan patut dilakukan setiap kali kita first time masuk ke kelas. 1st impression ni penting... Bukan apa, kita nak murid-murid ikut cara kita dan berdisiplin, tu je matlamatnya...
Tegas tak semestinya kena garang ya! Tegas dan garang adalah dua benda yang berbeza... Tips ni mungkin berguna untuk guru-guru yang baru posting juga... Hehe... 😁
Tips masuk kelas kali pertama
1) Serius... Yes. Be serious! Kalau boleh jangan sengih jangan gelak walaupun ada yang buat lawak. Kau stay serius je... Hahahhaha... Ni untuk hari pertama dan kalau boleh buat la selama beberapa minggu, hasilnya memang terbaik! Ni untuk create identiti korang yang serius terhadap pengajaran dan pembelajaran. Takde la murid-murid nak memain nanti masa korang ngajar... Gituhhh... Tapi takde la nak serius sepanjang tahun wei, ada masa, kena serius, ada masa nak main-main, kita main-main laa... Biar kena masanya. Kannn!~
Control weihhh... Serius! Jangan gelak! Bhahahahaha... |
2) Tentukan berapa buah buku latihan yang diperlukan untuk subjek korang tu. Kalau dapat time tu terus collect buku dari murid. Let say korang perlukan 2 buah buku single line, terus ambil siap-siap dari murid. Pastu nanti mudah korang nak urus, nak cop nama korang ke nak label ke apa ke kann...
3) Laksanakan aktiviti ringan - sesi suai kenal, lembaran yang simple untuk uji sejauh mana tahap murid kat kelas tu, so senang la lepas ni korang nak mengajar bila dah tau level mereka setakat mana.
4) Nyatakan syarat dan peraturan korang kepada murid-murid dengan jelas. Nyatakan dengan jelas dan tegas. Dan make sure korang pegang kata-kata korang tu. Bukan sekadar cakap je... Ni bukan nak menakutkan mereka tapi lebih kepada nak membentuk disiplin dan sahsiah murid semasa mereka dengan kita nanti sepanjang tahun.
5) Kawalan kelas sebolehnya jangan gagal pada hari pertama. Kalau first day dah gagal, susah sket nak control next time kita masuk kelas tu. Try your best hokayy!
6) Kalau korang jenis yang nak mak ayah tau aktiviti anak, tak kira la pasal homework ke pasal dia tak buat homework ke, masa ni korang boleh minta terus nombor telefon untuk wujudkan whatsapp group/channel. Senang nak berhubung nanti... Direct je dengan parents! Gituhhh...
Boleh baca Tips Mengendalikan Whatsapp Kelas
7) Untuk murid sekolah menengah, korang boleh la minta nombor telefon mereka untuk wujudkan group whatsapp, senang nak buat flipped classroom, bagi video dalam group untuk murid tonton sebelum mula kelas esoknya.. Nak bagi homework pun mudah! 😁
8) Kalau korang ada buat site/blog/video tertentu untuk subjek korang, masa ni la korang boleh perkenalkan kat murid. Bagi link...
9) Ohh ya.. Make sure they know your name! Hehe. Jangan lupa perkenalkan diri. Bagi nama paling ringkas korang kat murid darjah 1. Supaya mudah dorang nak ingat...
10) Jangan lupa berkenalan dengan murid-murid tu semua...
11) Ingatkan tentang peraturan keluar masuk kelas, ingatkan mereka untuk jaga kebersihan kelas. Kalau kelas kotor, serabut weihh... 😅
12) Satu lagi untuk guru kelas, first time masuk kelas tu boleh la serahkan borang rekod murid ke apa ke... Senang mak ayah settle isi awal, nanti boleh key in data cepat!
13) Sentuh hati mereka. Tegas pada benda tertentu tapi ada budi bicara pada benda tertentu. Faham kan? Huhu...
14) Banyakkan berdoa supaya semuanya baik-baik sahaja.
15) Create satu trademark tentang korang. Sebagai contoh, bermula Januari 2019, setiap kali saya masuk kelas Tahun 6, saya akan minta mereka bacakan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas 3x. Saya minta mereka niatkan untuk ibubapa, guru-guru dan diri mereka sendiri.
Kadang-kadang saya masuk, saya sendiri terlupa dengan trademark yang saya create tu, bhahaha... tapi mereka akan ingatkan dan akan buat sendiri secara automatik tanpa arahan dari saya! Saya masuk je semua tadah tangan... Nampak tak... Tak susah pun nak suruh budak-budak ni buat benda baik. Nak nak kalau budak yang dah besar, yang dah faham...
16. Respect is earned not demanded. Biar murid respek kita, bukan takut dengan kita... takut dengan respect ada beza ya... huhu...
Okay la, ni sekadar perkongsian dari saya. Kalau ada yang saya teringat, nanti akan saya tambahkan lagi point-point tu... Kalau korang ada point penting yang mungkin saya tak senaraikan di sini, boleh catat kat ruangan komen ya... Sharing is caring! Sama-samalah kita berusaha menjadi guru yang baik. Selamat kembali ke sekolah, gais... Babai!~
UPDATE 19/3/2023
Sesuaian dengan SPI BIL5/2023
Nota kaki : Kalau tak mampu tinggalkan kesan yang baik dalam hati manusia, jangan pula menanam dalam hati mereka kesakitan yang tak mampu dilupa!
terbaik cikgu. terima kasih atas perkongsian. sangat membantu. 😀😀😀
ReplyDeletesaya pelajar di sebuah institut swasta dan akan buat workplace di tadika pada bulan januari 2020. doakan saya dapat handle kanak-kanak dengn sabar.
ReplyDelete