Hai gais! Assalamualaikum...
Korang tau tak dalam usaha ke arah nak menjadikan negara Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030 nanti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah susun pelbagai program jangka panjang bermula dari tahun 2021 sehingga 2030 dikenali sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK). Sebenarnya DMK ni bertujuan untuk membentuk masyarakat berilmu yang bertaraf dunia tau. World level hokayyy!
So, nak jadi orang berilmu, membaca haruslah dijadikan amalan. Semakin banyak yang kita baca untuk menimba pengetahuan, semakin banyak yang kita tak tahu. Serius! Tak percaya, cuba korang capai sebuah encyclopedia, selak dan perhatikan satu per satu... Confirm! Banyak ilmu baharu yang korang akan dapat... Masa tu kita akan tersedar yang banyak benda kita tak tahu sebenarnya! Hehe...
Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca, minat membaca haruslah dipupuk sejak kecil lagi... Cikgu-cikgu dan mak ayah boleh try tips ni untuk menggalakkan anak-anak korang membaca. Cuba try cara ni!
1. Sediakan Ruang membaca... Kalau boleh wujudkan perpustakaan mini di rumah, lagi baik!
2. Membaca sementara membeli belah di pasaraya/melancong, galakkan anak-anak membaca label kat tin makanan misalnya, semasa berjalan / travel, boleh minta anak-anak membaca signboard, notis dll...
Ni laluan kat Kuching Waterfront... Kat lantai pun boleh baca weihhh... |
3. Kedai buku menjadi tempat wajib singgah! Ni pun salah satu kaedah nak menarik minat anak-anak membaca buku. Bila nampak banyak pilihan buku, pasti mereka akan teruja!
4. Quran! Yessss... Quran juga merupakan bahan bacaan yang baik untuk umat Islam khususnya. Selain buku, Quran juga merupakan bahan bacaan yang terbaik. Jika anak-anak masih belum mahir membaca Quran, mungkin boleh galakkan mereka membaca tafsirnya... Haaa... Gituhh!
5. Menggunakan carta dan kad imbas. Yang ni memang sesuai untuk anak-anak yang yang jenis visual... Jenis yang suka guna deria melihat! Sekarang ni pun dah ada macam-macam jenis flash cards, yang AR pun banyak... Bukan setakat membaca je, anak-anak boleh melihat gambar-gambar yang bergerak dengan teknologi AR!
6. Membaca dan kemudiannya beraktiviti seperti bercerita atau berlakon... Selain itu, boleh juga melakukan aktiviti lain seperti mewarna watak, melabel watak, tempat dsb selepas aktiviti membaca. Selain dapat menggalakkan mereka membaca, aktiviti seperti ini juga dapat memastikan yang anak-anak memang engage dan faham dengan buku yang dibaca.
Boleh tengok post saya yang terdahulu... https://www.raihanjalaludin.com/2018/09/aktiviti-tambahan-untuk-nilam.html
Boleh tengok post saya yang terdahulu... https://www.raihanjalaludin.com/2018/09/aktiviti-tambahan-untuk-nilam.html
7. Bacakan buku untuk anak... Tukar suara... Kalau ada 4 watak, buat 4 suara berbeza. Gunakan intonasi yang menarik tertarik... Mesti anak-anak suka. Hehe... Aktiviti ni sangat sesuai untuk untuk anak jenis auditori... Jenis yang suka mendengar...
8. Make sure buku tu sesuai dengan tahap pembacaan seseorang. Selain itu, minat pun memainkan peranan penting dalam memilih genre buku yang nak dibaca.
9. And yes... Nak pupuk minat membaca ni sebaiknya dimulakan dari kecil - dari awal... Bak kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya... Kannn!~
10. Hadiahkan buku... Ada orang yang sangat menghargai pemberian orang lain tambah-tambah kalau orang tu orang yang mereka sayang... Jadi tak mustahil mereka akan baca buku yang diberikan tu.
11. Selalu pergi ke pameran buku. Ada banyak pameran buku yang boleh dikunjungi... Antara yang popular adalah Pameran Buku Antarabangsa dan Big Bad Wolf.
Sumber : Google Image |
12. Rajin singgah perpustakaan. Kalau tak nak pergi perpustakaan negeri atau perpustakaan negara, sekarang ni kat shopping centre pun dah ada library, perpustakaan komuniti di kebanyakkan Aeon Mall di seluruh negara..
13. Jangan tak tau dengan menonton pun boleh memupuk minat membaca tau! Baca subtitle... Haha... Boleh try tutup suaranya... Biarkan mereka membaca! Rare kannn!
14. Menjadi contoh kepada anak-anak/murid-murid/orang lain... Kalau kita ni jenis ulat buku, tak mustahil orang-orang yang rapat dengan kita pun boleh terjebak sekali! Hehe...
15. Sebenarnya kalau tak minat membaca buku, ada banyak lagi bahan bacaan termasuk blog, ensikopedia, forum online, kamus, ebook, online newspaper, hadith dll untuk dibaca. Haaa... Jangan lupa share link blog saya ni kat kawan-kawan. Jom galakkan kawan-kawan korang membaca blog saya! Kikikiii...
Nak e-book? Nah... Tengok kat sini post saya yang terdahulu... Ada banyak sangat e-book yang boleh dibaca! Macam-macam ada!
https://www.raihanjalaludin.com/2018/09/perpustakaan-digital-digital-library.html

https://www.raihanjalaludin.com/2019/03/koleksi-cerita-kanak-kanak-bahasa.html
https://www.raihanjalaludin.com/2019/03/koleksi-cerita-kanak-kanak-dalam-bahasa.html
16. Satu lagi aktiviti yang boleh dibuat adalah book review - So, lepas membaca boleh catat book review kat blog ke, rakam masuk youtube ke, catat dalam buku nilam dll... Selain memantapkan kemahiran membaca, boleh develop kemahiran-kemahiran lain juga seperti menulis dan pengucapan awam... Ehh, nak menulis tentang buku yang dibaca pun memerlukan sesi refleksi tau. Kena ingat balik jalan cerita, watak apa semua... Jangan ingat mudah! Haha...
17. Sertai kempen #MalaysiaMembaca
Kadang-kadang bila kita buat aktiviti secara berjemaah, guna hashtag dekat media sosial #MalaysiaMembaca memang kita akan bertambah bersemangat tau! Tak percaya, cuba try!
Saya memang menyokong penuh hasrat kerajaan dalam menjadikan Malaysia negara membaca kerana ada terlalu banyak manfaat yang boleh diperolehi dari hasil pembacaan. Antarnya adalah:-
1) Menambah pengetahun... Of coz lagi banyak kita baca buku, lagi banyak ilmu yang kita akan perolehi. Bila berilmu, maka secara tak langsung adab dan sahsiah pun akan terbentuk dengan baik.
2) Menambah kosa kata. Jika diperhatikan, cabang bahasa ada banyak sebenarnya. Contohnya, bila kita baca buku Sains, kita ada dapat belajar banyak istilah Sains yang mungkin kita tak pernah dengar pun sebelum ni.
3) Membaca membuatkan otak kita cergas dan cerdas jadi secara tak langsung ia membantu mengurangkan risiko penyakit nyanyuk. Haaaa... Tak nak nyanyuk, silalah membaca ya! Hehe...
4) Selain itu, membaca juga boleh membantu menguatkan memori seseorang. Bila membaca, kita kena ingat segala watak dan jalan cerita. Itu membantu proses mengingat...
5) Menenangkan hati dan mengurangkan stress. Yes, membaca juga boleh menjadi terapi untuk memberikan ketenangan fikiran.
6) Meningkatkan fokus dan konsentrasi seseorang. Yang ni memang betul... Kalau baca macam angin lalu je, mana nak dapat ilmunya... Kann!
7) Meningkatkan kemahiran menganalisis. Yela, bila baca novel, kita akan mula mengagak ending cerita kan... Haa... tu salah satu proses menganalisis la tu... Selain itu, kadang-kadang semasa membaca, otak kita mula menganalisis samada plot atau jalan cerita masuk akal atau pun tidak! Kannn... Hehe...
8) Dapat memperbaiki kemahiran menulis dan bertutur dengan baik.
9) Membantu membangunkan keyakinan diri. Yelah, banyak ilmu, baru boleh sembang kannn! Haha... Takde ilmu, bercakap umpama tin kosong, siapa nak dengar? Betul tak?! Hehe...
10) Menjadi manusia berilmu dan disegani apabila berhujah, penuh dengan isi dan hikmah... Bak kata orang, bukan omong kosong... Orang yang berilmu juga mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.

Haaa... Macam mana? Nampak tak sebenarnya ada banyak kebaikkan membaca. Nak memupuk minat membaca pun sebenarnya ada banyak sangat cara, cuma nak buat dengan tak je... Try la! Jom kita sesama menjadi manusia yang berilmu. Semoga dengan ilmu yang ada di dalam diri kita mampu menjadikan kita generasi yang berjaya di dunia dan akhirat! Aamiin...
Nota kaki : Saat kamu berbicara, kami hanya mengulangi apa yang sudah kamu tahu. Tapi saat kamu mendengar, kamu bisa belajar suatu hal baru.
Yaaaa. Kita pun tengah azam nak banyak baca buku tahun ni. :D
ReplyDelete