Assalamualaikum gais! Hai!~
Apa khabar semua? Blog agak sendu sedikit. Maklum la busy minggu pertama persekolahan katanya... Huhu... Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk menulis dan berkongsi ilmu walaupun masa agak padat sehari dua ni... Doakan saya ya... Harap-harap dapat kekalkan momentum macam tahun yang sebelum-sebelum ni. InsyaAllah...
Saya dapat PM dari beberapa orang guru minta saya share cara untuk mereka QR Code kan segala dokumen panitia, file-file apa semua... Senang sangat sebenarnya! Jimat banyak. Jimat ink, jimat kertas dan yang penting, mudah akses! Ke arah paperless gituhhh... Jom tengok macam mana nak buat!
Langkah 1
Pastikan dokumen korang tu dah di upload ke Google Drive atau apa-apa cloud storage yang lain... Dropbox ke onedrive ke... Apa-apa laa... Nak senang guna Google Drive je...
Langkah 2
Langkah 3
Pergi ke mana-mana laman web QR Code generator. Salah satunya boleh pegi ke https://www.qrcode-monkey.com/ (Seperti gambar)
**Boleh ADD LOGO IMAGE kalau korang nak QR Code korang nampak unik... Tapi ni Optional je ye... Masuk ler logo sekolah ke logo panitia korang ke... Kalau tak nak, tak perlu... Kalau saya, memang saya suka yang simple je! Hehe...
Langkah 4
Lepas dah create QR Code, download gambar QR Code tu... Buka MS WORD / Google Docs - Insert Pictures (pilih QR Code yang dah siap tu), labelkan... SIAPPPP!~
Korang adjust la masukkan 10 QR code ke dalam sehelai kertas tu... Masuk je semua DSKP, RPT, Syllabus, Senarai AJK Panitia, Fail strategik ke apa ke... Haaa... senang je kan! Hehe...
Okay gais, sekian sahaja perkongsian untuk hari ni. Diharap lepas ni lebih banyak lagi sekolah yang failnya cuma sehelai dua je isinya... Kikiki... Semua guna QR Code. Selamatkan pokok, go paperless! Semoga bermanfaat!~
Ada banyak lagi laman untuk kita create QR Code...
Tolong saya share bahan ni, saya nak mudahkan orang lain dengan harapan Allah mudahkan saya, gembirakan saya sebagaimana orang lain gembira dengan segala perkongsian saya... InsyaAllah... Jangan lupa doakan saya ya... Assalamualaikum!~ 💖
Nota kaki : Jangan diremehkan kekuatan doa. Doa yang dipanjatkan terus menerus dengan keyakinan dan harapan penuh, pasti akan menciptakan keajaiban!~
Terbaik dan mantap Cg Raihan. Keep it up 👍👍
ReplyDeletesaya nak tanya adakah apabila kita create qr code menggunakan web QRcode monkey sampai bila2 boleh digunakan? atau kita kena buat payment untuk menggunakan dengan jangka masa yang panjang ? terima kasih jika sudi membalas komen saya ,, tq
ReplyDeleteTQ puan..sudi berkongsi.
ReplyDeleteTrima kasih Ilmunya
ReplyDelete