Cara Scan Dan Edit Dokumen Paling Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 2 January 2020

Cara Scan Dan Edit Dokumen Paling Mudah


Assalamualaikum gaisssss!

Halluuuu... Macam mana sekolah hari ni? Okay ke? Haha... Mesti penat kan, maklum ler dah sebulan berehat kat rumah... Sekali masuk sekolah, memang terasa kepenatannya! Hihihii.... Hari ni saya nak share cara paling mudah nak scan teks dan boleh edit terus teks yang di scan tu... Hanya dengan menggunakan telefon! Semakin lama semakin mudah kehidupan kannn... Nilah kesan teknologi terhadap kehidupan manusia. Nampakkkk?!~ Hehe...

Okay, ikuti 4 Cara Scan dan Edit Dokumen Paling Mudah... Korang kena try!

1) Pastikan dalam handphone atau laptop dah ada aplikasi Telegram. Kalau takde, sila download! Hehe...

Sumber : Google Image

2) Pada search bar, taipkan Image To Text (OCR) (Untuk Pengguna IOS)
Untuk pengguna Andriod & IOS, korang taip PHOTOSETTERBOT

So, pengguna IOS ada 2 option... Hehe... Untung le...



3) Taip /start


Saya try masukkan screenshot, nak tengok ok ke tidak bot ni convert screenshot tu ke text, memang awesome weihh!!!

4) Ambil gambar teks (Snap picture). Atau pun korang masukkan gambar yang mengandungi teks.  Cari la gambar sedia ada dalam phone ke laptop ke... Screenshot pun boleh tau!

Lepas masuk gambar teks, teks tersebut automatik akan ditukar dan korang dah boleh copy paste teks tersebut dan edit. Kalau rasa tak selesa nak edit menggunakan telefon, buka Telegram kat laptop, haaa edit ler kat laptop... Senang keja, pastu boleh paste terus dalam Word. Hihiii... 

Macam mana? Senang je kan?! Nanti korang try tau... Heaven giler bila semuanya dihujung jari jer... Alhamdulillah... Semoga ilmu ini bermanfaat. Jangan lupa share dengan kawan-kawan tau!

Nota kaki : Waktu adalah kemewahan yang tidak bisa kau ulang atau putar ke belakang.

1 comment: